Bab 11

Fantasy Completed 15742

Bab 11

Hujan lebat kian memanah kulit. Bajunya habis basah kuyup. Menggigil seluruh tubuhnya dek air hujan yang sejuk itu. Tepat jam 7:24 malam kakinya sudah pun sampai di hadapan pagar rumah. Menyesal sungguh dia menyinggah di bus stop untuk berteduh menunggu hujan redah tadi. Satu jam setenggah dia terpacak bagaikan tunggul di sana. Namun, tiada tanda-tanda langit mendung itu akan berhenti menangis. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meredah sahaja hujan lebat itu disebabkan hari semakin gelap.

Rumah banglo mereka kelihatan gah disiram air hujan. Di halaman rumah kelihatan kereta hitam kepunyaan papanya. Mesti papa dah balik dari pejabat. Tapi asal awal sangat? Selalunya jam 10 atau 11 lebih baru dia balik ke rumah.. kenapa awal sangat hari ni??.

Wati menarik pagar besi di hadapannya. Malang sekali pagar itu telah dikunci. Wati mengeluh. Sampai hati mereka mengunci pagar ni.. aku kan belum masuk dalam lagi..

"Mama!. Wati ada kat luar!." Wati memanggil Puan Azmah dengan kuat. Cahaya lampu dari jendela ruang tamu menandakan seisi rumah itu masih belum tidur lagi.

"Bibik!!.. bukalah pagar ni!" Teriak Wati lagi. Suaranya ditelan oleh bunyi hujan lebat yang jatuh ke bumbung rumah dan sekelilingnya. Wati memeluk erat tubuhnya apabila angin bertiup membawa kedinginan tatkala itu. Dia berdiri di dalam hujan yang hanya ditemani oleh lampu neon di tepi jalan dan nyalaan lampu di halaman rumahnya.

"Mama!!" Panggil dia lagi. Dia mengoncang-goncangkan pagar tersebut. Berharap agar ada sesiapa sahaja di dalam rumah itu yang akan perasan kewujudannya di luar..

"Mama!! Wati kat luar !" Jerit Wati. Kenapa tak ada sesiapa pun yang buka pintu.. mereka tak risaukan aku langsung?. aku kesejukan kat luar ni..

Wati berfikir sejenak. Siapa yang nak pedulikan aku?.

Suara hatinya menangis.. Dia teringat semua pilih kasih mama dan papa antara dia dan Maya. Dia tahu adiknya itu lebih memerlukan banyak perhatian dan kasih sayang disebabkan sakit yang dihidap dari kecil. Tapi tidak patut dia disisikan sebegini.. Dia tidak mahu menyalahkan sesiapa kalau ini sudah takdirnya.. Meskipun ada sedikit cemburu di hatinya terhadap Maya yang selalu sahaja mendapat semuanya dengan senang.. apa yang kurang padanya?. Kalau dia sakit pun.. adakah dia juga mendapat layanan seperti Maya?.. Mustahil.. Semua orang menyisikannya..

"Mama!!" Panggil Wati lagi. Namun tiada sahutan. Kemudian dia mengeluh. Hujan yang turun kedengaran amat memilukan.

Cukup. Dia sudah putus asa untuk terus berharap pintu pagar itu dibuka. Mana mungkin mereka yang berada di dalam rumah itu mendengar suaranya memanggil. Hujan yang turun itu sudah terlebih dahulu menghapuskan suaranya daripada didengari. Sudahlah..

Wati berpusing. Dia perlu mencari tempat untuk berlindung. Di hujung perumahan ini ada sebuah surau. Mungkin dia boleh berehat dan berteduh sahaja di sana. Kakinya mula melangkah..

"Wati!!."

Wati berpaling. Bibik Jiah yang baru keluar dari pintu dapur itu berlari anak ke arahnya sambil sebelah tangannya memegang payung, sebelah lagi memegang kunci pagar.

"Ya Allah, buat apa dekat luar ni??. " Ujar Bibik Jiah sambil tangannya membuka kunci manga pada pagar. Dia menolak pagar itu lalu cepat-cepat mendapatkan Wati yang sudah basah kuyup.

Wati menjadi sebak. Air matanya jatuh.. masih ada rupanya orang yang sayangkan dia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience