Bab 20

Fantasy Completed 15742

Bab 20

Tepat jam 12 malam pintu bilik Adam diketuk dari luar.

tok-tok-tok

"Masuk!!" Jerit Adam dari dalam biliknya. Dia leka memeriksa latihan dan nota yang dibuat oleh pelajar-pelajarnya. Pen merah berpusing-pusing di celah jari. Sesekali dia menggeleng membaca jawapan-jawapan yang ada kalanya tak masuk akal. 'Ini pun tak dapat jawab ke?'

Cuti sekolah selama seminggu ni dia kenalah bertungkus-lumus menghabiskan semua kerja yang ada seawalnya. Nanti tak payahlah dia bermati-matian kelak.

Tok-tok-tok

"Aku cakap masuk !!. " jerit Adam lagi. Pekak ke apa?

Beberapa saat kemudian, pintu diketuk bertalu-talu lagi. Adam merasa geram lalu bingkas dari kerusi. Dia menuju ke pintu. Belum sempat tombol pintu dipulas. Kepala Zakuan sudah meninjau masuk dari muka pintu. Berkelip-kelip matanya apabila pandangan mereka bertembung.

"Hai. Lama tak jumpa. Buat apa datang sini malam-malam. lapar lagi ker??" Sinis sahaja kata-kata yang keluar dari bibir Adam kerana dia tahu kalau Zakuan datang dalam waktu-waktu yang tidak tepat seperti ini semestinya membawa hajat yang tidak munasabah langsung. Kalau tidak lapar alasannya mesti lari dari rumah. Dua sahaja yang pasti bila Zakuan muncul di rumahnya.

Zakuan tersenyum kambing. Dia perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik Adam. Adam memandangnya seakan tidak mahu kakinya memijak karpet bilik tersebut. Tetapi dia tidak kisah. Sebenarnya dia ada hajat yang lebih besar daripada lapar.

"Siapa benarkan kau masuk?" Tanya Adam lagi . Sinis. Belum sempat Zakuan melabuhkan punggungnya dia diserang pula dengan soalan yang sebegitu.

"Relax lah kitakan 'brother'. Aku bukannya datang nak bagi sepah bilik kau." Zakuan memuncungkan mulutnya. Dia memandang sekeliling. Ada gambar Wati di dinding sebelah meja tunggal yang berada di bilik Adam. Zakuan mencebik. Adam cepat-cepat mengambil gambar itu lalu dimasukkan ke dalam laci.

"Peghh.. nampaknya kau minat benar dekat Mak Lampir tu." Kata Zakuan mengejek.

"Diam lah." balas Adam bengang. Dia minat sahaja. Tak salah pun.

Dia memandang Zakuan.

"Kenapa kau tiba-tiba muncul ni?. Dah kena halau rumah ke?." Soalnya.

Zakuan melepaskan keluhan berat. Dalam kepalanya sedari tadi memikirkan kejadian aneh yang berlaku di sekolah. disebabkan itu dia tidak dapat melelapkan matanya. disebabkan itu juga dia menerpah ke rumah Adam malam-malam begini. Bukan itu sahaja. Dia merasa seperti ada yang menghantuinya. Perasaannya tidak senang. Perlukah aku bagi tahu dia?.

Sekali lagi Zakuan mengeluh. Dia menghempaskan dirinya di katil Adam. Seakan katil itu miliknya. Setelah berfikir banyak kali. Dia pun membetulkan kembali kedudukannya.

"Kau pernah jumpa alien tak?" Soal Zakuan kepada Adam. Ternganga Adam mendengar soalan Zakuan. Entah-entah jawapan bodoh yang ditulis oleh pelajar dalam buku latihan yang diperiksanya tadi adalah milik

Zakuan. Dia sudah boleh mengagaknya. Adam hanya mampu menggelengkan kepalanya. Malas hendak melayan Zakuan.

Zakuan bertambah pusing apabila Adam tidak menjawab soalannya.

"eh. Aku soal kau betul-betul ni." Zakuan cuba untuk menyakinkan Adam yang dia tidak bergurau.

"Apa?"

"Kau pernah tak jumpa alien?. Maksud aku.. selama kau hidup pernah tak kau nampak orang yang ada kuasa. err. Orang yang pelik-pelik ka? di sekeliling kau?? Atau meybe di antara students kau??. " Soal Zakuan sambil dahinya berkerut seribu memikirkan cara yang terbaik untuk buat Adam mampu memahami kehendak soalannya.

Adam semakin bingung dengan soalan Zakuan.

"Well. Bro.. kau kena belajar berpijak di bumi yang nyata." Itu sahaja yang mampu diluahkan oleh Adam. Dia berpaling. Kemudian menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

"Tapi aku serius lah." Kata Zakuan.

"Ye lah aku pun serius juga ni." Balas Adam pula. Dia memusingkan kerusinya menghadap Zakuan.

"Ada apa-apa lagi?. Kalau tak ada boleh balik sekarang." sambungnya lagi. Kemudian Adam menyambung kembali kerjanya.

Zakuan mencebik. Mahu sahaja dia menceritakan segala kejadian yang berlaku sebelum ini kepada Adam. Tapi teringat yang dia sudah berjanji kepada Mia untuk merahsiakannya. Dia teringat pula kepada Syawal. Mesti Syawal pun berada dalam keadaan yang sama sepertinya ketika ini. Masih tertanya-tanya dalam kebingungan.

"Kau percaya tak kalau aku cakap aku pernah pergi ke suatu dunia yang agak pelik?" Tanya Zakuan. Dia tidak berputus asa untuk menganggu konsentrasi Adam. Sebenarnya dia sendiri tidak dapat menanggung kejadian aneh tersebut seorang diri. biarlah dia memberi tahu Adam secara tersirat dahulu. Dia bukannya menceritakan semua. Jadi rahsia masih dalam berada simpanan walaupun tidak sepenuhnya.

"Apa yang kau merepek ni?" Soal Adam pula. dia langsung tak ada idea untuk menilai soalan Zakuan sekarang. Mungkin Zakuan terpengaruh dengan agenda-agenda movie zaman kini. Remaja lah katakan.

"Kau percaya tak dalam dunia ni ada manusia yang ada kuasa luar biasa?" Soal Zakuan lagi.

Adam mencebik. Kerjanya dari tadi tergendala disebabkan soalan-soalan merepek Zakuan.

"Kau percaya ke tak?" Tanya Zakuan lagi.

"Habis kalau aku percaya atau tak. Apa kau nak buat?" Soal Adam pula.

"Tak adalah. Aku cuma nak minta pendapat kau saja." Sekurang-kurangnya dia ada kekuatan untuk mempercayai benda-benda yang dia sendiri tidak pasti. Padahal dia sedar ketika kejadian di sekolah petang tadi dia tidak bermimpi kerana Syawal dan yang lain juga mengalaminya kecuali Wati. Ya. Kecuali Wati.

Zakuan merenung Adam tajam-tajam. Wajah Mak Lampir memenuhi ruang fikirannya tika itu. Ada sesuatu yang aneh. Wati tidak mengalaminya padahal Wati berada di hadapan kelas bersama dengan mereka masa awal-awal kejadian.

"Apasal pula kau tengo aku macam tu?." Soal Adam hairan. Kelakuan Zakuan agak pelik.

"wati.." Zakuan menyebut nama Mak Lampir.

Adam menaikkan keningnya. "Kenapa dengan dia?" Soalnya curiga. Cara Zakuan menyebut nama Wati juga berbeza ketika itu. Seolah-olah Wati ada di antara mereka. Adam memandang sekeliling. Tak ada pun.

"Kau ada syak apa-apa tak pasal dia?" Soal Zakuan.

"Syak apa?" tak kan Zakuan baru menyedari kecantikan Wati. Adam menelan liur. Tak mungkin.

"Syak apa-apa je la.. contohnya.. dia tu alien ka atau betul-betul Mak Lampir?"

Panas telinga Adam mendengar soalan itu. Menusuk terus ke jantungnya. jenis manusia seperti Zakuan memang dari dulu lagi tak pernah bersangka baik dengan orang lain. Belum sempat dia membaling selipar rumah kepada Zakuan. Satu gegaran yang kuat berlaku dengan mengejut mematikan niatnya serta merta. Dia terjatuh dari kerusi. Manakala Zakuan pula berpaut pada kaki katil. Gegaran kuat itu berterusan seperti ada gergasi yang menghentak-hentak kakinya.

Mereka semakin panik apabila dinding bilik dan siling mula retak sedikit demi sedikit. Kedengaran orang ramai di luar berteriakan seperti diserang hesteria. Ramai yang sudah berlari meninggalkan rumah mereka untuk menyelamatkan diri sendiri.

"Kenapa ni?!" Soal Zakuan cemas. Dia berdebar.

Menyedari sahaja tempat tersebut tidak selamat untuk didiami Adam bingkas bangun lalu menarik Zakuan untuk keluar dari rumah itu. Gegaran yang masih berlarutan menyebabkan mereka terjatuh dan tidak tentu arah melarikan diri.

Sesampai sahaja di muka pintu utama. Zakuan teringat akan sesuatu lalu dia menarik Adam masuk kembali. Adam sempat berpaut pada pintu. Dia terkejut apabila Zakuan berbuat demikian.

"Asal kau ni?!" Jerkah Adam.

"Kita lupa Eka?!. Eka masih ada dekat dalam!!" balas Zakuan dengan kuat. Bunyi barang-barang berjatuhan di dalam rumah bercampur dengan bunyi gempa yang berdetuman itu membataskan pendengaran mereka. Lagipun masing-masing tengah panik.

"Dia dekat asrama !!" balas Adam sebelum menarik Zakuan keluar. Tapi Zakuan pula menghalangnya dengan cepat. Mereka berdua terjatuh ke lantai kemudian tergolek ke ruang tamu.

"Aku nampak dia tadi. Dia ada dekat dalam!!" Jerit Zakuan. Memang benar. Ketika dia memasuki rumah Adam dia sempat terserempak dengan Eka yang ingin ke biliknya. Mereka sempat berbalas senyuman dan dia yakin itu bukannya mimpi.

Adam mengecilkan matanya seakan tidak percaya. Eka, adiknya itu berada di asrama sekarang ini. Mana mungkin dia berada di dalam rumah. Fikirannya bercelaru. Dia tidak percaya dengan kata-kata Zakuan. Cuti seminggu akan bermula pada esok hari bererti Eka hanya akan balik ke rumah pada lusanya. Namun begitu, Eka telah memaklumkan awal-awal bahawa dia tidak dapat balik ke rumah kerana terlibat dengan program asrama.

Zakuan berusaha untuk berdiri. Dia hampir terjatuh namun sempat berpaut pada dinding.

"Kau nak pergi mana?!. Kita kena keluar cepat!!" Teriak Adam apabila melihat Zakuan mahu menuju ke tangga untuk naik ke atas.

"Aku nak selamatkan Eka!!" Jerit Zakuan pula. Kakinya sudah berpijak pada tangga.

"Eka tak ada dekat sini!!" Adam cuba untuk berdiri. Sumpah gegaran itu sangatlah kuat membuatkan pergerakan mereka tidak stabil.

Rumah terasa seperti digoncangkan dengan kuat sekali.

"Adam!! cermin!!" Jerit Zakuan apabila cermin besar yang berada pada dinding tempat Adam berpaut itu jatuh. Cermin itu pecah berderai dek terhempas ke lantai. Nasib baiklah Adam sempat mengelak.

"Kita kena keluar dari rumah ni!!" Teriak Adam. Mereka tak ada pilihan lain selain daripada menyelamatkan diri dari runtuhan yang akan berlaku bila-bila masa sahaja. Struktur rumah itu sudah tidak kukuh lagi.

Lampu chandelier jatuh hampir terkena pada Zakuan. Zakuan jatuh tergolek ke bawah. Simen pada siling runtuh sedikit demi sedikit. Zakuan cuba untuk bergerak. Namun kakinya sakit dan sukar untuk diangkat. Cecair merah pekat keluar dengan banyak sekali dari luka besar yang ada pada betisnya. Pada luka itu pula kelihatan terdapat kaca yang setengah terbenam membelah dagingnya. Mungkin terkena dengan lampu chandelier yang jatuh tadi.

Melihat keadaan tersebut, Adam menjadi tidak tentu arah. Apatah lagi gegaran tersebut masih tidak ada tanda-tanda hendak berhenti. Dia harus menyelamatkan Zakuan. Mungkin ada di antara mereka yang akan terkorban. Atau kedua-duanya sekali. Kemungkinan itu mencucuk-cucuk hatinya. Aku tak tahu.. aku tak tahu..

Dinding di tepi Zakuan retak. Zakuan menelan liurnya. Dia menundukkan kepalanya sambil memejam matanya. apa lagi yang harus dia lakukan sedangkan ketika itu dia sudah tidak mampu untuk melarikan diri. Jantungnya berdebar. Seperti sudah terlihat kematiannya.

Adam panik. Dia melompat ke arah Zakuan lalu melindunginya sebelum mereka berdua dihempap oleh dinding tersebut. Kemudian siling juga runtuh menimpah ke atas mereka. Darah pekat mengalir keluar dari celah runtuhan itu. Runtuhan demi runtuhan menghasilkan bunyi yang sangat menggerunkan.

Kelam.

Gelap.

Tragis.

Yang kedengaran hanyalah suara teriakan dan tangisan orang ramai. Bingit menghimpit suasana malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience