CHAP 22

Romance Completed 23235

"Waktu Mama ditangkap oleh Puan Helen. Ada seorang budak lelaki, umur 4 tahun.. dialah yang Mama rasa telah menyelamatkan Mama dan menyelamatkan kamu juga sebab waktu tu Mama mengandungkan kamu, sayang.." kata Mamanya.

"Dan, tulah Puan Helen dan Papa buat perjanjian, kalau anak yang Mama lahirkan lelaki, mereka akan menjadi rakan baik dan kalau sebaliknya, mereka kena berkhawin untuk mengukuhkan dua organisasi." Terang Mamanya.

"Tanpa budak lelaki itu, mungkin kita tak akan selamat.. Tanpa budak lelaki itu, mungkin mama tak akan lahirkan kamu. Dan, Papa akan rasa bersalah seumur hidup dia." Kata Mamanya.

Bella terkesima dengan apa yang baharu dia dengar, "dan budak lelaki itu ialah Asad Daryen, bakal suami Bella." Kata Bella. Memang betul lah apa yang dikatakan oleh Asad pada malam itu, dia menyukai dirinya sudah lama.. dan dia menunggu dirinya juga sudah lama.

"Sebenarnya sekarang ni, Asad di UK sebab nak kumpulkan seberapa banyak orang untuk menyokong kita. Asad buat demi melindungi bakal isteri dia... Sebab, kamulah kunci treasure. Asad takut terjadi apa-apa dekat kamu." Kata Papanya.

Rupanya selama ni, dia ingatkan Asad melindungi dirinya kerana harta, namun dia salah.. Asad melakukan ini kerana dia ingin melindungi bakal isterinya daripada organisasi lain.

"Asad... He wil be fine, right?" Soal Bella, tiba-tiba hatinya dipagut rasa risau. Dirasakan sedikit berbahaya keadaan Asad sekarang.

"Asad... He will be fine.. he know what to do." Kata Papanya. Setelah dia mengetahui semuanya, dia mulai merindukan Asad. Kalau sahaja dia tidak mengikut emosi ya mungkin mereka akan baik-baik sahaja sebelum Asad bertolak ke UK.
***
Asad tersenyum sinis apabila melihat Rania diikat. "I dah bagitahu semua yang you nak tahu. Tolong lepaskan I, Asad.. I takda kena mengena dengan semua ni?" Soal Rania.

"Really?" Soal Asad sambil mengambil sepucuk pistol dan menghalakan ke dahi Rania. "Tapi, you pun tertarik dengan treasure tu kan?" Soal Asad. Rania sudah ketakutan, "ya.. semua orang akan tertarik. Termasuk aku. Dan, budak tu.. budak tu, aku akan bunuh budak tu..." Kata Rania.

Asad sudah menarik picu, "kau sentuh budak tu.. aku akan bunuh kau." Kata Asad. "Kau pun nak budak tu kan, sebab dia kunci treasure tu.. kau pun nak kan. Apa salahnya kita bekerjasama." Kata Rania.

"Biar aku bagitahu kau satu rahsia sebelum kau mati malam ni. Budak itu... Bakal isteri aku." Kata Asad. Rania terkejut mendengarkan apa yang baharu didengarnya. Dan, kedengaran tembakan dari dalam bilik tersebut.
***
Asad mengelap tangannya yang penuh dengan darah. "Asad.. are you kill that girl?" Soal Mamanya. Panik dia mendengar bunyi tembakan dari bilik bawah tanah.

"Nope.. just are little warning to Ramos." Kata Asad. "Asad nak berehat sekijap. Okay Ma?" Kata Asad meninggalkan mamanya.
***
Ketika Asad sedang mengelap rambutnya dengan tuala. Dia sedikit merindukan suara Bella, dia memasang audio di biliknya dan berbaring di katil. Kedengaran suara Bella memenuhi ruangan.

"Kak Aaliyah, esok kita pergi bakery tau.. Bella rindu nak makan kek. Selamat malam, Kak Aaliyah." Kata suara Bella. Asad sudah tersenyum, dia tahu Bella sekarang berada di biliknya.

"I miss you, Master." Kata Bella, terbangun Asad mendengarkan kata-kata Bella. "Bella dah tahu semuanya dari Mama. Terima kasih kerana menyelamatkan Mama dan Bella dulu. Bella tahu Asad boleh dengar. Bella nak minta maaf dengan tindakan Bella. Bella harap Asad jaga diri dan tolong jangan cedera. Bella akan tunggu Asad. Bella akan jaga diri Bella untuk Asad. Tiga tahun kita akan berjumpa kembali. Dan, Bella sanggup jadi isteri Asad." Asad yang mendengar sudah tersenyum.

"Please take care of yourself, Master. And.. I love you, Master." Kata Bella. Asad sudah membalas, "i love you too, young miss Bella and i will take care of myself." Kata Asad, tersenyum..
***
"Master Ramos.. Master Ramos.." jerit anak buahnya melihat Rania memegang bahu kirinya dan dia mengalami pendarahan.

"Call the doctor now!" Arah Ramos. "Who did it, Rania? Tell me?" Soal Ramos.

"Asad ... Asad Daryen.. He will come for you, Pa." Tangis Rania.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience