Bab 6

Fantasy Completed 15742

Bab 6

Mia melangkah ke bilik guru. Sunyi sepi bagai berada di dalam panggung wayang yang kosong. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri dia memerhati sekeliling ruangan itu. Tiada satu pun suara manusia yang kedengaran.

"Ponteng ke semua guru-guru kat sekolah ni?" Menolognya sendiri. Kemudian dia menduga yang guru-guru mungkin sibuk mengajar budak- budak di kelas. Guru kan tugasnya mengajar.

Mia mengeluh. Sampai hati pengetua tu cakap pergi cari guru kelas sendiri di bilik guru. Alih-alih dia pergi.. kosong pula bilik guru ni. Hidup-hidup dia dipermainkan oleh pengetua tua itu. Tapi dia telah pun memaafkannya. Its okey..Beb.

Mia melangkah lagi menuju ke suatu sudut. Dia seperti terdengar suara bualan orang di ruangan sebelah kanan. Hatinya terdetik untuk ke sana. Dengan keinginan itu dia memasuki lorong yang bersambung dengan bilik guru dengan berhati-hati.

Semakin lama semakin jelas perbualan itu. Seperti orang bergaduh. Dia tersengeh apabila terdengar perkataan.. ibu pertiwi, kerbau sawah, parang, dan sihir. Sihir??. Apa sebenarnya yang berlaku. Sihir apa yang dibicarakan itu??. Mia panasaran ingin tahu. Kalau betul la sihir. Dia harus bertindak segera. Mungkin ada orang yang menjadi mangsa sihir di dalam. Tapi sihir siapa?. Hantu ker?? Tak kan hantu bergaduh.

Dia tiba-tiba mendapat idea. Cermin kecil yang bulat dikeluarkan dari beg sandangnya. Kemudian, Sambil berjalan dia menghalakan cermin itu menghadap cahaya yang masuk dari cerah tingkap dan memantulkannya ke dalam. Hantu kan takut cahaya?. Contohnya vampire.

Cahaya silau masuk tanpa kompromi. Sesaat selepas itu, tiada lagi suara yang kedengaran.
Dia perlahan-lahan memasuki ruangan tersebut. Ingin tahu apa yang terjadi. Mungkin hantu-hantu itu sudah mati terbakar.. namun dia lantas terdiam apabila melihat terdapat 4 orang di sana senang memerhatikannya dengan kehairanan.

Cepat-cepat Mia menyembunyikan cermin di tangannya, dia terkejut apabila mengetahui tiada langsung yang berupa hantu. Aikk.. bukankah tadi mereka berbicara tentang sihir? Jadi di mana hantunya??. Erghhh.. ini sangat-sangat memalukan.Meskipun begitu, Mia masih lagi mampu mengawal reaksi wajahnya. Dia tenang.

Mia berdiri kaku melihat mereka.

"Adik cari siapa?." Soal Wati lembut dan lebih friendly. Zakuan menyiku bahu Wati.

"Aku rasa dia ni pelajar baru laa. Cantik siot.." bisiknya.

"Ish.."Wati hampir mengangkat sikunya. Gatal juga pengembala kambing ni.

"Ini pelajar baru yang bernama Mia Safwanah tu kan?" Soal Adam. Pengetua telah memberitahunya lebih awal lagi tentang kehadiran Mia. Sebab tu lah dia stay di dalam bilik guru sahaja. Memandangkan dialah guru kelasnya itu.

Mia mengangguk.

"Mia Safwanah. Nama secomel orangnya.." Zakuan memulakan ayat bermadahnya sambil menaik-naikkan keningnya. Jelas sekali hendak mengurat.

"Saya guru Biologi merangkap guru kelas kamu. Cikgu Adam." Adam memperkenalkan dirinya. Dia lebih profesional kali ini.

"Owhh.. satu umur la ni.. haii, Mia. Panggil aku Wati.. kita ni satu kelas.. dan.."

"Dan dia ni Mak Lampir sekolah. Manakala yang handsome lagi menawan ini namanya Zakuan. Mia Safwanah boleh panggil Zakuan sahaja.." Zakuan menepuk-nepuk dadanya. Bak Hero hindustan. Dia mengukirkan senyuman Salman Khan kepada Mia.
Wati mencebik apabila ayatnya dipotong.

Mia hanya memandang kosong. Secubit pun dia tidak tertarik.

"Nama aku Syawal." Ucap Syawal ringkas. Dia lebih matang dari Zakuan.

Mia mengangguk.

"Baiklah. Kita dah pun selesai bersuai kenal. Apa kata kita pergi ke kelas pula." Ajak Adam. Tangannya menyusun buku-buku pelajar di atas meja. Fail-fail yang bertaburan di letakkan di tepi rak di belakangnya.

"Okey juga tu.. jom Mia. " Wati terus mencapai tangan Mia. Dalam hatinya dia berazam untuk menjadikan Mia sebagai kawan rapatnya seumur hidup. Kerana sebelum ini, dia langsung tidak mempunyai mana-mana kawan perempuan yang layak dipanggil kawan rapat. Tapi lain dengan Mia. Ada sesuatu yang dia sendiri tidak pasti.

Mia dan Wati yang pertama sekali keluar dari bilik guru itu. Diikuti oleh Adam, Zakuan dan Syawal.

"Mia Safwanah.. Mia Safwanah.." sepanjang jalan Zakuan menyebut-nyebut nama itu. Dia memerhati Mia yang berjalan seiringan dengan Wati di hadapan mereka.

"Asal kau ni?" Adam hairan.

"Tak sangka aku dapat jumpa bidadari. Bakal satu kelas dengan aku pula tu. Comel tak dia?" Zakuan memandang Syawal yang berada di sebelahnya. Dia bagai ternampak kupu-kupu cinta terbang dengan ceria di sekelilingnya apabila memikirkan tentang Mia.

"Wati dan Mia serasi bersama kan.." ujar Syawal pula.

"Asal kau selitkan Mak lampir pula.. minta-mintalah mereka tak serasi. Silap-silap nanti si Wati tu kongsikan sihir dia dengan bidadari aku. Last-last.. dua-dua jadi Mak Lampir.." Zakuan mencebik. Kupu-kupu cinta yang terbang tadi jatuh bereputan apabila aura Mak Lampir itu menerpa. Aku kan dah cakap jangan seru nama dia.. tengok apa dah jadi.

"Aku tak pernah nampak Wati berjalan dengan kawan-kawan perempuan yang lain. Dia selalu berkeseorangan." Kata Syawal.

"Dia memang dari dulu lagi tak ada kawan perempuan. Buat apa nak hairan. Lagi pun dia boleh survive bila jalan seorang-seorang. Al-Maklumlah Mak Lampir. Kehidupan mereka memang tersisi."

"Berapa kali aku cakap. Jangan panggil Wati macam tu. " bela Adam. Dia tidak rela Zakuan menggelar Wati dengan gelaran berpuaka sebegitu. Baginya Wati tidak kurang cantiknya jika berganding dengan siapa-siapa sahaja. Wati sempurna di matanya. Eseehh.. cinta itu buta kot..

"Aku tak nak pun panggil dia begitu. Tapi setiap kali aku tengok muka dia.. automatik otak aku ni teringat cerita-cerita seram macam filem Puntianak harum tu.. ahahaha" Zakuan ketawa sezalim-zalimnya.

Adam mengetuk kepala Zakuan mengunakan fail di tangan. Sekali sekala otak dia ni kena bagi didikan bertauliah. Supaya cara berfikirnya lebih bertamadun.

"Aduuhh.. apa ni.." rungut Zakuan. Dia mengosok-gosok kepalanya..

"Jangan hina anak orang. Kalau kau tak nak aku hebohkan satu sekolah pasal kau.."ugut Adam. Zakuan menelan air liur.

"Pasal aku apa?" Katanya. Kura-kura dalam perahu, pura-pura tidak tahu.

"Kau tahu tak Syawal, si Zakuan ni masa kecil dulu dia ..." belum sempat Adam menghabiskan ayatnya. Zakuan cepat-cepat menutup mulut Adam.

"Dia apa?" Tanya Syawal. Seronok juga dengar sejarah silam Zakuan ni. Teruja dia ingin tahu.

"Tak ada. Kau tak perlu tahu.. tak keluar pun masa SPM nanti.." kata Zakuan terkulat-kulat. Adam menolak tangan Zakuan dari mulutnya. Ishhh budak ni.. aku belanja sepak terajang kang.. adakah patut dia bagi aku makan tangan dia?. Ish-ish-ish

"Eya laa. Aku tak bagi tahu.." ujar Adam. Zakuan menarik nafas lega.

"Janji?" Zakuan menayangkan jari kelingkingnya. Adam dan Syawal tersengeh. Tak matang langsung lah budak seekor ni. Be a real man.. seorang lelaki mana ada main jari-jari kelingking lagi bila berjanji. Ohh tidak. Please lahh..

"Kau ni macam budak-budak ." Kata Adam. Zakuan mencebik. Perlahan-lahan dia menurunkan jarinya itu. Dia berdehem. Bukan salah dia pun. Dia hanya terbiasa sahaja. Alaa. Dulu-dulu pun selalu buat macam ni juga.

"K lah.. aku nak balik kelas aku.. bercakap dengan korang ni langsung tak meningkatkan wawasan." Syawal menggeleng-gelengkan kepalanya.

Sedar tidak sedar, Mereka sudah pun sampai di hadapan kelas Syawal.

"Owh.. aku lupa kau tak satu kelas dengan aku. K lah.. baii." Kata Zakuan pula. Syawal mengangguk lalu masuk ke dalam kelasnya. Manakala Adam dan Zakuan masuk ke kelas sebelah. Kelas itu riuh sahaja apabila Wati membawa Mia masuk ke dalam. Semua bersorak kegembiraan apabila ternampak pelajar baru yang cantik itu sekelas dengan mereka.

Selepas Mia memperkenalkan namanya, pelajar-pelajar lain juga turut memperkenalkan diri. Hari itu merupakan hari yang berbahagia kepada mereka semua. Janji! Sangat gembira.

Maya mengetuk pintu bilik Wati dari luar.

"Kak.. makan malam dah sedia. Jom la turun.." ajak Maya.

"Okey. Kejap lagi akak turun." Balas Wati. Dia masih ligat berfikir untuk menghabiskan kesimpulan pada karangan Bahasa Melayunya itu. Dah nak siap ni. Alang-alang habiskan sahaja homework Cikgu Adiba. So, takya lah susah-susah lagi. Bila homework dah selesai hati pun menjadi senang.

"Adik turun dulu eh.. nanti kakak turunlah cepat." Ujar Maya. Mesti mama dan papa sudah menunggu di meja makan. Dia menuruni tangga, lalu menuju ke dining room (ruang Makan).

"Maya.. kakak kamu mana?" Soal Puan Azmah sebaik sahaja Maya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi.

"Kakak masih di atas. Kejap lagi dia turun." Balas Maya lembut.

"Tak payah tunggu dia." Kata Encik Farid tegas.

"Tapi pa, kejap lagi kakak akan turun juga." Bantah Maya perlahan.

"Kamu tak usah bela sangat si Wati tu.. Dia kalau tak makan pun masih boleh hidup lagi. Kamu tu sakit. Makan kena lah pada masanya. Kalau tunggu kakak kamu tu agaknya tengah malam nanti baru dapat sentuh makanan ni." Ketat sahaja Wajah Encik Farid. Dia sememangnya tidak menyukai Wati sejak dari dulu lagi. Baginya Maya sahajalah anak perempuan yang dia ada.

Maya diam. Dia tidak tahu lagi hendak berkata apa. Dia sendiri tidak tahu sebab-sebab papanya itu bersikap dingin dengan Wati.

Puan Azmah hanya menunduk setiap kali suaminya itu merendah-rendahkan Wati. Apa sahaja lah yang mampu dia lakukan??.. Dalam hati dia kesal dengan sikap suaminya.

"Balik-balik menyusahkan orang. Anak tak guna." Ngomel Encik Farid. Dia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

"Wati dah datang. Maaf sebab lambat.." Wati muncul dengan perasaan yang tidak menentu. Dia serba salah membuat mereka tertunggu-tunggu. Dia sedikit terkilan dengan kata-kata papanya tadi. Bukan dia tidak dengar.. bahkan semuanya telah didengari olehnya semasa dia hendak turuni tangga tadi. Semua. Dia tahu yang papanya tidak pernah menganggap dia sebagai anak seperti mana Maya..

"Duduklah.. kita makan sama-sama." Lembut sahaja ajakan Puan Azmah kepada Wati. Wati menjadi sebak. Dia menurut sahaja. Seperti biasa dia mengambil tempat duduk di sebelah Maya.

"Lain kali kalau lambat. Tak payah nak turun lagi dah." Tegur Encik Farid tanpa memandang Wati. Dia meneruskan sahaja agenda makannya.

"Wati buat homework tadi.." Biar apa pun yang terjadi. dia harus memberitahu kebenarannya. Bukan dia sengaja untuk lambat-lambat. Dia ada alasan yang kukuh. Untuk berdiam diri? Maaf. Itu bukan sifatnya. Lagipun dia menjawab bukan bererti untuk derhaka.

Encik Farid mengangkat mukanya.

"Berani kau menjawab!. Siapa yang ajar kau? Sekolah?!" Kata Encik Farid garang. Besar mata dia memandang tajam ke arah Wati.

Wati tunduk seketika. Pedih bila ditengking begitu.

"Wati kan dah minta maaf.." ujarnya tenang tapi penuh dengan berhati-hati. Dia tidak mahu menyalahkan sesiapa.

Encik Farid mendengus kasar.

"Bagus kau naik sekarang Wati!. Aku tak nak tengok muka kau kat sini.."

"Dah lah tu.. papa.." Maya cuba untuk mengawal keadaan. Dia takut mendengar suara papanya yang akan meninggi setiap kali bertemu muka dengan Wati. Pembantu-pembantu rumah yang berada di dapur sudah mula berbisik-bisik.

Wati memandang kosong makanan yang terhidang. Sepatutnya tadi dia tidak usah turun. Kalau tahu dia akan ditengking sebegitu. Memang dari awal lagi dia rela berkurung di bilik sahaja. Hatinya sakit..

"Maya, kamu jangan terikut-ikutkan perangai kakak kamu tu." Nasihat Encik Farid. Bila bercakap dengan Maya. Lembut sahaja nadanya. Tetapi bila bercakap dengan Wati pula tidak pernah ada unsur kasih sayang.

"Dah lah lambat. Melawan lagi.."

Wati tunduk mendengar kata-kata Encik Farid. Jelas sekali papanya pilih kasih antara mereka berdua. Inilah salah satu yang Maya ada yang dia tiada. Paling-paling pun cuma mama sahaja yang masih mahu memberikannya sedikit rasa disayangi di dalam keluarga itu. Itu pun kalau tiada papanya.. Kasih sayang itu sangat terhad sekali. Tetapi pada Maya pula senang sahaja mereka mencurahkan segala-galanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience