CHAPTER SEVEN

Romance Completed 23244

"Mana lah Abang Aryan ni? Kau takde ke nombor telefon dia?" Soal Aeyman, setengah jam sudah mereka menunggu di kafe. "Err... Okaylah, aku minta Kak Aaliyah. Kijap ye." Kata Bella. Setelah mendapatkan nombor Aryan, dia terus menghubungi Aryan.

"Hello.. siapa ni?" Kedengaran suara Aryan. "Abang Aryan, ni saya Bella.. Abang dekat mana? Kak Aaliyah ada bagitahu kan, kami interview Abang dekat kafe?" Soal Bella. Aryan sudah ketawa, "ada... Kijap lagi dah nak sampai. Sorry ye Abang Aryan lambat sikit, ada hal tadi. Kijap ye." Kata Aryan. "Okay.. takpe. Sorry kalau ganggu Abang Aryan." Kata Bella.

"It's okay. Anything for you..kijap ye." Kata Aryan, dan panggilan dimatikan. Sedikit terusik tangkai hati Bella apabila Aryan menuturkan kata "anything for you." "Hish.. Bella ingat janji dengan Mr.A" gumam hati Bella.

"Uii.. Bella mana Abang Aryan?" Soal Ekma. "Kijap ye, dia ada hal tadi.." kata Bella. Dan, baru sahaja dia menuturkan ayat tersebut, kelihatan Aryan dengan memakai spek mata hitam masuk ke dalam kafe.

"Wah... Adui.. hansemnya lahai.." kata Aeyman dan begitu juga Ekma yang melopong melihat Aryan. Bella berpusing dan turut menjentik tangkai hatinya. "Sorry lambat.." kata Aryan yang memakai jeans, berbaju kelabu dan berspek hitam, walaupun ringkas namun terserlah otot badan di baju yang dipakainya.

"Err.. shall we start. Jemput duduk Abang Aryan." Kata Bella. Dan, interview pun bermula.
***
"Tak sangka pula syarikat keluarga Abang Aryan impot eksport. Wahh... Ni off topic ye, Abang Aryan dah ada girlfriend ke?" Soal Ekma. Bella juga sedikit ingin mengetahui peribadi Aryan.

"Tak. Abang Aryan single lagi. Tapi, kalau dia dah jumpa Abang Aryan dan Abang Aryan dah bertentang mata dengan dia. Abang Aryan tak single lagi." Kata Aryan terus memandang mata Bella. Dan, Bella hanya berlawan pandang dengan mata Aryan, yang bewarna coklat muda.

Dan, mereka berdua dikejutkan dengan tepukan dari Aeyman, "uish romantik Abang Aryan ne.. anyway, terima kasih bantu kami." Kata Aeyman.

"Sama-sama.. " balas Aryan.
***
"Lepas ni Bella nak pergi mana?" Soal Aryan. "Err.. Bella ingatkan nak jenguk kedai bakery nek ngah. Bella rindu nak makan tiramisu." Kata Bella. "Jom.. sekali." Kata Aryan.

"Err... Okay.. boleh." Kata Bella. Agak kekok dia terasa sekarang. "Aryan ikut Bella dari belakang ye." Kata Aryan. "Okay Abang Aryan." Kata Bella.

Bella memasuki bakery milik nek ngah. "Assalamualaikum nenek.." kata Bella. Kelihatan Sophie dan Alan sedang tersenyum ke arah cucu mereka. "Ahh... Bella, apa khabar? Sihat? Ni siapa?" Soal Sophie.

"Oh.. lupa nak kenalkan. Ni Aryan, jiran depan rumah Bella."kata Bella. Agak lama mereka di sana, dan tidak dia menyangka bahawa Aryan pandai melayan orang tua. Suka Nek Sophie dan Atuk Alan.

"Sesuai betul lah Bella dengan Aryan tu." Kata Sophie selepas sahaja mereka meminta pamit. "Jangan terkejut ye, tulah bakal suami Bella." Kata Alan.

"Ahh? Macam mana Abang tahu?" Soal Sophie. "Ash bagitahu Abang.. Dani yang cerita dekat dia. Bakal menantu dia dah datang Malaysia, Abang yakin budak Aryan tu, dialah bakal suami Bella." Kata Alan.

"Bella tahu ke?" Soal Sophie. "Tak tahu lagi, pihak sana tak suruh bagitahu." Kata Alan. "Kesian Bella.. saya takut dia fikir selama ni dia kena tipu dan tidak dapat terima keadaan.." kata Sophie.

"Dan, paling Abang takut... Adakah budak Aryan tu, terima Bella sebab dia mencintai Bella atau dia terpaksa sebab dendam keluarga. Sophie rasa macam mana?" Soal Alan. "Sophie tak tahu.. Abang.." kata Sophie, risau dengan cucunya yang seorang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience