CHAP 62

Romance Completed 23233

Eric sedikit resah melihat orangnya satu persatu tumbang. Tinggal dia seorang berhadapan dengan Bella.

"Like your father say, saya ni memang hebat orangnya, tak boleh sangkal lagi. Oppss, i mean.. your late father." Kata Bella terus berubah muka.

Bella berdiri dan terus menarik tali leher milik Eric. " Sebelum kau nak apa-apakan keluarga aku, kau kena ingat dengan siapa kau cari pasal. Organisasi kau pun aku boleh buat sama dengan apa yang terjadi dengan Ramos Organisation." Kata Bella.

Eric sedikit ketakutan. Baharu dia tahu, gadis manis ini bukannya sembarangan. "Tapi, aku tahu sebenarnya kau baik, kau cuma terikut cakap bapa kau je yang tamak. Tapi, kau salah langkah." Kata Bella.

"Mungkin, dead will be a easy way for you." Kata Bella, terus mengambil pisau lipat yang tajam dan menghumbannya ke arah Eric.

"I want you to stab yourself. Di tangan kau." Kata Bella, tegas. Sambil menyilangkan tangan dan kakinya.

"Papa dah mati?Macam mana kau? Aku ingatkan kau takkan tahu semua ni?" Soal Eric. Bella hanya ketawa, "aku tahu, Eric.. aku tahu. Dan, aku cuma ambil masa 15 minit sahaja untuk hancurkan rumah agam Cedric Organisation." Kata Bella.

Eric sudah terdiam. Dia sekarang tidak mempunyai sesiapa lagi. "Jangan risau, Eric.. aku takkan biarkan organisasi Cedric berkubur, anggaplah aku sedang membalas jasa kau sebab baik dengan aku dulu." Kata Bella.

Eric tersenyum, "terima kasih." Kata Eric. "Now, stab your hand." Kata Bella. Menunggu perlakuan Eric.

Eric mengambil pisau lipat dan terus menikam tangannya sendiri, walaupun sakit dan perih. Ini semuanya berpunca dari dia dan ayahnya.

"I want 10 times, Eric." Tegas Bella. Eric hanya melakukan perlakuan yang disuruh.

Setelah tikaman ke sepuluh. Bella mengambil pisau lipat dan mengelap darah kepunyaan Eric.

"I hope your learn something, be a good leader to your organisation, Eric.. jangan tamak sangat. Ini cek, mulakan hidup baharu dan pimpinlah Cedric Organisation kembali dengan betul." Nasihat Bella.

Bella meninggalkan Eric, "and one more thing... Walaupun oraganisasi kamu dah kalah dengan organisasi saya. Saya takkan ambil kawasan Cedric Organisation. Take care, Eric." Kata Bella meninggalkan Eric.

Dan, Eric hanya menangis. Atas ketamakkannya. Dia melihat orangnya yang terbaring di lantai.

Secara tiba-tiba, semua orangnya tersedar. Eric terkejut, ingatkan dia akan kehilangan orang-orangnya.

"Master Eric.. are you okay?" Soal salah satu pekerjanya. "I'm fine." Kata Eric, tersenyum nipis walaupun dia masih sakit.
***
Ardani mengurut pelipis dahinya. Agak terkejut dia melihat gambar yang baru dikirim oleh orangnya.

Rumah Cedric tiada, hilang. Tidak lain dan tidak bukan, mesti kerja anak perempuannya.

"Tolong bagitahu saya kalau Bella dah balik. " Pesan Dani kepada orangnya.

Tidak lama selepas itu, pesanan ringkas bergema di telefon milik Dani.

"She's beast!" Kata pesanan itu. Memang sah minggu ini akan ada lagi mesyuarat organisasi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience