Bab 4

Fantasy Completed 15742

Bab 4

Syawal berjalan melalui koridor paras tiga. Dia meninjau sekeliling mencari Adam. Memandangkan dia merupakan ketua pengawas maka dia haruslah menyerahkan buku rekod hal ehwal pelajar kepada Adam sebelum diserahkan kepada Penolong kanan sekolah dan seterusnya dibincangkan bersama pengetua setiap hujung bulan.

" Abang Syawal.."

Meremang bulu roma Syawal serentak mendengar suara yang umpama bunian itu. Siapa pula yang menyeru-nyeru namanya ketika dia sedang tergesa-gesa. Syawal menoleh.

"Abang Syawal cari Baby ker?." Dayang muncul di sebalik pintu tingkatan 4 AW. . Cute, bergaya dan mewah dalam berpakaian. dia membahasakan dirinya sebagai ' baby'. Uweakkkkk... baldi mana baldi?.

Dayang merupakan anak dato Mustafa, seorang ahli politik yang berjasa.

"Abang cari baby eh.. " duga Dayang dengan gediknya yang mematikan aura ketenangan. Syawal senyum dalam paksaan.

"Abang Syawal.. " panggil Dayang lagi.

Syawal mwncari-cari di mana haluan yang ada untuk melarikan diri. Kerana dia bakal membunuh diri sendiri andai perempuan gedik seperti ini ada di sampingnya walaupun sesaat lagi. Di luar dia hanya senyum menunjukkan muka tenang. Namun dalam hati dia terseksa bagai nak rak. hanya Tuhan sahaja yang tahu.

"Baby nak cakap sesuatu ni.." Dayang mula menyentuh tangan Syawal. Syawal terkejut. Lantas menarik tangannya cepat-cepat. Bahaya gila haiwan ni. Pandai sentuh-sentuh pula.

Dari jauh Wati merenung tajam ke arah mereka. Dia memandang maut ke arah Dayang. Pelajar tingkatan 4. Junior lagi dah nak mengatal. Entah-entah cuci kain pun belum pass lagi. Ada hati nak kacau bakal suami aku. Marah Wati. Dia geram apabila ternampak Dayang sekali lagi cuba untuk menggoda bakal suaminya.

"Oiii. Mak lampir!! . Rosaklah report Biology ni!! " Zakuan yang muncul di sebelahnya merampas kertas report mereka dari tangan Wati. Dia cepat-cepat membetulkan kertas yang sudah dikeronyok habis oleh Wati.

"Kau hantarlah report tu dengan Sir Adam. Aku nak selesaikan masalah rumah tangga kejap." Wati terus menerpa laju ke arah Syawal dan Dayang secepat cara bejalan Ultramen untuk melawan raksasa batu di hadapan.

"Abang Syawal nak cari siapa sebenarnya?. " lembut sahaja soalan yang dilontarkan oleh Dayang.

"Heh hermm.." Wati berdehem. Dia muncul di antara mereka sambil menayangkan barisan gigi yang tersenyum kelat memandang Dayang. Rambut yang jatuh di sebelah sisi disapukan ke belakang telinga dengan gahnya.

Dayang menelan air liur. Alamak.. kakak senior datang pula. Siapa pula dia ni?. Selalu juga aku nampak muka dia lalu lalang kat dalam sekolah tapi tak kenal pula nama dia siapa.. Boleh tahan cantik kakak ni..

Syawal juga terkejut dengan kehadiran Wati. Tapi hatinya menerima dengan hati yang senang. Dia membalas senyuman Wati.

"Kau nak pi mana ni Syawal?" Tanya Wati.

"Nak cari Sir Adam. Dari tadi aku cari tak nampak-nampak lagi.." balas Syawal.

Dayang mencebik. Bukankah tadi dia pun tanya soalan yang sama juga?. Tapi nampaknya Syawal hanya menjawab soalan itu apabila perempuan lain yang soal. Tapi tak apa. Jangan berputus asa. Jangan lepaskan Ketua Pemgawas sekolah yang kacak ni.. baby..

"Abang nak buat apa jumpa dengan Cikgu Adam?." Dayang cuba menolak sedikit bahu Wati yang mengahalang wajahnya tuk menatap wajah kepunyaan lelaki pujaannya. Wati sedikit terkejut. Tapi dia berlagak tenang. Setenang air yang di dalamnya masih ada buaya ganas yang sedang bersedia untuk membaham mangsanya. Terutama sekali budak-budak hingusan. Wati meniup rambutnya ke atas kemudian memandang tajam ke arah Dayang.

"Syawal!! , my bestfriend till Jannah. " Zakuan muncul dari belakang dan terus mengambai bahu Syawal.

"Kau nak pergi mana ni?" Tanya Zakuan kepada Syawal.

"Saya nak cari Sir Adam. Nak hantar buku rekod ni." Syawal emnunjukkan buku panjang yang tebal di tangannya.

"Kau nak jumpa dia?. Aku pun nak jumpa dia juga. Jom lah.." kata Wati bahagia. Dia merampas report Biology dari tangan Zakuan.

"Aishhh.. nasib baik tak luka tangan aku. Kau memang tak reti nak minta dengan penuh kesopanan ke?. Mana sifat kewanitaan kau ni Wati??" Bebel Zakuan. Baginya Mak Lampir ini selalu sahaja menaikkan api kemarahannya. Sihir apa kau guna??.

Dayang merenung wajah Wati. Rupanya nama kakak ni Wati.. wati???
Jadi inilah orang yang selalu disebut-sebut oleh sesetengah pelajar lelaki di sekolah. Dayang mencebik apabila teringatkan gosip sekolah yang pernah menjadi viral suatu ketika dahulu. 'Pelajar tingkatan 5 yang bernama Wati itu pernah dilabelkan sebagai Ratu Silat kerana dapat mengalahkan semua pesilat-pesilat sekolah termasuk yang berbadan sasa?. '

"Mak Lampir tak guna." Ngomel Zakuan. Kemudian dia memandang Syawal. "Kalau kau nak selamat, jangan sesekali dekat dengan si Wati ni. Dia selalu bawa kemenyan.. bau dia tu boleh buat orang mati tanpa sedar.." nasihatnya.

Wati buat tidak tahu. Syawal pula masih tersenyum mendengar kata Zakuan . Manakala Dayang memuncungkan mulutnya. Dalam hati dia kepanasan sepanas-panasnya dengan orang-orang yang menganggu suasananya bersama dengan Syawal.

"K la.. jom..." Syawal mengangkat langkah. Wati dan Zakuan mengikuti dari belakang. Mereka sempat berperang mulut.. sepanjang jalan Syawal hanya menggeleng , memandangkan dia menjadi pengantaraan di antara Zakuan dan Wati. Mereka sudah jauh meninggalkan Dayang terkulat-kulat di hadapan pintu.

Dayang menghentak kakinya. Berang!!.

"Heii.. baby. Kau okey tak ni?" Dian muncul di sebelah Dayang.

"Kau nampak tu.. aku baru nak bersembang dengan Syawal. Tapi dua orang tu muncul pula!!!" Dayang menghentak lagi kakinya. Astaga... gedik betul.

"Itu kan Zakuan dan Wati. Pelajar tingkatan 5. " kata Dian selamba. Dia tidak nampak di mana salahnya.

"aku dah tahu nama perempuan tu Wati. Tapi lelaki yang asing tu aku macam tak pernah tengok pun.."

"Apa??. Biar betul kau tak pernah tengok.. kau tak kenal siapa Zakuan??." Dian sedikit terkejut dengan pengakuan sahabatnya itu. Dayang mengangguk.

"Zakuan tu adalah atlet sekolah. Pemain bola sepak. Kau tahu?. Kau pernah dengar tak gosip budak-budak perempuan tingkatan 3 bergaduh kat belakang sekolah dulu sampai polis datang nak leraikan pergaduhan tu ??."

"Ya. Aku tahu. Sebab papa aku pernah soal kes ni dengan aku dulu.Tapi apa kaitannya? " balas Dayang acuh tak acuh tambah dengan kesombongannya . Dia teringat bagaimana papanya mengambil berat tentang isu-isu remaja tersebut. Mungkin dia memikirkan penganti kepimpinan negara kelak. Remaja sekarang kan bakal pemimpin.. lah sangat!!.

Dian menggeleng. Dia sangka Dayang tahu apa yang berlaku pada waktu itu. Namun ternyata tidak. Bukannya dia tidak tahu anak ahli politik ini selalunya tidak mengambil kisah dengan apa yang terjadi di sekelilingnya. Dia hanya kisah pasal kehidupannya sahaja. Kemewahan dan keinginan. Dan juga gediknya. seriously..

"Budak-budak tu bergaduh disebabkan nombor telefon Zakuan. Mereka berbalahan sebab berebut nombor telefon tu sampai tercetusnya perang.." terang Dian. Dia mengakui Zakuan merupakan seorang yang kacak dan comel dalam tingkah laku. mukanya pun sudah seperti artis korea. Lalu pelajar-pelajar perempuan memanggilnya 'Oppa.' .. uweeakkkk.. baldi mana baldi?.

Dayang ternganga mendengar betapa dasyatnya semua perkara yang melibatkan Zakuan.
tapi baginya Syawal juga tidak kurang hebat berbanding atlet sekolah itu. Syawal lelaki pujaan seluruh Malaya. Syawal sentiasa macho dalam tindak tanduknya. Dia juga seorang yang berwibawa dan bertanggungjawab. Buktinya Dia dilantik sebagai ketua pengawas sekolah (Wakil pelajar). Dan Syawal harus. Eh. Silap. WAJIB.. berganding dengan orang kaya dan bergaya serta mewah untuk meneruskan gen-gen cemerlang dan gemilang untuk negara. Dan yang layak cuma dia seorang. Baby. Titik!!!

Dayang tersenyum sendiri apabila motivasinya sampai ke tahap kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience