CHAPTER SIX

Romance Completed 23233

"Bella.. malam ni kita bincang dekat rumah kau, boleh?" Soal Aeyman. Bella sudah tersenyum, "boleh je.. jap, aku wasap Kak Aaliyah dulu." Kata Bella. Memberitahu bahawa kawannya akan datang ke rumah.

"Okay. Boleh, jangan lupa bawa snack ye." Kata Bella, memandangkan esok hari mereka bercuti. "Ahh, bagus juga tu.. kira berkelah lah kita dekat rumah Bella." Kata Ekma.
***
"Owh.. ni semua kawan Bella ni ke, hai.. saya Kak Aaliyah." Kata Aaliyah. " Hai, saya Aeyman, ni Ekma." Kata Aeyman memperkenalkan diri. "Dah, kak pun ada kerja nak buat. Akak masuk bilik dulu ye." Kata Aaliyah meminta pamit. "Okay, let's begin our discussion." Kata Bella.

Selang beberapa minit mereka berbincang, kedengaran lonceng di muka pintu. "Aku pergi buka."kata Aeyman. Bella dan Ekma memerhati di muka pintu. Dan, alangkah terkejutnya muka Aryan terjengul di pintu.

"Wah.. hansemnya.." kata Ekma. Bella sudah tersenyum, "owh.. Aryan. Kenapa? Nak jumpa kak Aaliyah ke?" Soal Bella. Aryan hanya tersenyum, "taklah.. nak jumpa Bella. Meh sini jap." Kata Aryan. Aeyman dan Ekma hanya melihat Aryan dan Bella berbincang di luar rumah.

"Hensem weh.." kata Ekma. "A ah, macam ada iras Zayn Malik. Aduhh, melting I.." kata Aeyman. "Aku nampak macam seiras pun ada mereka berdua tu kan." Kata Ekma.

"Ye.. kenapa Aryan?" Soal Bella. "Mesti Bella lupakan, bukan hari ni.. Aryan nak ajak Bella keluar tengok wayang?" Soal Aryan. Bella mengingat dan terus menepuk dahinya. "Aryan.. soryy.. Bella terlupa. Alamak ." Kata Bella. Aryan sudah ketawa, "takpe lah. Kita cancel tu. Apakata Aryan join Bella punya discussion. Mana tahu Aryan ada boleh bantu sikit?" Pinta Aryan. "Ahhh??!!" Terkejut lagi Bella.
***
"Err... Korang kenalkan, Aryan. Jiran aku dekat depan, Kak Aaliyah tu kakak Aryan." Kenal Bella. Aryan hanya tersenyum, "owh.. saya Ekma, ni Aeyman. Kita orang kawan sekolej dengan Bella." Kata Ekma. "Korang ambil kos apa sebenarnya?" Soal Aryan.

"Business management." Kata Bella. "Waw.. Bella minat business ke?" Soal Aryan. "Taklah, cuma Bella ingat nak buka syarikat sendiri." Senyum Bella. Aryan hanya memandang Bella.

"Err.. Aryan, awak umur berapa tahun?" Soal Aeyman. "Saya? 22 tahun." Kata Aryan. "Eh, maksudnya kita mana boleh panggil Aryan je, kena panggil Abang Aryan. Kan Abang?" Soal Aeyman. Aryan sudah ketawa. "Mana-mana je.. Abang pun boleh." Kata Aryan. Matanya masih ke arah Bella.

"Abang Aryan kerja ke? Ke belajar?" Soal Ekma pula, sesi menemu ramah Abang Aryan yang hansem seperti Zayn Malik, "Abang kerja sekarang. Kerja biasa-biasa je. Urus syarikat keluarga." Senyum Aryan.

"Wah.. weh, kita dah ada responden lah. Ni.. kita boleh interview Abang Aryan. Remember.." kata Aeyman. Bella sudah tersenyum begitu juga Ekma.. "Esok Abang Aryan free?" Soal mereka bertiga, dan terus terketawa.

"Untuk korang.. Abang free je. Nak interview apa? Kalau boleh bagi soalan sekali. Bolehlah Abang sediakan jawapan." Kata Aryan. "Cun.. Uish.. senang kerja kita. Nasib.." kata Aeyman.
***
"Jumpa esok Bella, Abang Aryan." Kata Aeyman dan Ekma. Aryan dan Bella hanya melambaikan tangan, sejurus sahaja kereta meluncur Aryan melihat Bella. "Dah jom naik. " Kata Aryan.

Ketika di dalam lif, "tu kawan Bella ke?" Soal Aryan. "A ah Abang Aryan." Kata Bella, sebati sudah panggilan Abang kepada Aryan. "Nampak baik cuma berhati-hati.. we didn't know their true behaviour." Kata Aryan. Bella hanya tersenyum melihat Aryan, " i know taking care of myself. Anyway, jumpa esok." Kata Bella apabila mereka sudah sampai di pintu rumah masing-masing.

"Okay.. goodnight, sleep tight." Bisik Aryan. Sedikit terkejut dia mendengar kata-kata tu, seperti ucapan selamat malam dari Mr.A.

"Why? You look so surprised?" Soal Aryan. "Taklah. Ucapan Abang Aryan tadi mengingatkan Bella dengan seseorang?" Sengih Bella. "Siapa? Boyfriend Bella ke?" Soal Aryan.

"Err.. okaylah. Jumpa esok Abang Aryan. Byee.." kata Bella. Aryan hanya tersenyum sambil melihat Bella meloloskan dirinya disebalik pintu.

Aryan juga turut masuk ke dalam rumah, "aku nak kau buat sesuatu, siasat dua kawan dia tu. Aeyman dan Ekma. Pastikan mereka layak berkawan dengan Bella. I just want to make sure about it." Kata Asad.

"Okay Master." Kata pembantunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience