Bab 13

Fantasy Completed 15742

Bab 13

"Selamat pagi.. budak-budak pra-matang. Apa kabar semua hari ni?" Adam memasuki kelas tingkatan 5 Mega dengan penuh berkarisma. Dia meletakkan buku rujukan dan fail biru di atas meja guru.

Seperti biasa Leo selaku ketua kelas menjadi konduktor kepada pelajar-pelajar lain untuk memberi salam dan ' sweet Good morning greet' kepada Adam. Kemudian Adam mengarahkan pelajar-pelajarnya duduk. Dia mengeluarkan beberapa maker pen dari box pencil yang dibawanya tadi.

"Homework semalam apa kabar?." Tanya Adam. Dia memandang satu-per-satu wajah pelajarnya. Semua mengerutkan wajah dalam kebingunan.. buat-buat tidak pernah mendengar perkataan 'homework' .. Permainan yang sangat licik..

Adam menarik nafas sedalam-dalamnya.

"Baiklah.. before kita start.. saya nak ambil kehadiran dulu. Siapa yang tak hadir hari ni?. Sila angkat tangan.." Adam memeluk tubuhnya sambil bersandar pada papan putih. Nasib baik papan putih telah dibersihkan. Jadi dapatlah dia bersandar dengan penuh gaya malaikat.

Mia yang berada di belakang sekali meletakkan kepalanya di atas meja. 'Pagi yang membosankan..' bisiknya dalam hati. Dia tidak minat meneruskan hidup yang low class itu. Ppttff!!

Leo yang duduk di bahagian depan sekali berdiri lalu berpusing menghadap pelajar-pelajar lain. Jarinya sibuk mengira rakyat yang hadir. Kemudian dia berpusing ke depan.

"Tiga orang tak hadir.. Sir.." lapornya dengan penuh bertangungjawab. mungkin sebab itulah dia dilantik sebagai ketua kelas dua tahun berturut-turut. Undian penuh kepadanya tanpa ada ragu-ragu.

"Tiga orang?.. siapa budak-budak tu?" Soal Adam ingin tahu. Pen merah sudah berada di tangannya untuk menandakan kosong kepada kehadiran budak-budak yang ponteng awal-awal pagi sebegini.

"Pelajar yang pertama adalah Zakuan.."

"Hadir !!!!" Belum sempat Leo menghabiskan ayatnya. Zakuan muncul di pintu belakang kelas sambil mengangkat tangannya. Nafasnya turun naik kerana baru sahaja berlari laju bak Cheetah .. kan aku dah cakap.. memang sempat punyaa..

Pelajar lain menoleh ke belakang. Ini bukan kali pertama Zakuan lambat beberapa minit ke kelas. Asal datang jer mesti dengan air sirap mandung di tangannya. Tapi hari ni tak ada pula..

"Aikk.. asal kau lambat?" Adam menayangkan muka tidak puas hatinya. Ini mesti dia singgah sarapan kat kantin lagi.. tu lah.. ada ibubapa yang workerholic , anak pula terpaksa makan merempat.

"Macam biasa. Mee goreng ayam Makcik Kantin." Zakuan menayangkan thumb up. Kemudian dengan senyuman kambingnya dia cepat- cepat menerpa ke tempat duduknya. Sebelah Mia Safwanah.. Piewwiitt..

Adam hanya mampu menggeleng. Dia tidak jadi menandakan kosong pada kehadiran Zakuan.. Entahlah kau Zakuan.. Kalau kau tak sarapan dekat rumah aku, memang kantin sekolah juga lah pilihan kau kedua..

"Siapa lagi yang tak hadir, Leo?" Soalnya.

"Err.. Sarah dan Wati. Sir." Jawab Leo relax. Selepas sahaja memberi laporan yang padu dia kembali duduk dengan tenang.

"Owh.. Sarah budak yang selalu jual nasi lemak dekat bilik guru tu ker?" tanya Adam. Dia ingat-ingat lupa muka pelajarnya yang bernama Sarah itu.

Semua pelajar menganggukkan kepala masing-masing.. Sarah yang tu lah..

Mereka sudah sedia maklum tentang Sarah yang dimaksudkan itu adalah peniaga Nasi Lemak yang terlaris sekali di sekolah. Para pelajar dan guru-guru siap dengan meng'order lagi nasi lemak untuk esok hari. Memang sedap nyum-nyum laahh.. LIKE

"Tak pa lah.. mungkin dia tolong mak dia bancuh sambal dekat rumah.." Adam tersenyum sedikit. Bancuh sambal kot.. anggap sahaja lah begitu. Anak yang baik mendengar kata.. bukan?.

"Yang Wati ni, ada siapa-siapa tahu kenapa dia tak hadir?" Soal Adam dengan serius. Dia menyangga dagu dengan tangan di meja. Pelajar-pelajar lain pula saling berbisikan antara satu sama lain. Bertanya di mana menghilangnya Wati..

"Agaknya dia kena chickenpox kot.. lepas tu dia kena kuarantin satu bulan. Maka aman lah dunia aku.. betul tak Mia?." Zakuan ketawa terbahak-bahak membayangkan andai betullah dugaannya itu.. Wati kena ChickenPox.. memang rare !!.

Mia hanya mencebik. Kemudian dia mengambil buku-bukunya lalu di letakkan sebagai pemisah di antara dia dan Zakuan. Mohon dijauhkan bala bencana..

Ketawa Zakuan perlahan-lahan terhenti apabila perasan yang semua mata-mata di dalam kelas tersebut memandang ke arahnya.

"Apa??." Ujar Zakuan. Salah ker apa aku cakap. Inikan hipotesis awal..

"Dah.. cukup lah.. kau ni tak habis-habis.." Adam menenangkan keadaan. Meskipun Wati tidak mempunyai kawan rapat di dalam kelas ini. Namun, semuanya sangat senang dengan tingkah laku Wati.

‘tok - tok – tok’

"Ini kelas 5 Mega ?"

Mia mengangkat wajahnya.. suara itu..

Seorang pemuda dengan berpakaian kasual siap dengan berselipar jepun muncul di muka pintu. Handsome, kacak bergaya lagi sempoi..

"Pelajar baru ?" Soal Adam. Baru dia ingat, awal pagi tadi pengetua ada memaklumkannya tentang pelajar baru yang akan mendaftar hari ini.

Pemuda itu mengangguk.

"Okey class.. kita akan terima seorang lagi pelajar baru.." Kelas menjadi riuh mendengar kata-kata Adam.

Semua sibuk membetulkan penampilan masing-masing. Ada di antara pelajar perempuan yang mengeluarkan cermin ajaib untuk memastikan riaksi wajah mereka persis Snow White yang sedang menunggu prince charming datang membangunkan mereka dari mimpi yang lena. Ada juga di antara pelajar lelaki yang mengeluh apabila mendengar kabar berita tersebut.. kehadiran pelajar baru lelaki bererti saingan untuk menawan hati bakal istri mereka di dalam kelas itu menjadi semakin sukar..

Zakuan memandang kosong ke depan. Dia malas hendak mengambil kisah keadaan sekeliling. Manakala Mia memandang tajam ke arah pelajar baru itu..

"Baiklah.. jemput masuk. Dan kenalkan diri kamu.." kata Adam lagi kepada pelajar baru tersebut.

Pelajar baru ini melangkah masuk ke dalam kelas. Dia kini berdiri tepat-tepat di hadapan kelas.

"Selamat berkenalan. Nama saya Ryan.." ucap Ryan. Cukup membuatkan semua pelajar perempuan di dalam kelas itu terpukau. Semakin riuh kelas 5 Mega dibuatnya. Ryan Higa. Wow..

"Ryan, untuk sementara waktu ni. Kamu boleh duduk di hadapan Mia dulu.. sebab pelajar yang duduk kat sana tak hadir hari ni. Nanti Leo akan tolong carikan kerusi kosong.. and then barulah kamu boleh duduk di sebelah Wati sahaja nanti. " beritahu Adam. Meja sebelah meja Wati kosong dan masih elok lagi, cuma kerusinya sahaja tiada. Kalau meja Sarah pula penuh dengan buku-buku yang sudah bergunung. Nanti susah pula pelajar baru tu hendak menyalin nota atau apa-apa sahaja.

Ryan mengangguk. Dia menuju ke meja yang dimaksudkan sambil memandang tajam ke arah Mia. Dia sempat tersenyum sinis sebelum melabuhkan punggungnya di tempat duduk Wati.

Mia mendengus. Dia teringat kata-kata lelaki berjubah hitam kemarin.

'Aku akan hantar pembantu kau..'

Ryan kah yang dimaksudkan itu??.

Entah bagaimana caranya dia hendak bertoleransi dengan Ryan. Dia dan Ryan bukannya sebulu.. Walaupun mereka telah lama berkenalan. Dan sama-sama menyelesaikan misi negara. Tapi percayalah.. Dia memang susah untuk bersepakat dengan orang yang bernama Ryan. Tambah-tambah lagi, Ryan merupakan seorang yang licik dalam tindakannya.

"Kringgggg!!!"

Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula.
Pelajar lain berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing untuk mengambil udara yang segar. Kebanyakannya menuju ke kantin untuk mengisi perut yang kosong.

"Zakuan.. jom ke kantin." Syawal muncul di muka pintu kelas 5 Mega.

"Ok. Tunggu jap. " ujar Zakuan. Dia menutup buku sejarahnya kemudian menoleh ke arah Mia yang sedang tidur berbantalkan begnya di atas meja. Entah tidur entah tidak..

"Hei, Mia.. kau tak nak ikut kitorang?." Tanya Zakuan.

Mia menggeleng. Pura-pura tidur rupanya..

"Kau nak kirim apa-apa?" Tanya Zakuan lagi. Ambil berat sungguh..

Sekali lagi Mia hanya mengeleng.

"Ok. Kalau macam tu aku jalan dulu.. jangan rindu aku pula nanti. " ucap Zakuan Lalu bingkas menuju ke arah Adam meninggalkan Mia sendirian di dalam kelas.

Setelah beberapa minit pemergian Zakuan. Kini tinggal Mia seorang sahaja yang berada di dalam kelas itu. Dia merenung keluar jendela. fikirannya melayang memikirkan tentang semua perkara yang berlaku dalam hidupnya.

Mia mengeluh. Betapa dia merasa apa sahaja yang dibuatnya adalah perkara yang sia-sia. Sejauh mana dia berlari. Dia tetap berada di dalam ruangan yang sama. Memang betullah kata-kata Zack dahulu. Jalan cerita mereka telah ditentukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience