Bab 2

Fantasy Completed 15742

Bab 2

"Akak. Macam mana sekolah hari ni?" Maya melabuhkan punggungnya ke atas sofa.
Wati mendengus.

"Tak best langsung!. "
"Kenapa pula kak?" Tanya Maya. Maya adalah adik kembar kepada Wati. Disebabkan kondisinya yang selalu sakit semenjak dari kecil lagi, dia hanya duduk diam di dalam rumah sahaja dan tidak dibenarkan untuk pergi ke sekolah bersama-sama dengan Wati. Mereka berdua adalah kembar serupa, sama-sama memiliki rupa paras yang menawan.

Wati mengeluh lagi.

"Adik tak tahu macam mana kehidupan di sekolah tu. Sangat mengharukan. Balik-balik menghadap muka cikgu yang sama. Lepas tu, kena senyum dan ucap selamat pagi pula tu.." Wati mula membayangkan bagaimana dia berjuang memberi salam kepada guru-guru apabila terserempak di setiap pagi. Benar. Sangat mengharukan.

"Itu kan adab?"

"Eh. Tak la.. itu adalah peraturan sekolah. Cikgu disiplin yang bagi tau.."balas Wati. Kalau adab, dah lama aku buat tanpa disuruh. Ceh..

"Kawan-kawan pula, Macam mana?" Soal Maya lagi.

"Hari ni pengembala kambing tu menyusahkan betul. Adakah patut akak yang kena suruh siapkan lab report. Habis mati cel-cel tangan akak ni menulis prosedur eksperimen biology. Dah lah panjang macam karangan ucapan pengetua semasa hari pembukaan sekolah.. lepas tu kalau tersalah ejaan tak boleh guna liquid . Aduhhh.. sangat-sangat menyakitkan hati.."

"Pengembala kambing yang panggil akak Mak Lampir tu eh?"

"A'ah.. padahal akak ni adalah orang yang paling cantik dekat sekolah tu." Wati menaik-naikkan keningnya. Memang betul pun apa yang dia cakapkan itu. 100% betul.

"Lain-lain hal?" Tanya Maya. Dia teruja mendengar cerita Wati. Andai sahaja dia memiliki kesihatan seperti kakaknya. Sudah tentu dia juga akan merasai kehidupan bersekolah. Bah kan kehidupan di luar dari kawasan rumah gah mereka.

Wati cuba mengingat kejadian

"Tak ada kot.. "

"Owhh.." Maya membulatkan mulutnya. Kemudian dia termenung jauh. Dalam hati dia tahu yang kakaknya itu seronok belajar di sekolah. Mesti ramai kawan-kawan. Ada cemburu di hatinya.

Wati menoleh ke kanan. Dia memandang Maya yang sudah mendiamkan diri itu. Dia tahu Maya cemburu akan kehidupannya yang senang sahaja berhadapan dengan dunia luar. sedangkan dia terkurung di dalam rumah. Wati serba salah.

"Asal termenung pula ni?" tanya Wati.

"Adik pun nak pergi ke sekolah macam kakak juga." Perlahan sahaja suara Maya. Namun jelas didengar oleh Wati.

"Adik kan tak sihat.. lagi pun .. sekolah tak best sangat.. " Wati menggaru kepalanya, mencari idea untuk membalas kata-kata Maya. Ini bukan kali pertama Maya mengungkapkan kalam sebegitu.

Maya mengeluh. Dia sudah bosan duduk berkurung di dalam rumah. jiwanya terseksa. Kenapa tiada orang yang pernah kisah?

"Please la akak.."

Wati menggaru lagi kepalanya. Apa maksud please itu?

"Please apa?"

"Boleh lah kita tukar posisi sekejap.. adik pun nak pergi sekolah juga."

"Ah?. Eh.. dari mana adik dapat idea ni?"

Maya diam. Dia sangat berharap agar kakaknya mengerti apa yang dia katakan. Mereka adalah pasangan kembar, tiada siapa yang akan perasan jika mereka bertukar watak. Dia pun mahu merasakan kebahagian melangkah ke dunia luar tanpa ada perlindungan dari ibubapa. Selama ni hidupnya sangat terkongkong dengan ambil berat ibubapanya.

"Err.. kalau itu.. err." Wati melihat-lihat siling rumah tanpa tujuan yang nyata. Mukanya dan juga Maya adalah seiras. Kadang-kadang mama dan papa juga asyik keliru. Yang hanya membezakan muka mereka ialah seri wajah. Maya kelihatan agak pucat berbanding dirinya. Tapi mana mungkin dia akan bertukar watak dengan adiknya. Bukan dia tidak mahu, tapi kondisi adiknya itu sangat membimbangkan. Kalau ada apa-apa yang terjadi terhadap Maya. Semestinya dia yang selalu dipersalahkan oleh ibubapa mereka. Apa yang perlu aku buat?

"Akak tak berani nak jamin apa-apa." Balas Wati perlahan.

Maya mengeluh lagi. Dia suda tahu kakaknya akan membantah cadangannya itu.

"Its okey. Kak.. "

"Err.. akak naik atas dulu lah. Tak selesa pula dengan uniform sekolah ni.. hehe ."

Maya mengangguk. Kemudian cepat-cepat Wati berlari menaiki tangga. Dia serba salah terhadap permintaan Maya.

Maya duduk di sofa sendirian.

"Maya, dah makan ubat?" Bibik Umu muncul di sebalik ruangan dapur.

Maya mengangguk lemah. Padahal dia belum lagi menelan apa-apa ubat dari malam semalam. Setiap kali ditanyakan sudah makan atau belum. Dia akan menjawab sudah. Hakikatnya. Belum lagi. Dia nekad tidak mahu bergantung dengan ubat sepenuh masa. Cukuplah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience