CHAPTER 16

Romance Completed 23233

Asad terbangun apabila terdengar bunyi orang memasak di dapur. Dia terbangun lantas menyentuh lembut selimut kepunyaan Bella. Asad bangun sambil berlalu ke arah dapur.

"Good morning, Master." Kata pembantunya. Asad hanya tersenyum nipis, namun senyumannya lebar apabila melihat Bella yang memakai apron dan memegang sudip. "Owh... Asad, selamat pagi.. Okay tidur semalam? Tak sakit pinggang?" Usik Bella. Asad hanya tersenyum. "Bella masak apa?" Soal Asad mendekati Bella.

"Saya masak breakfast western. Ada waffle, ada beans, ada omelet, strawberry, blueberry.. Asad nak minum apa pagi ni? Tea or coffee?" Soal Bella. "Coffee will be nice, make sure it strong and black." Pinta Asad.

"Okay.. consider it's done. Dah, Asad duduk lah sana.. biar saya dengan Kak Aaliyah hidangkan untuk Asad." Kata Bella. Asad hanya tersenyum sambil meninggalkan mereka.

Sementara menunggu mereka masak, dia membuka telefon bimbitnya. Ada mesej daripada mamanya, "Are you okay? Bella? I heard from Ardani, Ramos is asking about Bella.." kata mamanya. "Ya, everything okay. Uncle Ardani terpaksa batalkan penerbangan ke Malaysia sebab ni. I don't know. Di UK, semua okay?" Soal Asad.

"Semua okay, tapi organisasi terpaksa ambil langkah berjaga-jaga. Semua tracker sudah dipasangkan di semua orang dan semua tempat. But, as long as Bella di Malaysia. Harap semuanya okay.." balas Mamanya.

"It's that because they already know about treasure?" Soal Asad, meminta kepastian. "Maybe.. remember... Asad jangan fikirkan dekat sini. Misi Asad ialah jaga Bella.." kata Mamanya.

"Of course i will take a good care of her. After all, she's will be my wife... Bella ada tiga tahun untuk kebebasan dia, sebelum dia akan berkhawin dengan saya. Saya dan Uncle dah buat perjanjian." Kata Asad.

"Jemput makan." Kata Bella menghidangkan makan di atas meja. Aaliyah setelah dipaksa duduk oleh Bella untuk sarapan bersama mereka. "Nampak tegang je tadi, kenapa?" Soal Bella. Asad hanya tersenyum... "Nothing.. nampak sedap Bella masak." Kata Asad

"Alah.. simple je ni. Dulu, Bella selalu yang masakkan sarapan pagi untuk mama dan papa." Terus muram wajah Bella apabila menyebut mama dan papanya. Asad yang menyedari air muka Bella mengusap perlahan kepala Bella.

"Jangan sedih... Mereka akan balik juga tu.. jangan risau. Okay?" Kata Asad. Bella hanya tersenyum manis.
***
Apabila Asad sudah pulang ke rumah di hadapannya. Bella mula bersiap untuk ke shopping mall. Lama sudah dia tidak memanjakan dirinya sendiri.

"Kak Aaliyah. Jaga rumah ye. Bella nak keluar kijap je.." kata Bella. "Bella dah minta izin dengan Master?" Soal Aaliyah. Bella sudah terdiam. Dia sebenarnya takut jika dia meminta izin, Asad tidak membenarkan dirinya ke mana-mana..

"Errr... Dah.. jangan risau ye." Kata Bella. Dan, dia mengambil keputusan untuk tidak memakai set berlian. Dia ingin berseorangan.
***
"Master... Mata-mata kita bagitahu, memang sekarang.. Master Ramos sedang mencari mengenai waris Master Ardani." Kata pembantunya. Asad sudah terdiam.

"Ada kemungkinan mereka nak cari waris Master sebab treasure, tapi... tak mungkin sebab yang tahu tentang treasure hanya segelintir orang yang dipercayai sahaja." Kata Asad.

"Tu yang sekarang kita tak tahu.." kata pembantunya. "Suruh mata-mata kita teruskan siasat." Kata Asad. "Baik Master." Kata pembantunya meninggalkan Asad.

Asad memerhati kedudukan Bella melalui pengesan yang dipasang di rantai milik Bella. Namun, yang pelik.. Bella hanya duduk sahaja di tempat yang sama, lebih kurang 15 minit, "Dia buat apa? Takkan lah dia buat esaimen. Ke dia tidur?" Soal Asad.

Bila dia membuka pengesan di kereta Bella alangkah terkejutnya dia apabila kereta milik Bella berada di shopping mall. "Oh my.. Bella." Kata Asad terus mengambil dompet dan kunci keretanya dan berlari ke pintu rumah Bella.

Setelah ketukan bertalu-talu, "where's Bella?" Soal Asad, mukanya sudah tegang. "Bukan ke Cik Muda ke shopping mall. Cik Muda cakap dah minta izin Master." Kata pembantunya.

"Bella..." Kata Asad berlari ke lif untuk memandu keretanya ke shopping mall.
***
Ramos hanya tersenyum, "pandai betul Dani sembunyikan anak dia. Nasib Papa siasat betul-betul dan memang betul tekaan Papa. Dia sembunyikan anak dia di Malaysia, tempat keluarga mereka berasal." Kata Ramos, menghisap cerutnya.

Rania hanya menayangkan muka bosannya. Apa istimewanya budak ni dicari oleh Papanya. "Rania jangan buat muka macam tu. Budak ni ada nilai, Papa takkan gila nak cari budak ni kalau takda nilai." Kata Ramos.

"And... What is so special about this child?" Soal Rania. "She is the key for treasure... Remember, cerita nenek pasal sebuah bilik yang mempunyai segalanya. Tujuh keturunan pun belum tentu habis." Kata Ramos.

Bersinar terus mata Rania. "And we will be the greatest organisation if we get it. Right?" Soal Rania. "Yes.. do you know kenapa kumpulan Ardani masih kukuh sebagai kumpulan terhebat dari zaman dulu lagi. Sebab mereka pemegang kunci kepada bilik ni." Kata Ramos sambil tersenyum.

"Jadi, suruhlah orang kita di Malaysia, tangkap Bella sekarang." Arah Rania.

Tanpa disedari, mata-mata Asad mendengar perbualan itu terus menghantar pesanan kepada pembantu Master Asad di Malaysia.
***
Bella sedang berjalan-jalan di sekitar shopping mall. "Cu, boleh tolong nenek?" Soal seorang perempuan tua. "Kenapa nek?" Soal Bella. Dan, Bella mengikuti nenek tersebut.

"What?!!! They know about Bella.. Shit!" Sumpah Asad sambil menghentak stereng. Dia mulai menghubungi Ardani mengenai ini.

"Make sure Bella is safe. Where is Bella now, Asad?" Soal Ardani. "She left without my permission, Uncle. Oh my... And if anything happen to Bella, i will not forgive myself." Kata Asad, risaunya bukan kepalang.

"Cari dia Asad.. Uncle akan cuba hubungi dia.." kata Ardani mematikan panggilan. Dan, semuanya cemas disebabkan perkara ini.

"Bella...." Bisik Asad.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience