CHAP 59

Romance Completed 23233

Bella merenung di luar tingkap, semenjak menjadi penolong pengarah di syarikat milik suaminya, dia sedikit sibuk. Jika di pejabat, dia jenis yang tidak mahu pekerja lain memandangnya hanya kerana isteri kepada Master Asad Daryen, namun dia ingin orang semua tahu bahawa dia juga boleh tanpa pertolongan suaminya.

Alicia masuk menghantarkan kopi kepada majikannya. "Madam.. coffee." Kata Alicia. "Err.. Alicia, awak nampak tak mana Master?" Soal Bella. "Master.. owh ye, ikut jadual saya. Dia ada perjumpaan di luar." Kata Alicia.

"Perjumpaan? Saya tak tahu pun.." kata Bella.
***
Eric menunggu Bella dengan hati yang senang. Sengaja dia memilik kafe yang berdekatan dengan tempat organasasi kumpulannya untuk senang memerangkap Bella. Dia memberi isyarat kepada pekerjanya dalam kafe tersebut. Supaya rancangan ini berjalan lancar.

Namun, terkejut Eric apabila sahaja pintu dibuka. Dia terus berdiri, sedikit terkejut. Ia bukan Bella, tapi Asad!
***
Bella mengerjakan kertas kerja yang diperintahkan oleh Asad menerusi Alicia. "Alicia, ada sesuatu ke yang awak sorok dari saya?" Soal Bella. Entah kenapa dia merasakan sesuatu akan berlaku. Setahunya, jarang Asad begini.. tidak memberi tahu kepadanya, kecuali...

Ada perkara yang melibatkan organisasi. Bella memandang Alicia, tajam...

"Master ke mana Alicia? Tell me, now!" Tegas Bella. Alicia sedikit kecut perut namun dia harus memegang janji Master Asad. "Maafkan saya, Madam. I been told to not say it." Kata Alicia.

Bella sudah berdiri. Dia tahu ada yang terjadi kepada suaminya sekarang. "Fine, i find it by myself." Kata Bella, terus membuka tracker di telefonnya.

"What he doing there?" Soal Bella melihat Asad sekarang di sebuah kafe.
***
"Asad... I thought.." belum sempat Eric bercakap, Asad memotongnya, "you thought what? Bella gonna come? You totally wrong, Eric.." kata Asad.

Eric sedikit gerun melihat Asad. "Kau ingat selama ni Bella ke yang balas semua pesanan ringkas kau? Nope.. it's me. Remember, organisasi kami handal dalam teknologi. Semua data di fon Bella, saya dah ada. Saya agak terkejut, beraninya kau kacau isteri aku. Kau tak sayang nyawa ke?" Soal Asad.

Eric hanya tersenyum sinis, "macam mana saya tak perasan. But, Asad. Remember... You in our places, right now. So, who gonna help you?" Soal Eric.

Asad dikepung oleh semua pekerja Eric. Asad hanya tersenyum sinis, "beraninya kau? Tak belajar dari sejarah ke? Ramos organisation?" Soal Asad.

Eric berdiri. "Tapi, yang dulu. Ada Bella.. sekarang?" Soal Eric. Asad hanya tenang. "I just fall in love with Bella for very first time i saw her. Tapi, tak sangka pula.. Kau dulu yang dapat." Kata Eric.

"Sama macam dulu lah kan? Dari dulu sampai sekarang.. Cedric Organisation always far behind.. I wonder..." Kata Asad.

Eric sudah mengeluarkan pistol dan mengacukan ke kepala Asad. "Don't insult my organisation." Kata Eric.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience