Bab 7

Fantasy Completed 15742

Bab 7

Puan Azmah memasuki bilik Wati. Semasa makan malam tadi Wati hanya menyentuh sedikit sahaja makanan. Kemudian naik ke atas.

"Eh, mama.. asal masuk tak bagi signal. Terkejut Wati." Wati yang leka mengulang kaji di meja belajar terkejut apabila ternampak mamanya yang sedang duduk di hujung katil sambil memerhatikan dia.

"Mama ganggu ker?" Tanya Puan Azmah. Dia senang melihat Wati yang sedari tadi belajar dengan tekun.

"Tak ada lah.. apa lah mama ni.."

"Wati. Mari sini sekejap." Puan Azmah menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Wati lekas meletakkan pen yang dipegangnya itu di atas meja kemudian menerpa duduk di sebelah Puan Azmah.

"Apa dia?" Tanya Wati setelah melabuhkan punggungnya.

"Jangan ambil hati dengan kata-kata papa tadi..dan mama nak minta maaf sebab.."

"Dah lah ma.. Wati dah biasa dah."

"Wati.. ingat cakap mama.. Walau apa pun yang terjadi lepas ni. Papa tetap ayah kandung kamu dan Maya. Jangan pernah putuskan hubungan tu.."

Wati terdiam seketika. Ayat yang didengarinya itu dianalisa betul-betul. Jangan pernah putuskan hubungan?. Siapa sebenarnya yang ingin memutuskan hubungan di antara mereka. Sepatutnya mama katakan ayat ini kepada papa. papa lah orang yang lebih layak menerima kata-kata itu. Bukannya dia.

"Apa maksud mama?." Pelbagai soalan yang berada di benaknya. Hanya ini yang mampu disoal setakat ni. Dia mahu penjelasan yang lebih. Salah dia kah?.

Puan Azmah mengeluh. Keluhan yang berat itu menjadikan Wati terasa seperti ditimpa dengan hujan batu. Apa maksud keluhan itu??.

"Mama nak minta supaya Wati tak melawan cakap papa lagi.."

Wati teringat kejadian yang berlaku tadi. Berapi kembali hatinya teringatkan kata-kata kasar papanya itu.

"Papa tu tertekan disebabkan kerja-kerja pejabat yang tak pernah habis-habis.. anggap sahaja dia tidak sengaja.. maafkan papa ya." Puan Azmah sedaya upaya memancing Wati agak melupakan sahaja apa yang berlaku tadi. Dia tahu yang suaminya itu memang panas baran orangnya.. untuk meredahkan setiap bertengkaran yang berlaku antara suaminya dan juga Wati, dia lebih memilih agar melentur perangai Wati supaya belajar untuk berdiam diri dan tidak melawan.

Wati mendengus. Alasan yang sama juga mama beri setiap kali dia dan papa bertikam lidah..

"Mama nak Wati berdiam diri sahaja lepas ni.." Sambung Puan Azmah lagi.

Sekali lagi Wati mendengus. Bukankah selama ini dia telah pun berdiam diri. Dia hanya akan bercakap demi kebenaran.

"Wati hanya membela diri sahaja ma.. " balasnya.

"Walaupun.. please Wati. Mama tak nak hubungan kita sekeluarga semakin hancur dengan perkara ni."

"Ma.. berdiam diri ertinya pengecut.."

"Tapi itu papa kamu. Kamu kena hormat."

"Sampai bila hendak berdiam diri.."

"Tengok macam Maya, perangainya lembut sahaja.. kamu kena brsifat macam adik kamu tu."

Wati tunduk. Nampaknya mama mula membezakan dia dan juga Maya. inilah hal yang paling tidak disukainya. Dia bukan seperti Maya yang sangat lembut di setiap perilakunya. Dia adalah dirinya sendiri. Walaupun mereka adalah pasangan kembar seiras. Tapi bukanlah bererti untuk seiras dengan semua sudut.

"Wati.. ingat pesan mama.. kalau papa dah mula tinggikan suaranya. kamu jangan sesekali bercakap apa-apa. Meskipun untuk mempertahankan diri. Selagi masih boleh bersabar. Bersabarlah.. mama sangat takut keluarga ni berpecah.." Sayu sahaja nada yang dilontarkan oleh Puan Azmah. Dia sangat berharap agak Wati memahami hajatnya itu.

Wati diam seketika. Dia jadi serba salah. Entah mahu berjanji atau membiarkan sahaja.. dia tahu kemampuan dirinya.

Wati mengeluh..

"Ok lah mama. Wati cuba untuk bersabar dan bertahan lepas ni.." dia mengalah.

"Mama harap sangat kamu boleh.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience