Bab 3

Fantasy Completed 15742

Bab 3

Adam melangkah masuk ke dalam makmal biology. Pandangannya tertumpuh kepada pelajar-pelajarnya yang duduk mengikut kumpulan masing-masing.

"Good Morning.. Sir." Leo selaku ketua kelas berdiri dan memberi penghormatan kepada guru muda di hadapan mereka. Pelajar-pelajar lain juga mengikuti perbuatannya.

"Good morning. Duduk." Jawab Adam. Dia mengarahkan pelajarnya semua untuk duduk.

"Reports on the table." Arahnya lagi.

Wati dan Zakuan yang duduk di meja paling belakang saling berpandangan.

"Apa yang si Adam cakap tu.. aku tak berapa nak dengar la." Bisik Zakuan.

Wati mencebik. Pekak agaknya orang tua ni..

"Dia suruh report yang kita buat tu letak atas meja." Balas Wati mendatar. Malas hendak menjawab.

"Owhh. Patutlah aku ada dengar 'table-table' tadi." Kata Zakuan sambil memusingkan badannya untuk mengambil report yang berada di dalam begnya.

"Zakuan!!" Adam menundingkan jarinya tepat-tepat di wajah Zakuan. Zakuan ternganga terkejut dengan suara Adam yang nyaring itu. Dia hampir sahaja terbalik ke belakang tadi.

"Hadir!!" Balas Zakuan sambil mengangkat tangannya. Pelajar lain sudah ketawa.

"Asal kau bawa beg masuk dalam makmal?. Letak beg tu dekat luar." Kata Adam. Zakuan mencebik. Dia menoleh ke arah Wati. Wati sedang tunduk menahan ketawa. Puas hatinya melihat Zakuan diteriak sebegitu oleh Adam di kalayak ramai.

"Kau punya pasal la ni!!" Dengus Zakuan.

"Apa pula aku?" Balas Wati tidak puas hati.

"Aku tak sempat simpan beg, sebab kau lah.. lain kali, kau kena menoleh tengok aku, kalau aku panggil kau. Faham?"

"Apa kau ingat aku ni orang gaji kau?."

"Kau bukan orang gaji. Kau hamba abdi aku."

"Jangan haraplah Kerbau!"

Zakuan mengerutkan wajahnya. Kerbau??. Muka aku yang handsome bak bidadara syurga. Dia panggil aku kerbau?. Agaknya Mak Lampir ni ada kerosakan mata kot..

"Zakuan, Wati.."Panggil Adam. Dia memeluk tubuh, sambil kaki kanannya menghentak-hentak di lantai. Dari tadi dia melihat sahaja gelagat Zakuan dan Wati yang duduk di belakang sambil berbisik-bisik antara satu sama lain.

Adam mencebik apabila panggilannya tidak dihiraukan. Wati dan Zakuan masih lagi berbisik-bisik dengan penuh emosi.

" Zakuan!! Wati!!"

satu makmal terkejut. Lebih-lebih lagi Zakuan dan Wati.

"Okey.. okey. " Zakuan lantas berdiri dan berlari keluar makmal dengan membawa begnya.

Wati pula terkulat-kulat mencari tempat untuk menyorokkan wajahnya. Malu beb..

Beberapa saat kemudian, Zakuan masuk kembali ke dalam makmal. Belum sempat dia menerpa ke arah Wati, Adam memanggil namanya.

"Sini jap." Panggil Adam. Zakuan sempat mengeluh sebelum melangkah menuju ke depan. Apa pula kali ni..

"bukan main mesra lagi kau dengan si Wati eh.." ujar Adam perlahan.

"Owh.. jadi kes cemburu la ni?." Bisik Zakuan.

"Kau jangan kacau dia.. Wati tu aku yang punya.." balas Adam pula.

"Apa pula kau punya.. aku tak nampak ada nama kau bertulis dekat dahi dia. Ishh.. yang kau malukan aku tadi tu kenapa??" Zakuan hanya membahasakan 'kau dan aku' sahaja kalau bercakap dengan Adam secara personal. Dia sudah biasa sebegitu dari kecil lagi.

"Kalau bukan sebab kau ni kawan sepermainan aku dari kecil. Dah lama aku malukan kau lebih teruk dari tu.."

"Eleh. Si Mak Lampir tu yang patut kau malukan lebih. Bukan aku.."

"Dah lah. Pergi duduk. Aku nak mulakan kelas." Adam menolak Zakuan jauh darinya.

Zakuan mendengus. Kemudian dia bergerak ke belakang.

"Korang bisik apa tadi?" Tanya Wati seraya sahaja Zakuan melabukan punggungnya di atas kerusi bulat di sebelah Wati.

Zakuan menoleh ke arah Wati.

"Hal politik. Orang perempuan tak boleh tahu. Terutamanya Mak Lampir macam kau. Sebab kau tu pembelot tanah air." Ujar Zakuan.

Wati mendengus. Sakit hatinya bercakap dengan pengembala kambing itu.

"Wati.. sini jap. Bawa report yang korang dah siapkan." Adam memanggil Wati dari depan.

"Nah.. naga dah menyeru nama Mak Lampir." ujar Zakuan sinis.

"ishh.." Wati menjeling Zakuan. Dia berdiri lalu memijak kaki Syawal sekuat dendamnya sebelum menuju ke depan.

"Adoiiiii!!!" Teriak Zakuan. Suara nya memunuhi seluruh sudut makmal biologi itu. Semua mata melihat ke arahnya.

Dalam hati dia berkata.

Kuanghasam punya Wati. Senang-senang dia pijak kasut aku. habis dicopkan dengan lumpur.Siapa yang nak cuci ni?.

Manakala Wati pula puas hati dengan kesengsaraan Zakuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience