Bab 1

Fantasy Completed 15742

Bab 1

Wati keluar dari pintu kelas. Dia hendak ke kantin sekolah. Perutnya dari tadi berbunyi-bunyi. Lapar melodinya.

"Wati!! Tunggu la aku!!" Jerit Zakuan. Dia juga baru keluar dari pintu kelas. Mereka sekelas. Tingkatan 5 Mega.

Wati menoleh.

"Apa??.. kau tak puas-puas lagi nak kacau aku?" Kemudian Wati meneruskan langkahnya. Dia malas hendak melayan pengembala kambing itu. Baginya apa sahaja urusan yang terjadi berkaitan dengan Zakuan adalah sangat-sangat menyakitkan hati.

Zakuan menengus.

"Woii. Aku panggil ni. Kau tak pernah belajar sivik ker?? Mana tatasusila kau?? Berhentilah.." rayu Zakuan. Dia mengejar Wati sambil membetulkan rambutnya yang mula ditiup angin pagi.

Wati tidak menghiraukan Zakuan. Dia sudah bosan melihat muka Zakuan yang setiap hari menyakitkan hatinya. Dia berlari sekuat hatinya. Sarung biru itu diangkat sedikit. Dia harus lari jauh dari Zakuan.

Pang!

"Aduiiii!!. " Wati terjatuh setelah terlanggar seseorang tatkala dia hendak masuk ke selekoh kanannya itu. Siapa pula yang suka hati langgar aku ni. Tak nampak ker aku tengah tergesa-gesa ni?. Kuagasam betul!!.

"Kuangasam.." ngomel Wati. Dia cuba berdiri.

"Err.. maaf. Saya tak sengaja.." pemuda itu menghulurkan tangannya kepada Wati. Wati menyambut. Dia mengangkat mukanya.

"What?!!.. Syawal?!" Wati terkejut. Dia hampir melepaskan genggaman tangannya itu. Dia bahkan hampir terjatuh untuk kali kedua. Syawal cepat-cepat menyambutnya kembali.

"Terima kasih." Ujar Wati apabila dia sudah berdiri dengan stabil.

Syawal menangguk.

"Kau nak pergi mana ni?" Soalnya. Dia nampak Wati seakan tergesa-gesa berjalan. Sampaikan dia yang berada di depan pun tidak terlihat.

Wati pula terpegun melihat wajah kacak milik Syawal. Ada nur di wajahnya.. puiii..

"Aku.. aku.. aku sebenarnya nak ke.."

"Wati!!.. kuanghasam kau tinggalkan aku begitu sahaja!!" Zakuan muncul. Dia memotong ayat Wati.

Wati mendengus. Belum sempat dia membuka bicara. Zakuan menarik tangannya dengan kasar.

"Terima kasih Syawal. Terima kasih kerana menangkap Mak Lampir ni. Kalau kau tak ada.. aku tak tahulah macam mana nak hentikan sihir dia ni." Ujar Zakuan.

Syawal ternganga melihat mereka berdua. Zakuan dan Wati memerupakan jiran kelasnya. Dia akur sahaja apabila Zakuan menarik Wati jauh.

"Lepaslah. Aku tak akan ikut kau!!" Jerit Wati. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan. Namun Zakuan masih menarik tangannya.

"Kau kena bertanggungjawab atas apa yang telah kau buat. Aku tak akan biarkan kau. " ujar Zakuan.

"Ehh.. excuse me. Apa yang aku buat?" Wati menarik tangannya dari genggaman tangan Zakuan. Lalu mencekak pinggang.

"Laporan untuk eksperimen biologi tu kau belum selesaikan. Kau nak kita kena denda ke apa?" Balas Zakuan. Dia meniup rambut depannya yang jatuh ke kening. Mana boleh Mak Lampir ni sesuka hati sahaja meninggalkan dia seorang untuk menyelesaikan laporan itu.

"Aku kan dah buat separuh. Kau sambunglah yang separuh lagi. Itu pun susah ker?? Kau ni hidup memang tak ada protokol langsung."

Wati memegang perutnya. Lapar jo!.

" kalo kau cakap pasal protokol.. aku yang buat eksperiment kat lab masa kau tak ada. Dah tugas kau lah yang siapkan semua laporan tu.." Zakuan tidak mengalah.

"Ishh!!.. eya lah. Aku buat. Aku buat.." Wati menyeluk poket bajunya. Dia menghulurkan RM1 kepada Zakuan.

"Apa?" Zakuan mengerutkan wajahnya. Dia menyambut duit itu.

"Kau belikan aku kueh donat, nasi lemak, dan air sirap." Wati meninggalkan Zakuan terkebil-kebil.

"Woii . Mana cukup ni.. kau bagi aku Rm1 jer!!" Jerit Zakuan.

"Jangan mengadah. kalo kau datang kelas kang dengan cuma air sirap. Sampai mati aku tak siapkan laporan tu" Wati tidak menoleh. Dia langsung meninggalkan Zakuan begitu sahaja. Ahaha. Baru kau tahu! Kau ingat boleh kalahkan Primadona.. kau silap Zakuan. Aku tak akan biarkan taraf aku rendah dari kau.

Zakuan mengeluh. Dalam hati dia menyesal dimasukkan satu kumpulan dengan Wati. Silap dia sebab tidak memilih sendiri hari tu. Berkat arahan Cikgu Adam, dia terpaksa juga menuruti.

Kekesalan yang menyayatkan hati setiap insan!! .

Sambil melangkah menuju ke kantin, Zakuan mengira-gira duit yang berada di dalam dompetnya. Nasib baik dia ada bawa duit lebihan. Kalau tidak, maka malanglah nasib yang menimpahnya. Sob sob sob..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience