CHAP 35

Romance Completed 23233

Tamat akhirnya hari pertama persidangan tersebut. Dia tidak melayan Asad di sebelahnya. Namun, mereka professional. Urusan kerja tidak pernah bercampur dengan urusan pribadi mereka.

Ketika Bella menapak ke dalam lif, Asad mengikutinya. Dia tidak mengendahkan Asad. Asad berdiri di hadapannya. Butang tingkat 40 di tekan oleh Bella.

"What are you looking at?" Sinis Bella. Asad mulai mengusap rambut Bella. Dia merindukan perempuan ni. Bella menangkap tangan Asad dan menepisnya tajam.

"Wow. Impressive." Senyum Asad. Seakan mengejeknya. Entah di mana datang keberanian Bella untuk menumbuk Asad namun berjaya ditangkap oleh Asad. Dan, badan Bella sekarang diputarkan menghadap dinding.

Tangan dipegang ke atas. Sempat Asad berbisik ke telinga Bella, "you still weak, love.. why not you learn more about how to against me." Kata Asad lantas mencium pipinya.

Tangannya dilepaskan oleh Asad. Dan, Bella terus melayangkan tamparan ke muka Asad. Asad hanya tersenyum dengan tamparan tersebut. Walaupun sebenarnya agak menyengat dirasakan oleh Asad.

"Who do you think you are, kiss me ikut suka hati kau?" Tiada langsung senyuman di bibir si cantik itu.

"Me? I am gonna be your future husband.. love." Kata Asad. "In your dream!" Kata Bella, terus menekan punat lif. Dia mahu keluar dari lif ini. Walaupun baru di tingkat 30.

"Owh.. bilik Bella dekat tingkat ni ke?" Soal Asad. Bella hanya mengendahkan soalan tersebut dan keluar dari lif berkenaan. Dia rela mendaki tangga daripada bersama dengan orang yang dibencinya.
***
Dani hanya mendengar percakapan Bella di hujung talian. "no sayang.. please. Be professional. Jangan ikutkan sangat amarah Bella. Waktu Bella kerja, Bella kerja. Pribadi tolak ke tepi dulu." Kata Papanya.

Bella dihujung talian sudah mendengus, dia kini berada di luar beranda hotelnya. Dia sebenarnya sedaya upaya mengawal kemarahannya. Kejadian di dalam lif masih segar di ingatannya. Bagaimana boleh sekali lagi dia dikalahkan oleh lelaki tersebut.

"Fine... I will ." Kata Bella seraya mematikan panggilan. Dan tidak diketahui oleh Bella, Asad mendengar semua perbualan Bella.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience