Bab 31

Fantasy Completed 15742

Bab 31

WATI duduk memeluk lututnya sendiri sambil bersandar pada dinding putih itu. Matanya sedari tadi tidak berputus asa mencari sudut-sudut di mana dia boleh melarikan diri. Dia sudah penat dan matanya hampir mahu tertutup namun ditahan. Dia takut untuk menutup matanya, setiap kali dia terlelap pelbagai bayangan yang buruk akan menganggunya. Dia tidak mampu berhadapan dengan mimpi buruk itu. Dia perlu mencari jalan untuk melarikan diri segera dari kurungan tersebut.

"Wati." Namanya dipanggil halus. Wati menoleh ke sisinya.

"Syawal?" Dia terkejut melihat kehadiran Syawal. Syawal meletakkan jari telunjuknya di bibir. Tanda supaya Wati tidak bersuara terlalu kuat. Takut nanti ada yang mendengar. Nanti lain pula jadinya.

"Kau perlu keluar dari sini.." Ujar Syawal dalam nada berbisik. Wati diam.

"Aku tahu.. tapi macam mana?" Tanya Wati. Syawal menunjukkan dinding yang agak tinggi di hadapannya.

"Letak tangan kau pada dinding tu. Dan fokus." Ujar Syawal. Wati masih dalam kebingungan cuba memahami apa yang dimaksudkan oleh Syawal.

"Sekarang, Wati." Arah Syawal. Wati tersentak lantas dia berdiri dan menuju ke dinding tersebut. Dia mengikut apa yang diarahkan oleh Syawal.

Dinding itu mengeluarkan tulisan-tulisan purba. Satu pun dari tulisan itu tidak difahami olehnya. Dia menoleh ke belakang. Syawal sudah hilang.

"Syawal??" Panggil Wati. Dia memerhati sekeliling. Hanya dia seorang sahaja di sana. Tulisan-tulisan purba itu bercahaya tiba-tiba. Lantas kedua-dua tangannya itu tembus masuk ke dalam dinding tersebut. Wati terkejut. Dia cuba meloloskan dirinya ke dalam dinding itu sambil memejamkan matanya. Mungkin inilah jalan keluar yang dimaksudkan oleh Syawal.

Apabila matanya dibuka perlahan, dia sudah menjejak di suatu ruangan yang asing. Banyak rangka-rangka manusia yang bertimbun di sebelah kirinya. Dia hampir sahaja menjerit tetapi cepat dia menahan mulutnya.

Di belakang timbunan rangka-rangka itu terdapat satu ruangan kecil yang bersambungan dengan ruangan itu. Dia melangkah ke sana dengan berhati-hati. Perhatiannya tertarik kepada sesuatu yang bercahaya di sebalik tembok di hadapannya. Cahaya itu terhasil dari pedang yang terpacak pada batu yang besar. Wati memegang pedang itu, pandangannya tiba-tiba menjadi putih. Sejarah mengenai pedang itu terimbas di ruang mindanya. Pemilik pedang itu seorang pahlawan yang disanjungi. Pedang itulah yang telah berjaya menumpaskan musuh-musuh empayar. Nama pemiliknya pula disebut-sebut di serata dunia. Dia juga melihat Ryan dan Mia di dalam mindanya. Mereka hidup sezaman sebagai pahlawan yang sama-sama bertempur dalam setiap peperangan. Akhir sekali mindanya terus menampakkan wajah Pemaisuri Fuji yang ketawa megah di atas kemenangannya.

Wati tersentak. Dia terundur ke belakang. Dia tidak mahu melihat wajah Pemaisuri yang serupa dengannya. Dia jadi benci sendiri. Wati mendengus apabila teringat akan Askah si lembaga hitam itu. Dia tidak sangka selama ini hidupnya telah diatur oleh mereka tanpa dia ketahui.

Wati merenung kembali pedang itu.

"Zack." Dia menyebut nama pemilik pedang tersebut.

Tanpa dia sedari, Zack sudah lama berdiri memerhatikan tingkahnya dari belakang. Dia sudah bersedia dengan panah di tangannya.

"Siapa kau?" Soal Zack. Wati menoleh. Dia terkejut melihat Zack. Wajah zack yang baru sahaja muncul di ruang mindanya itu muncul pula secara realiti di hadapannya kini.

Perlahan-lahan Wati mengangkat kedua tangannya apabila ternampak panah yang dipegang oleh Zack.

Zack memandang tajam ke arah Wati. Dendamnya memuncak apabila wajah Permaisuri Fuji terlintas di fikirannya. Dia harus membunuh perempuan di hadapannya itu. Anak panah yang sudah diletakkan di antara pemegang dan tali panahnya ditarik perlahan.

"Zack!!, berhenti!!" Ryan muncul dibelakangnya sambil menghalakan pedang yang dipegang. Pedang yang dijumpainya ketika memasuki istana tersebut. Zack dapat merasakan mata pedang itu bersentuhan dengan belakangnya.

"Ryan.." Sebut Zack. Dia mengenali suara itu.

"Ya. Ini aku.." kata Ryan. "Letak panah tu dekat bawah, Zack. Kau akan melukakan orang yang tak bersalah." Sambung Ryan lagi.

"Apa yang kau merepek Ryan. Perempuan ni musuh kita!" Jerkah Zack. Matanya tidak lepas dari memandang tajam ke arah Wati. Wati menelan liur. Takut dia melawan pandangan mata Zack. Dia baru teringat, wajahnya yang serupa dengan Permaisuri Fuji itu membuatkan Zack tersalah sangka.

"Aku.. aku bukan Permaisuri Fuji. " ujar Wati perlahan. Namun sedikit pun Zack tidak percaya dengan kata-katanya.

"Turunkan panah tu sebelum mata pedang ni akan bunuh kau buat kali yang kedua." Ujar Ryan dengan tegas. Dia tahu Zack fikirkan Wati adalah Pemaisuri Fuji yang dia sendiri dendami.

Zack mendengus kasar. Kata-kata Ryan itu tidak sedikit pun menggugatnya.

"Mungkin aku lebih rela mati kali kedua daripada membiarkan perempuan ni hidup!!" Zack melepaskan anak panahnya.

Anak panah itu melayang laju menembusi ruang udara menuju ke arah Wati, malangnya belum sempat menusuk ke jantung Wati, sebatang lagi anak panah melayang pantas dari arah sisi mengena tepat pada anak panah yang dilontarkan oleh Zack lalu menembusinya kemudian terpacak ke dinding tingkap.

"Mia??." Zack terkejut melihat kehadiran Mia.

Wati tidak sempat menarik nafas lega. Dia terus terduduk kerana masih terbayang anak panah yang menyerangnya itu. Dia hampir sahaja mati.

"Apa yang cuba kau buat, Zack?!" Tengking Mia. Dia lantas mendapatkan Wati.

Zack terdiam. Ryan menurunkan mata pedangnya dari belakang Zack.

"Perempuan yang cuba kau bunuh tu adik aku." Ucapnya perlahan sebelum dia juga menerpa ke arah Wati. Dia meninggalkan Zack yang masih dalam kebingungan. Jadi rupanya perempuan itu bukanlah Permaisuri Fuji.

Dalam pada itu, Zack memandang Mia tidak henti-henti. Dia tidak percaya Mia baru sahaja menengkingnya tadi. Hatinya menjadi sakit melihat Ryan juga turut ada dengan Mia. Mungkin dia salah, sebab menyerang tanpa berfikir panjang. Tapi sejak bila Ryan mempunyai adik?. Dan sejak bila Ryan dan Mia berkawan?. Bukankah dahulu Mia sendiri yang memberitahu kepadanya yang dia tidak menyenangi sikap Ryan??. Mungkin dia sudah ketinggalan banyak perkara tentang Mia.

Zack melepaskan keluhannya.
Tanpa mengambil pedangnya yang masih terpacak itu, dia terus berpaling dan berlalu. Hatinya terguris sedikit.

"Kau okey tak Wati?" Soal Mia. Wati mengangguk.

"Baguslah." Ujar Ryan pula.

"Yang lain mana?" Soal Wati.

"Syawal, Zakuan dan Maya ada dekat luar istana ni. Mereka tak dapat masuk sekali sebab Syawal.." belum sempat Ryan meneruskan katanya. Mia menyiku Ryan dengan kuat. Ryan terdiam.

"Kenapa dengan Syawal?." Soal Wati. Mia dan Ryan berpandangan.

"Syawal tak dapat bangun. Dia hilang separuh dari tenaganya sebab masuk ke dalam kurungan tu untuk selamatkan kau.." kata Mia perlahan.

Wati tersentak.

"Aku nak jumpa dia." Katanya.

"Ya. Kita kena keluar dari sini." Jawab Mia. Dia memandang sekeliling. Zack sudah tiada di dalam ruangan itu. Dia memandang pula pedang yang masih terpacak di batu besar sebelah mereka. Zack berlalu tanpa mengambil pedangnya. Timbul rasa bersalah dia kepada Zack. Dia sengaja menaikkan suaranya kepada Zack tadi. Dia tidak mahu sejarah yang lalu akan berulang kembali. Lagipun dalam notanya kepada Zack, dia mahu agar Zack menganggap dia sudah tiada lagi. 'Maafkan aku.. Zack.'

Tanpa disedari air matanya mengalir. Mia cepat-cepat menghabuskannya.

"Kau okey tak ni?." Soal Ryan kepada Mia. Dia tahu Mia sedang memendam sesuatu.

"Okey. Mata aku masuk habuk je.. jom keluar." Mia cuba melarikan pandangannya.

Wati merenung Mia. Dia dapat membaca sesuatu dari mata Mia. Mata tak mampu menipu Mia. Aku nampak kau sangat terseksa dengan perasaan kau.

Wati lantas memegang tangan Mia.

"Tindakan kau salah, Mia." Ujarnya perlahan.

Mia memandang Wati. Apa yang kau maksudkan?.

"Kau perlu jumpa Zack sekarang." Ucap Wati.

"Tapi kau.."

"Aku akan bawa Wati keluar. Jangan risau. Kau pergilah jumpa kekasih hati kau." Kata Ryan pula.

"Pergilah.. aku okey." Kata Wati. Dia tahu Mia sudah sekian lama merindui Zack. Tetapi masih ego dalam bertindak.

Mia perlahan-lahan mengangguk. Ya. Betul kata mereka. Dia lantas mendapat keyakinan untuk berdepan dengan Zack.

Cepat-cepat dia menarik pedang Zack dari batu itu lalu berlari menjejaki Zack.
Manakala Ryan dan Wati bergegas keluar dari istana itu. Mereka perlu ada bersama dengan yang lain. Takut-takut ada sesuatu yang buruk berlaku di saat kehilangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience