Bab 16

Fantasy Completed 15742

Bab 16

Wati terhendap-hendap di koridor depan kelas. Matanya mencuri pandang ke dalam kelas 5 Mega. Mia sedang bercakap dengan seorang lelaki berbaju kasual. Mereka kelihatan seperti sedang berbual perihal yang sangat serius. Siapa lelaki tu?

"Kau ni siapa?"

Wati mengangkat mukanya.

"Aaghhh!!!.." terkejut benar dia apabila muka Ryan tiba-tiba sahaja muncul di sebalik pintu. Entah sejak bila lelaki tu berada di sana. Walhal baru sesaat dia nampak sedang sibuk bercerita dengan Mia.

"Kau pekak ke apa?. Siapa nama kau?" Tanya Ryan lagi. kedengaran agak sombong di sana. Memandang sahaja wajah Wati, dia seperti terasa sesuatu yang aneh.

"Mak lampir !!!. Bukan kau kena kuarantin dekat rumah ker? Asal kau boleh ada kat sini pula??" Zakuan yang baru sahaja dari kantin itu terkejut apabila melihat Wati. Chickenpox dia ni dah sembuh ker?.

"Mak lampir?" Ryan mengerutkan wajahnya. Binatang apa tu??.

"Siapa dia ni?" Tanya Wati kepada Zakuan sambil menundingkan jarinya tepat-tepat ke muka Ryan.

"Mana aku kenal.." balas Zakuan. Bersahaja..

"Kau tak kenal aku?" Ryan terlopong. Bukankah dia baru sahaja memperkenalkan dirinya di hadapan kelas tadi.

"Aku kenal kau.. tapi aku dah lupa siapa nama kau. Haha" Zakuan menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Sedangkan nama unsur-unsur dalam kimia tu pun ada 20 lagi yang dia tak hafal. Masakan pula nak hafal nama pelajar baru itu. Tak sanggup aku.. tapi kalau Mia Safwanah. Boleh lah. Eh, mana Mia?.

Mia yang sedang duduk di hujung kelas dengan muka bosannya melihat mereka dengan pandangan yang kosong. Peghhr..

"Hai.. Mia Safwanah.." Zakuan melambaikan tangannya. Mia mencebik. Malas hendak melayan kanak-kanak riang.

"Heii.. apa kecoh-kecoh ni.." Syawal keluar dari pintu belakang kelasnya. "E'eh. Wati.. aku dengar kau tak hadir hari ni.. err.. kau nampak pucat laa. Kau sakit eh?" Tegur Syawal kepada Wati sejerus sahaja melihat kewujudan Wati di sana.

"Aku hadir lah.. cuma datang lambat jer.. lagi pun aku ada hal yang mustahak nak urus kejap lagi." Ujar Wati .. dia menghadiahkan senyuman Luna Maya kepada Syawal, pemuda pujaan hati setiap bidadari.

Serentak dengan itu, Wati memegang wajahnya. Dia akui disebabkan meredah hujan semalam menyebabkan dia demam dan kelihatan agak pucat. Dia memang jarang sakit. Tapi kalau kena sekali.. pucatnya kalah-kalah pucat lesinya Vampire.. Pucat sangat ker muka aku?. Menggerunkan pula. Nanti tak pasal-pasal aku ni dicakap Zombie berjalan. Mohon dijauhkan.

"Persis sekali Zombie berjalan." Zakuan memetik jarinya. Tepat.. happy halloween kepada Wati si Mak Lampir malaya.

Wati mengetam bibirnya.. kuangasamm punya Zakuan. Di saat demam dan kepalanya agak migran bertahap mencabar ini, dia berusaha untuk tidak mencetuskan apa-apa masalah dengan Zakuan. Moodnya untuk berperang dengan pengembala kambing hilang apabila mengenangkan kondisinya sekarang. Dia perlu jimat tenaga. Jangan buat benda-benda yang tidak berfaedah. Terutama sekali bila berurusan dengan Zakuan.. sabar Wati. Kau comel, kau menawan..

"So, Nama kau Wati.. "ulas Ryan. Dia masih berdiri di muka pintu sambil memandang enteng ke arah Wati. Perempuan ni bukan sekadar manusia biasa.. aku kena kenal pasti siapa dia sebenarnya..

"Kau ni siapa sebenarnya?" Soal Ryan curiga kepada Wati.

"Hah?? Apa yang kau merepek ni??" Wati kalut apabila Ryan cuba mendekatkan mukanya..

Ryan mengecilkan matanya.. dia merenung mata Wati dalam-dalam.. menembusi setiap ruangan memori yang ada melalui urat saraf mata sehingga ke tunjang kepala.

Wati pula hairan memandang kelakuan Ryan. Asal dia tenung-tenung mata aku ni?. Is he normal?..

Syawal dan Zakuan saksi kejadian. Mereka hanya memandang sesama sendiri apabila melihat Ryan masih tekun merenung ke mata Wati. What is going on at here??. Tak kan budak baru ni nak mengurat Wati kott..

Tiba-tiba garisan cahaya putih muncul menerusi antara pasangan mata Wati dan Ryan. Mata mereka terbuka luas tanpa berkelip. Sesaat selepas itu, Ryan menggenggam kedua tangannya. Nafasnya turun naik tidak terkawal. Manakala Wati bagaikan terpukau membisu. Cahaya putih tersebut semakin membesar menerangi tempat mereka berdiri.

"Apa yang dah jadi ni??" tanya Syawal cemas. Dia dan Zakuan melindungi mata mereka dari cahaya silau itu.

"Ryan!! stop it!!" Mia muncul lalu menolak tubuh Ryan ke dinding. Wati terjatuh lemah ke lantai. Cahaya putih itu masih menyilaui kewasan tersebut sehingga mereka terpaksa menutup mata masing-masing. Sesaat selepas itu, cahaya tersebut beransur-ansur hilang.

"Cahaya apa tu?. Kita kat mana ni?" Zakuan memandang sekeliling. Kelopak mata dibuka sedikit demi sedikit untuk memastikan retina matanya perlahan-lahan membiasakan gambaran cahaya yang masuk dari sekelilingnya.

Suasana sudah berubah. Mereka sekarang berada di dalam sebuah ruangan yang kuno dan lama. Senjata-senjata perang tersusun rapi memunuhi setiap rak dan sudut ruangan tersebut. Panah, pedang, tombal dan banyak lagi ..

"Muzeum mana ni?" Syawal juga hairan dengan apa yang terjadi. Mereka tidak lagi berada di depan pintu kelas.

"Ryan!! Tengok apa kau dah buat?!" Mia memandang tajam ke arah Ryan yang masih lagi bersandar di tepi dinding. Disebabkan Ryan mereka semua telah termasuk ke dalam dunia Senjagah. Dan mereka semua itu bererti Syawal, Zakuan dan Wati turut terbabit. Ini sepatutnya tidak berlaku !

Ryan berdehem.

"Apa aku dah buat??" Soal Ryan pula pura-pura tidak tahu. Dia bingkas membetulkan kedudukannya. Kepalanya masih terasa pening dek cahaya tadi. Wati bukan calang-calang orang. "Wah.. kita dah kembali ke dunia asal.. sekejapnya.." sambung Ryan lagi. Begitu teruja.

"Dunia asal?" Syawal mengerutkan wajahnya. Bagaimana semua ini berlaku.. dunia apa yang dimaksudkan oleh Ryan. "Di mana Wati?" Soalnya lagi apabila menyedari cuma mereka berempat sahaja yang berada di sana.

"Jangan sentuh benda tu!." jerit Mia. Dia cuba menghalang Zakuan daripada menyentuh tempayan yang berada di hujung sudut.. namun..

'PANG!!'

Zakuan melompat ke belakang sejerus sahaja tempayan tersebut jatuh ke lantai lalu pecah berderai.

"Ops.. sorry.." katanya.

Mia melepaskan keluhan yang berat. Kan aku dan cakap..

"Wait.. Ryan. Kita sebenarnya kat mana sekarang ni? Apa yang kau maksudkan dengan dunia baru??" Syawal menerpa ke arah Ryan. Dia perlu penjelasan. Fenomena ganjil ini mengelirukan. Entah-entah ada kaitannya dengan sihir atau pun mana-mana pihak yang berniat jahat ke atas mereka.

"Relax laa. Syawal.. macam yang kau cakap. Kita sekarang berada di dalam muzeum.. muzeum sekolah mungkin. Tapi aku tak tahu pula kita ada muzeum rahsia?? Ada pameran subjek sejarah ker??" Kata Zakuan pula. Dengan muka tidak bersalah itu dia masih lagi tidak sedar apa sebenarnya yang berlaku. Atau buat-buat tidak sedar. Tapi sebenarnya dia juga merasa was-was di dalam hatinya.

Ryan ketawa tiba-tiba.

"Asal pula kau ketawa??" tanya Zakuan. Dia ketawakan aku ker??.

"Korang ni lawak laa.. aku tak tahu nak jawab apa.." ujar Ryan.

"Aku harap kau dapat explain dengan jelas kepada dorang.. " kata Mia kepada Ryan dalam nada sindiran.

"Apa pula aku yang kena explain?? " bantah Ryan tidak puas hati.

"Kau penyebab semua ni berlaku.. "

"Aku cuma nak scan siapa perempuan tu yang sebenar.. kau tahu tak.. perempuan yang bernama Wati tu ada kuasa. Dia bukan calang-calang orang."

"Aku dah tahu... tapi kau.."

"Kau dah tahu dari awal?? Dan kau biarkan saja??.. dia mungkin gunting dalam lipatan. Kita harus bunuh dia.."

"Jangan nak mengarut, Ryan.. dia tu lah orang yang kita cari selama ni."

"Tapi dia seorang PEREMPUAN.."

"Ya. Dan itu tak mustahil."

Tanpa mereka sedari. Perbualan tersebut didengari oleh Syawal dan Zakuan.

"Siapa sebenarnya korang berdua ni??.. " Syawal mengundur selangkah ke belakang. Begitu juga Zakuan. Sedari tadi mereka mendengar semua perbualan antara Ryan dan Mia yang agak mengejutkan. Siapa sebenarnya mereka?.

Mia dan Ryan menoleh ke arah Zakuan dan Syawal serentak. Kemudian mereka saling berpandangan antara satu sama lain.

"Okey guys.. biar aku terangkan.." ujar Ryan perlahan. Dia cuba untuk menenangkan keadaan. Nampaknya rahsia bukan lagi rahsia.

"Korang semua berada di dunia Senjagah. Dunia di sebalik setabir alam. Kat sini semua benda korang akan nampak..err.. apa lagi eh.." Ryan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sendiri tiada idea untuk membuat penjelasan yang cukup mantap.

"Aku tak faham.." jujur Zakuan. Dia memandang Syawal. Syawal diam sahaja. Diam berfikir.

"Lama-lama korang akan faham juga.." ungkap Ryan. Dia tersenyum kambing. Berharap sangat tiada pertanyaan lagi. Sebab dia sudah malas membuka mulut.. lagipun dia bukannya seorang pemandu pelancongan.

Mia mengeluh. Semua masalah yang berlaku selalunya berpunca dari kecuaian. Cuma kali ini sahaja dia sangat menyalahkan Ryan. Dia sudah agak dari awal lagi yang Ryan akan membuat kekacauan dan kecuaian yang sebegini besar.

"Mia.."

Seorang perempuan tiba-tiba muncul di suatu sudut ruangan itu. Perempuan tersebut mengenakan jubah putih serta penutup kepala. Di bahunya terdapat tabung panah yang bersangkutan. Di tangannya pula memegang panah kayu yang terukir unik.

"Mama.." Mia menerpa ke arah wanita tersebut.

"Ryan pun ada sekali?.." ujar Wanita tersebut apabila terpandang Ryan. Ryan mengangguk sopan.

"Siapa dua orang pemuda ni?"

"Saya Zakuan. Ini Syawal." Zakuan memperkenalkan dirinya juga Syawal. Syawal menghadiahkan senyuman ikhlas kepada wanita itu. Wanita itu kelihatan seperti seorang yanh baik hati.

"Orang luar?"

"Mia boleh jelaskan ma.." kata Mia. Dia tahu membawa orang luar ke dalam dunia Senjagah adalah kesalahan yang berat.

"Tak pa. Mia.. mama dah pun tahu. Kejadian ni pasti akan berlaku. Mereka adalah yang terpilih." Ucap wanita itu dengan tenang.

"Apa maksud makcik?" Tanya Syawal. Semua yang berlaku menjadikan dia susah untuk menerima setiap kata yang terungkap. Dia tahu bukan dia seorang sahaja yang merasa keanehan fenomena ini. Bahkan Zakuan yang berada di sebelahnya juga masih dalam kebingungan. Andai Wati ada bersama, tentu dia juga sama seperti mereka. Namun persoalannya, di mana Wati menghilang?.

Wanita tersebut membuka penutup kepalanya perlahan-lahan. Dia memandang ke arah Syawal dan Zakuan. Wajahnya mempunyai sinar keibuan yang mendamaikan jiwa.

"Panggil makcik, Makcik Imah..pertama-tama sekali, terima kasih kerana sudi datang ke dunia ni. Sebelum makcik teruskan cerita.. kita kena cari tempat yang lebih selamat dulu." Puan Imah memperkenalkan dirinya. Dia merupakan emak kepada Mia dan berasal dari dunia Senjagah.

Mia dan Ryan terlopong mendengar ucapan alu-aluan tersebut. Adakah kejadian ini memang sudah dirancang dari awal?. Tapi yang lebih menggerunkan lagi ketika Puan Imah membicarakan tentang 'tempat yang lebih selamat'. seakan-akan ada sesuatu yang buruk sedang berlaku.

"Apa yang terjadi Makcik?." Soal Ryan.

"Dunia senjagah dah tak aman lagi sekarang ni. Setengah kawasan negara ni dah ditawan. Ramai penduduk yang diseksa. Bahkan ada yang dibunuh tanpa belas kesian. Kita kena bersembunyi dahulu buat sementara ni." Jelas Puan Imah dengan nada yang bimbang.

Dari luar, kedengaran suara garau seorang lelaki berteriak seperti memberi arahan. Kemudian diikuti pula dengan derap-derup hentakan kaki orang berkawad. Mia cuba untuk mengintai ke luar jendela namun dihalang cepat oleh Puan Imah.

"Jangan Mia. Mereka boleh hidu kuasa kamu." Kata Puan Imah.

"Biar saya sahaja yang tengok, Makcik.." Zakuan mengambil peranannya secara sukarela meskipun hatinya ragu. Dia terus menerpa ke jendela usang kemudian melihat apa yang berlaku di luar. Kelihatan ramai barisan-barisan tentera yang berpakaian besi (baju perang) serta bertopeng. Kalau dianggarkan jumlahnya boleh mencecah 4 ribu orang. Banyak tu. Kemudian kuda-kuda yang telah dipersiapkan dengan aksesori perang di ikat di tepi benteng simen yang memanjang ke belakang. Setiap kali hentakan kaki dari para tentera tersebut berlaga dengan tanah, habuk-habuk naik terangkat ke udara.

"Heii.. itu Wati lah.."

"Mana?" Syawal cepat-cepat melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Zakuan.

Wati berjalan dengan gahnya melalui laluan yang telah disediakan di tengah-tengah barisan tentera-tentera berbaju besi. Dia mengenakan jubah yang panjang dan rambutnya dihuraikan ke belakang. Setiap langkah yang dimarakan disambut dengan tunduk hormat oleh tentera-tentera tersebut. Bagai dirancang awal. Pergerakan mereka serentak dan berprotokol.

"Korang.. kita tak ada masa yang banyak sangat.." Mia semakin resah. Dia mempunyai firasat buruk yang akan berlaku. Hatinya berdebar dengan tiba-tiba. Apa yang akan terjadi? Dia sendiri tidak pasti..

Beberapa saat kemudian.

Ryan jatuh ke lantai. Dia berteriak kesakitan. Badannya mengelupur.

CEMAS!!

"Apa yang terjadi?" Syawal bergegas mendapatkan Ryan. Yang lain juga begitu.

Keadaan menjadi cemas apabila Mia juga turut jatuh ke lantai. Dia tercungap-cungap mencari ruang udara yang masih tersisa.

"Makcik Imah.. apa kita nak buat ni?" Tanya Zakuan kalut. Dia bimbang melihat kejadian itu.
Puan Imah diam bisu tidak terkata seperti bingung tidak tahu hendak berbuat apa.

"Makcik Imah?" Panggil Zakuan lagi.

Puan Imah tunduk sejenak. Ada sesuatu yang pelik. Dia tersenyum sinis dalam diam.

Menyedari sahaja kepelikan tersebut. Syawal pantas menarik Zakuan jauh.

"Siapa kau?" Soal Syawal curiga.

Puan Imah mengangkat wajahnya. Dia ketawa.

"Aku..”

Belum sempat Puan Imah menghabiskan kalamnya, Anak panah melayang laju menembusi bahu kirinya. Puan imah berteriak kesakitan. Zakuan dan Syawal menoleh ke belakang serentak. Tiada siapa-siapa yang mencurigakan di sana. Siapa yang memanah tadi?.

"Syawal! Hati-hati!!"

Zakuan menolak Syawal ke tepi apabila Puan Imah cuba untuk menyerang Syawal dari belakang.

tiba-tiba, kedengaran bunyi sesuatu objek yang besar jatuh menghempap lantai berkali-kali sehinggakan tempat yang dipijak bergegar bagai hendak runtuh. Berjatuhan semua barang-barang yang tersusun di atas rak. Perisai-perisai perang turun terjatuh bertaburan.

"Kita kena keluar dari tempat ni cepat!!" Jerit Syawal. Bunyi gempah gempur yang kuat itu membataskan pendengaran mereka.

hujung ruangan tersebut kelihatan ada lubang yang besar seperti pintu keluar. Entah apa yang ada di lorong gelap tersebut. Tapi Syawal tanpa berfikir panjang terus menarik Zakuan berlari menuju ke dalam lubang itu.

"Kau gila ke apa??! Ryan dan Mia masih dekat sana!!" Kata Zakuan.

"Bodoh!! Kau nak kena bunuh awal oleh makcik tu ke apa ?!!" Jerkah Syawal pula. Zakuan terdiam sejenak. Betul juga..

"Cepat lari!! Kita tak ada masa ni??! " Syawal geram melihat Zakuan yang masih lagi ragu dalam bertindak.

"Tapi tempat ni gelap." kata Zakuan. Tetapi dia tetap juga melangkah mengikut jejak Syawal. Mereka melangkah dengan laju sekali sambil meraba-raba dinding di tepi.

Semakin lama mereka berjalan semakin jauh mereka ke dalam lorong tersebut. Sepanjang perjalanan Syawal hanya berdiam diri. Dia fokus untuk mencari jalan dalam kegelapan disebabkan dia yang berada di depan. Manakala Zakuan balik² merungut.

"Aku rasa kita dah jauh ni..." kata Zakuan. Syawal diam. Langkah mereka masih diteruskan.

"Syawal. Dah jauh nii." Kata Zakuan lagi. Dia seperti tidak selesa berada di tempat yg gelap. Segala jenis hantu terbayang di mindanya.

"Syawal.. gelap laa..." Zakuan masih lagi dalam rungutannya. Syawal hanya meneruslan sahaja langkahnya. Dia yakin dengan jalan yang diambil. Dalam kepalanya dia masih terfikir-fikir kenapa mereka boleh berada di dalam dunia yang ganjil tersebut.

"Syawal.. aku tak yakin dengan jalan ni.." kata Zakuan sambil menarik-narik belakang baju Syawal. Syawal mendengus. Dia semakin bosan dengan rungutan dari Zakuan. Tak boleh ke diam saja... dia tengah berusaha cari jalan ni..

"Syawal.."

"Zakuan!!!.. bisinglah kau ni.. " kata Syawal tegas. Setegas ketua pengawas. Peghh. Patutlah semua pelajar tunduk jika terserempak dengannya. Lionking lah katakan..

Zakuan menelan liur. Amboi garangnya orang tua ni..
Kemudian dia mengeluh. Kan bagus kalo ada touchlight ker atau pelita. Boleh juga guna untuk suluh lorong yg gelap ni. ada juga cahaya.. cahaya??
Zakuan menyeluk poket sisi seluarnya. Dia mengenggam sesuatu..

HANDPHONE.

Cepat-cepat dia mengeluarkannya dari poket dan terus menekan aplikasi 'Flashligh'. seluru ruangan tersebut diterangi dengan cahaya dari telepon android Zakuan.

"Tadaaaa.. tengo apa yang aku ada.." ujar Zakuan apabila Syawal menoleh ke arahnya.

"Ada mana kau dapat tu?"

"aku tak sedar handphone ni ada dalam poket aku. Hehe." Jawab Zakuan apabila Syawal tidak berkelip-kelip memandangnya. Seriously?? Tak pernah nampak handphone ker??.

"Oklah. Salah aku sebab tak bagitau awal-awal yang aku ada bawa phone. Lupa laa.. kalo aku ingat. dari awal lagi aku dah pasang touchlight dekat phone ni.." kata Zakuan selamba.

Syawal mengeluh. Aduhaiii.

"bak sini handphone tu. Berani kau bawa benda terlarang ke sekolah." Dia merampas handphone tersebut dari tangan Zakuan. Zakuan terpinga-pinga. Ops.. aku lupa yang depan aku ni ketua pengawas..

Syawal menggunakan rampasan tersebut sebagai altinatif yang berkesan untuk survive dalam kegelapan. Hebat juga kuasa veto aku ni. Hehehe.. kena kau dengan aku, Zakuan. Berguna juga barang terlarang ni..

Mereka berjalan lagi. Jauh ke dalam.. sesekali mereka melihat ke belakang. bersyukur kerana tiada siapa yang mengekori. Lorong itu kosong sahaja. Tapi penghujungnya masih belum dijumpai. Mungkin ini lorong bawah tanah.

"Eh. Siapa tu?" Zakuan menunjuk ke arah seseorang yang sedang memeluk lututnya sambil bersandar di tepi dinding tidak jauh di hadapan mereka. tak kan hantu pula?? Duga Zakuan dalam hati.

Syawal dengan beraninya mendekati tubuh itu.

"Syawal hati-hati. Aku ada firasat yang tak baik ni.." bisik Zakuan. dia mengikuti juga langkah Syawal dari belakang dalam keadaan terpaksa. Ya laa. Mana boleh Syawal meninggalkan dia di belakang seorang diri. Kang nanti kena tarik hantu jenis yang merangkak pula macam mana. Siapa susah huh?.

Syawal menyuluh tubuh itu. Semakin lama semakin dia yakin yang itu adalah Wati. Tapi benarkah?.

"Wati??" Panggil Syawal perlahan. Dia cuba menyentuh bahu empunya tubuh itu.

"Heiii. Apa korang buat kat sana?!" Teriak satu suara dari arah yang bertentangan. Syawal dan Zakuan menoleh serentak. Mereka terkejut apabila melihat Ryan dan Mia berdiri tidak jauh dari mereka sambil masing-masing memegang obor. eh. Bukan tadi mereka pengsan dekat bilik senjata tu kah? Tapi kenapa..

"Syawal, Zakuan.. jangan dekati makluk tu.." kata Mia dari jauh. Perlahan sahaja tapi cukup jelas di telinga mereka. Kenapa?? Siapa makluk yang dimaksudkan oleh Mia??.

'Hrrmmmm'

Suara siapa tu???

Zakuan dan Syawal menelan liur sebelum perlahan-lahan menoleh kembali kepada tubuh di hadapan mereka tadi.

Seorang perempuan. Rambutnya terjuntai jatuh menutupi separuh wajahnya. namun dalam sesamaran cahaya. Dia tersenyum dengan senyuman yang menakutkan. Mukanya penuh dengan luka-luka yang dalam sehingga kelihatan daging yang merah dan masih berdarah.

"Aagghhhh!!!!" Jerit Zakuan sebelum berlari ke arah Mia dan Ryan. Syawal juga begitu namun tidak seteruk Zakuan. Mereka berempat kemudian cepat-cepat meninggalkan tempat tersebut sebelum sempat dikejar oleh 'perempuan' itu. Setelah jauh berlari. Mereka berhenti seketika.

"Apa yang terjadi sebenarnya??. Kenapa korang boleh berada dekat sini?" Tanya Ryan. Dia menarik nafas panjang-panjang sebelum menghembuskannya tenang. Seriously penat..

"Sepatutnya kami yang tanya soalan tu.. " kata Syawal pula. Dia juga menarik nafas dengan dalam sekali.

"Ya. Bukan korang pengsan dekat bilik senjata tu kah?" asal pula ada dekat sini?" Tanya Zakuan. dia juga penat. Tapi dia menganggap larian tersebut sebagai latihan sukan yang ringan. Almaklumlah dia kan atlet sekolah

"Panjang ceritanya.." kata Mia. Dia malas untuk menceritakan dari awal hingga ke akhir.itu semua tidak penting.

Mereka diam.

"So, macam mana nak keluar dari tempat ni?" Tanya Syawal. Selaku ketua pengawas dia harus lebih profesional. Dia memandang Ryan. Soalnya Ryan adalah orang yang bertanggungjawab membawa mereka ke dalam dunia tersebut. Ryan mengangkat kedua² bahunya tanda dia sendiri tidak tahu. Kemudaian dia memandang Mia.

"Apa?" Tanya Mia.

"Kau mesti tahu jalan keluar dari dunia ni kan." Kata Syawal.

Mia tidak menghiraukan mereka. Dia kemudian meneruskan perjalannya. Yang lain mengikut dari belakang. Tetpi Syawal masih lagi tidak berpuas hati dengan riaksi Mia.

"Kalau macsm tu biar aku guna 'Map'. Bak sini handphone aku. Tak boleh diharap langsung korang ni.." Zakuan merampas handphone dari tangan Syawal. Syawal tersengih. Entahlah..

Zakuan menggunakan alat teknologi tersebut untuk mengetahui di mana jalan keluar. Namun sia-sia.

NO SIGNAL

Dia mengeluh. Kecewa.

"Mia.. handphone canggih aku tak dapat detect location.. kita dekat negara mana ni?? Zimbabwe ke?" Tanya Zakuan kepada Mia.

Mia tidak melayannya. Mia bijak. Jadilah seperti Mia. Puiii..

Zakuan tidak berputus asa. Dia mendekati Mia yang sudah berada di depan.

"Mia.. macam mana nak keluar ni??" Tanya Zakuan lagi. Sambil mencari 'signal' menggunakan handphone nya.

"Mia.."

"Diam.. bisinglah kau ni. Aku tak dapat fokus." marah Mia sebelum sempat Zakuan menhabiskan ayatnya.

"Ok. Baiklah." Zakuan mengalah. amboi. Garangnya mama Lion king..keturunan siapa la ni. atau memang betul mereka sekarang berada di Zimbabwe. Hal ini kerana mama Lion king mesti berasal dari sana.

Ryan hanya tersenyum. Dalam diam dia membaca minda Zakuan.

"binatang ni memang garang.." kata Ryan kepada Zakuan. Binatang yang dimaksudkan adalah Mia. Ish-ish-ish. Sungguh jahat dia ni..

Zakuan tersengih. Apa hal dengan dia ni? Macam mana dia boleh tahu..

Syawal hanya menggeleng melihat karenah mereka.. Entah lah..

Dalam beberapa langkah ke depan. Mia tiba-tiba berhenti. Dia memandang sekeliling. Seperti mengigat sesuatu. Tempat ini..

"Aku tahu tempat ni.." monolog Mia. Dia tidak bercakap dengan siapa-siapa. Ryan memandang Mia. Zakuan dan Syawal juga begitu.

"Pegang ni." Mia menyerahkan obor kepada Syawal. Syawal menyambutnya. Mia meraba-raba dinding yang berada di sebelah kirinya. Sesekali dinding tersebut ditepuk perlahan.

"Apa kau buat?" Tanya Ryan.

"Aku pernah pergi ke sini dulu. Dengan Zack dan yang lain lagi.." Jawab Mia perlahan. Ryan cuba mengimbas kisah silam. Kemudian dia mendengus.

"Ohh. Aku dah ingat. Kes pecah masuk ruangan penyimpanan senjata. Korang rupanya.." Ujar Ryan sinis.

Tetapi dia hairan kerana masa itu tiada siapa yang mengetahui siapa yang menceroboh ruangan penyimpanan senjata perang melalui jalan bawah tanah. tempat ni gelap dah bahaya. Macam mana Mia dan Zack dapat memasuki setiap lorong dengan senang. Sedangkan pengawal istana sendiri pun tidak sanggup untuk menerokai lorong gelap ini. Tapi kenapa.. oya.. dia lupa. ketika itu Mia bersama dengan Zack. kalau dengan Zack maka tidak hairanlah. Zack adalah kepercayaan negara. Dia serba tahu..

Kemudian Ryan mendengus lagi.

"Kami bukannya menceroboh. kami cuma ikut arahan dari Raja Zhang sahaja. Masa tu kan ruangan penyimpanan senjata berada di zon merah. Musuh ada dekat sana. Dan tak boleh lalu pintu utama." Kata Mia mempertahankan dirinya.

"Apa-apa jak laa." Kata Ryan pula. Dia malas hendak mendengar cerita tentang kisah lalu. Terutama sekali yang berkaitan dengan Zack. Baginya past is past..

Mia mendengus. Ryan memang menyakitkan hati.

"Syawal. Halakan obor tu dekat sini." Arah Mia. Syawal menurut.

ada corak yang terlukis di atas dinding itu. Corak yang kuno berserta dengan kod-kod yang rumit. Mia membaca kod-kod sambil tangannya menyapu-nyapu dinding tersebut. setiap kalimah yang disebut asing di telinga mereka kecuali Ryan. Hanya Mia dan dia sahaja yang faham apa yang tertulis.

Zakuan dan Syawal hanya berpandangan sesama sendiri. Jampi apa yang dibaca tu??.

Kemudian Mia menepuk dinding tersebut sebanyak tiga kali. Cahaya putih memancar keluar dari tulisan-tulisan kuno itu lalu menyilau pemandangan mereka. Apa yang berlaku ???

hanya putih sahaja kelihatan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience