CHAPTER FOURTEEN

Romance Completed 23233

Bella hanya memandang makanan yang disajikan di hadapannya. "Kak Aaliyah. Meh lah makan sekali.." ajak Bella. Dia lebih selesa sebenarnya memanggil Kak Aaliyah walaupun sudah diperkenalkan namanya tadi.

"Maaf Cik Muda. Cik Muda makan lah. Errr, nanti Master marah kalau Cik Muda tak makan." Kata Aaliyah. "Saya nak balik rumah saya." Bentak Bella. "Belum lagi.. saya tak benarkan." Laung satu suara iaitu Asad.

"Kenapa pula tak boleh.. saya nak balik. Saya dah jumpa awak dah kan.. apa lagi awak nak?" Bentak Bella. Asad hanya tersenyum, "temper.. i wonder where is Bella yang saya kenal beberapa minggu yang lalu? Makan Bella." Arah Asad. Bella hanya menjelingkan matanya.

"Okay.. baik, what do you want from me supaya Bella boleh ikut arahan saya.." kata Asad. Bella memandang muka Asad lalu tersenyum, "okay.. saya boleh ikut arahan awak.. apa juga yang awak nak. Tapi, saya ada permintaan." Kata Bella.

"Say it.." kata Asad.
***
P.O.V
(Asad Daryen)

Sementara menunggu Bella mandi dan menukarkan pakaian, sempat dia menyuruh pembantu menyiapkan makanan untuk Bella. Namun, dia dikejutkan dengan panggilan daripada Uncle Dani.

"What, kenapa Ramos cari Bella?" Soal Asad. Dani memberitahu, cepat atau lambat mereka akan tahu Bella di Malaysia. Jadi, hanya Asad sahaja yang boleh melindungi Bella di Malaysia.

Ardani mengambil keputusan untuk tidak pulang ke Malaysia buat masa sekarang. Agar Ramos tidak menjejaki mereka dan mengetahui tujuan mereka pulang ke Malaysia. Dan, sudah tentunya.. mereka tahu Bella berada di Malaysia.

Dan, sekarang.. Asad sahaja yang boleh diharapkan untuk menjaga Bella di Malaysia.
***
(Sekarang)

"I miss my home..." Jerit Bella. Akhirnya kata sepakat dicapai. Aaliyah sudah tersenyum. "Kak Aaliyah.. kita buat macam biasa je tau. Jangan nak panggil saya Cik Muda. Nanti kawan saya tahu misal kata mereka ke sini. Okay kak?" Arah Bella.

"Baik Cik Muda, maksud saya.. Bella." Agak gugup Aaliyah menuturkan ayat tersebut. "Bella nak rehat kijap." Kata Bella meloloskan dirinya ke bilik mereka.

(Dua puluh minit yang lalu)

"Saya nak.. akak Aaliyah tinggal dengan saya, dan walaupun kita semua tahu siapa kita. I want us to stay as usual. Jangan sampai kawan-kawan saya tahu, siapa kita.." kata Bella.

Asad berdiri lalu mendekati Bella, "deal. Dan, Bella kena ikut setiap arahan saya. First..." Sambil tangan Asad mengusap rantai berlian Bella dan menghidupkan kembali fungsi rantai tersebut. "Pakai salah satu set berlian yang saya bagi. Second, mulai dari hari ni, Bella kena ikut cakap arahan saya, walau apapun.. and Third, after this... I am gonna be your guardian angel because.. Uncle Ardani dan Aunty Milia masih di UK sebab ada beberapa hal, jadi kalau Bella nak ke mana-mana kena maklumkan saya dahulu. And, lastly.... Kita buat seperti biasa... Saya ialah Abang Aryan. Understand, love?" Soal Asad sambil merenung ke dalam mata Bella.

Bella hanya terdiam dengan panahan mata Asad. "Now, Bella makan ye. Lepas ni, boleh balik rumah." Kata Asad.
***
Bella menghubungi kedua ibu bapanya. Adakah betul apakah yang dikatakan oleh Asad, dan memang betul. Mereka tidak dapat balik ke Malaysia sekarang.

"Bella.. Kalau Bella anak yang baik, tolong dengar cakap Asad ye.. demi keselamatan Bella. Okay sayang.." pujuk Mamanya.

"Kenapa pula Bella nak kena dengar cakap Asad, Bella tahu jaga diri Bella. Why should i obey with Madam Helen son?" Soal Bella.

"Because... He will be your future husband, Bella... " Kata Mamanya. "What?!. My future husband??!!" Jerit Bella. Dan, tanpa disangka Bella, Asad mendengar dengan jelas perkataan yang dituturkan oleh Bella melalui rantainya, di dalam biliknya dia mulai menaip e-mel kepada Bella melalui telefon bimbitnya disebabkan komputer rosak ditembak Bella tadi.

Bella mematikan panggilan. "Patutlah.. dia selalu ada waktu aku susah, i bet... Ni mesti dia guna teknologi nak kesan aku." Kata Bella, kurang berpuas hati. Dan, siapa tidak kenal kehebatan kumpulan Madam Helen, segala teknologi dapat disiapkan dalam satu hari kerana dalam organisasi mereka terdapatnya programmer yang handal. Dan, setiap organisasi ada kelebihan mereka sendiri.

Jika organisasi yang dipimpin ayahnya lebih kepada power man yang banyak dan ramai. Dan, mereka mestilah mahir bertempur dengan senjata atau tanpa senjata.

Bella terkejut mendengar sesuatu dari komputer ribanya. Dan , dia menuju ke komputer ribanya dan membaca e-mel yang dikirimkan oleh Mr.A aka Asad Daryen.

Rehat Bella, jangan lupa dengar cakap Mama.. kena dengar cakap your future husband ni. Have a good rest, love.

Bella yang membacanya sudah menarik muka. "Kan best kalau Abang Aryan ni bukannya Mr.A, tengok.. aishh" kata Bella.

Dan, kelihatan satu e-mel baru masuk daripada Asad.

Bella masih boleh anggap saya ni Abang Aryan.. no worries.

Bella sudah menutup mulutnya, dia terlupa Asad akan mendengar apa yang dia katakan.

Bella membalas e-mel tersebut, can you stop listening what i'am going to say?

Asad sudah ketawa, dia membalas

Nak buat macam mana.. terdengar.. have a good rest, love..

Bella menutup komputer ribanya dan menghumbankan dirinya di katil.

Killa rehat seketika ye.... Khamis minggu depan baru Killa update balik. stay tuned, readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience