Bab 10

Fantasy Completed 15742

Bab 10

Jam sudah menunjukkan pukul 4:47 petang. Wati berjalan di laluan pejalan kaki sebelah jalan raya sambil menyandang begnya. Kereta tidak banyak lalu lalang di sana. Menyebabkan kawasan tersebut sunyi sahaja. Sekali sekala bunyi angin meluncur laju apabila ada kereta yang melintas di sebelahnya. Kemudian kembali sunyi.

Ini bukan kali pertama dia berjalan kaki balik ke rumahnya dari sekolah. Setiap kali Pakcik Supir tidak dapat mengambilnya, memang sah lah dia kena berjalan kaki sahaja. Lagi pun jarak antara sekolah dan kawasan perumahannya tidaklah jauh sangat ibarat keliling Dewan Mutiara 10 kali sahaja.

Dia teringat kata-kata Pak Supir ketika menghantarnya ke sekolah pagi tadi.

"Non, sore nanti kalau Pak Supir enggak bisa datang menjemput kamu lewat jam 3 nanti.. ertinya papa kamu itu lagi banyak urusan. Jadi Pak Supir harus hantarin dia ke sana ke mari.." kata Pak Supir serba salah.

Wati mengangguk. Dia sudah biasa dengan keadaan itu. Lagi pun dia masih muda. Dan masih kuat untuk berjalan kaki.

Dalam perjalanan, dia terkenang kembali kejadian yang berlaku antara dia dan Mia. Mia memang sangat sukar untuk didekati. Dia bahkan hampir berputus asa apabila Mia mengatakan yang dia tidak memerlukan siapa-siapa termasuk dirinya. Tapi kenapa?.
Wati hairan dengan kelakuan Mia. Setiap apa sahaja yang berlaku di sekelilingnya dia tidak pernah mengambil kisah langsung.

Wati mendengus bila teringat kata-kata terakhir Mia.

'Aku pun tak tahu apa yang aku buat sampai dia tak nak kawan dengan aku. Even bercerita pun dia cakap tak ada masa. Dia tak nampak ker muka aku ni ikhlas sangat-sangat??. Dia dengan muka kosong dia tu selalu buat aku curiga.. dia adalah seorang yang berahsia.
Aku tak akan berputus asa. Aku kena mantapkan lagi strategik untuk rapat dengan dia..
Wati, You are cute.. you can do it..' monolog Wati dalam hati.

Awan kian mendung. Suasana petang itu sungguh hening. Satu titisan air jatuh ke hidungnya. Dia mendongak ke atas. Hujan rintik-rintik turun menyerang bumi. Wati mempercepatkan langkahnya. Kejap lagi hujan lebat akan turun. Rumahnya masih jauh.. namun dia masih di dalam hujan..

Puan Azmah semakin risau. Jam sudah menunjukkan jam 5: 13 petang. Hujan turun dengan lebat. Langit semakin gelap. Tapi bayang Wati masih belum kelihatan.

Dia baru dimaklumkan oleh Pak Supir bahawa dia tidak dapat mengambil Wati dari sekolahnya kerana Encik Farid mengarahkannya untuk menghantar barangan yang baru sampai itu ke kilang. Dia terpaksa mengikut arahan atasan..

Puan Azmah menyelak sedikit langsir jendelanya. Halaman rumah kosong sahaja.. yang hanya kelihatan adalah titisan-titisan hujan yang berduyun-duyun turun membasahi bumi. Di mana agaknya Wati?..

Dari tingkat atas, bibik Umu bergegas mendapatkan Puan Azmah.

"Puan, Maya sakit lagi." Ujarnya dengan risau..

Puan Azmah bagaikan terkaku sebentar. Bukankah Maya baik-baik sahaja tadi? Malah mereka sempat berbual-bual lagi.

'Pang!!'

Bunyi kaca pecah mengejutkan mereka. Cepat-cepat Puan Azmah dan Bibik Umu berlari naik menuju ke bilik Maya.

"Ya Allah.. apa dah jadi ni.." Puan Azmah terus mendapatkan Maya yang terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai. Serpihan-serpihan kaca dari gelas yang pecah bertaburan di tepi katil.

"Telepon suami saya sekarang, bibik.." arah Puan Azmah dengan cemas. Bibik Umu pantas keluar dari bilik Maya. Telepon rumah berada di bawah. Oleh itu, Dia bergegas menuruni tangga. Arahan Puan Azmah dituruti sepenuhnya.

Selesai sahaja bibik Umu menelefon Encik Farid. Dia kembali ke atas. Kini, Maya sudah dibaringkan di atas katil. Kaca-kaca yang bertaburan sudah pun dikutip. Mungkin bibik Jiah yang bersihkan tadi. Puan Azmah duduk termenung di hujung katil. Sekejap-sekejap dia memandang ke arah Maya yang terbaring dengan wajah yang pucat lesi. Di wajahnya jelas sekali kerisauan seorang ibu.

"Kamu dah telefon?" Soalnya.

Bibik Umu mengangguk.

Puan Azmah kembali merenung wajah anaknya. Dia turut terasa kesakitan yang ditanggung oleh Maya. Entah sampai bila sakit itu akan menyelubungi hidup Maya. Dari riak wajahnya yang pucat itu sahaja sudah kelihatan bagaimana terseksanya dia di setiap saat. Perlahan-lahan risaunya kepada Wati yang masih belum pulang itu terkubur. Apa yang dia fikirkan sekarang cuma lah Maya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience