Bab 33

Fantasy Completed 15742

Bab 33

SEMENTARA ITU, Ryan dan Wati berjaya keluar dari istana tersebut dengan selamat.

"Aghhhhh!!!" Jerit satu suara.

"Itu Maya!!" Wati risau. Hatinya tidak tenang. Ryan juga begitu. Mereka berlari menuju ke arah suara tersebut.

Burung-burung gagak berterbangan mengelilingi satu kawasan yang lapang di antara pokok-pokok yang tumbuh meliar dalam hutan di belakang istana. Kawasan tersebut jauh sedikit dari pasir pantai.

"Maya!!" Teriak Wati. Dia mencapai batang kayu yang terdapat berdekatan dengannya lalu berlari menerpa ke arah Maya yang diserang oleh gagak-gagak tersebut. Wati memukul dan melibas-libas gagak tersebut menggunakan kayu itu. Gagak-gagak itu berbunyi kuat seolah marah dengan Wati yang memukul mereka. Semakin banyak gagak yang datang menyerang Wati dan Maya.

"Wati!! Maya!!" Teriak Ryan dari jauh. Dia mahu menolong mereka. Namun kakinya tidak dapat digerakkan. Sedaya upaya dia berusaha mengangkat kakinya. Malangnya dia malah terjatuh ke tanah. Kakinya terasa sangat berat. Apa yang terjadi, dia sendiri tidak tahu.

Dia cuba lagi mengangkat kakinya. Payah sekali. Sedikit pun kakinya tidak bergerak dari tempat dia berpijak.

"Bodoh!!!!" Marah Ryan sendiri.

Dia melihat Wati dan Maya yang masih diserang dengan gagak-gagak tersebut. Dia cuba menggunakan kuasanya dari jauh untuk membantu mereka. Tangannya dihalakan kepada gagak-gagak itu. Kemudian dia menepis ke tepi. Gagak-gagak itu kelihatan terpelanting kuat ke batu-batuan yang tidak jauh dari Wati dan Maya. Namun sekejap sahaja, semakin banyak pula yang menyerang mereka.

"Tak guna!!!!" Jerit Ryan. Dia menghentak kedua tangannya di tanah. Hatinya sakit. Apa sahaja cara yang dia gunakan gagak-gagak itu langsung tidak berkurangan. Dia melihat Wati sedang memeluk Maya yang kelihatan sudah tidak bermaya.

"Aku sangka anak-anak Raja Zhang ni hebat-hebat!!."

Ryan menoleh ke belakangnya.

"Syawal??" Ryan terkejut.

Syawal terapung ke udara sambil memandang dia dengan sinis. Matanya hitam sahaja. Dia mendepakan kedua-dua tangannya. Gerakan gagak-gagak itu dikawal sepenuhnya oleh dia.

"Ryan!!!" Zakuan pula muncul di sebalik semak yang tebal tidak jauh darinya.

"Dia bukan Syawal!!!" Jerit Zakuan lagi.

Syawal tersenyum sinis kepada mereka. Ryan sudah mengagak apa yang terjadi. Tubuh Syawal hanya digunakan sahaja. Di dalamnya ada kegelapan yang mengawal.

"Apa yang kau dah buat dengan dia?" Ryan memandang tajam wajah Syawal. Dia yang dimaksudkan adalah Syawal yang sebenar.

Syawal ketawa. Dia tidak menjawab pertanyaan Ryan. Dia malah menghalakan tangannya kepada Ryan. Seraya dengan itu gagak-gagak yang tadi menyerang Wati dan Maya berterbangan pula menyerang Ryan.

"Aghh!!!!" Jerit Ryan.

Wati yang melihat Ryan diserang sedemikian rupa itu bingkas berlari menuju ke arah Ryan.

"Zakuan, bawa adik aku ke kawasan yang selamat!" Arah Wati kepada Zakuan. Zakuan mengangguk. Dia berlari mendapatkan Maya.

Di saat Wati berlari untuk menyelamatkan Ryan. Masa tiba-tiba terhenti. Angin yang bertiup itu hilang serta-merta. Bunyi ombak yang kedengaran dari sana juga sudah tiada. Satu bunyi pun tidak kedengaran. Semua benda di sekelilingnya tidak bergerak kecuali dia seorang. Wati terdiam. Langkah kakinya kaku memandang sekeliling. Dia hairan dengan fenomena itu. Di hadapannya, dia dapat melihat gagak-gagak yang cuba untuk menyerang Ryan juga terhenti kaku di udara. Dia melihat Syawal. Syawal juga masih terapung seperti tadi. Kedua-dua matanya hitam dan sangat menakutkan.

Wati menoleh ke belakang. Dia melihat Zakuan dan Wati juga terkaku dengan posisi masing-masing. Apa yang berlaku?. Kenapa tiba-tiba semuanya terhenti.

"Wati?!!" Kelihatan Mia yang baru keluar dari istana itu berlari ke arahnya.

"Apa yang kau buat Wati?. Masa tiba-tiba terhenti." Soal Mia. Nafasnya turun naik kepenatan. Dari dalam, ketika pertempuran antara mereka dan Permaisuri itu berlangsung. Tiba-tiba sahaja semuanya terhenti. Mia juga terkejut melihat apa yang berlaku di hadapannya. Dia ingatkan cuma dia seorang sahaja yang masih bergerak. Dia cuba mengintai ke luar tingkap. Dari halaman belakang istana itu, kelihatan Wati juga masih bergerak sepertinya tatkala semua di sekeliling berhenti tiba-tiba. Dari situ, cepat-cepat dia berlari turun keluar dari istana lalu mendapatkan Wati.

Wati bungkam. Dia juga tidak tahu apa yang sedang berlaku.

Mia terlihat sesuatu di tapak tangan Wati yang bercahaya. Lantas dia menarik tangan Wati. Mia terkejut. Ada satu simbol yang melekat pada tapak tangan Wati itu.

"Simbol ni.." ujar Mia.

Wati juga melihatnya. Dia baru perasan simbol itu ada pada tapak tangannya.

"Naga putih." Ujar Mia. Dia menelan liur.

"Kenapa?" Tanya Wati. Dia melihat kerisauan pada wajah sabahatnya itu.

Mia tunduk seketika.

"Kita dalam bahaya, Wati." Ujarnya perlahan.

"Bahaya?. Maksud kau?." Wati semakin keliru.

"Naga putih adalah sasaran mereka. Itu dah tertulis pada kitab nenek moyang mereka dulu. Antara aku dan kau.. yang akan menjadi sasaran Permaisuri dan lembaga hitam tu." Kata Mia.

"Kau?."

"Aku juga pemilik simbol yang sama dengan kau." Mia menyinsing lengan bajunya. Simbol yang sama dengan Wati itu melekat pada lengannya.

"Apa yang akan terjadi?."

"Bila masa kembali berputar.. kuasa yang ada pada kita akan diserap oleh Permaisuri Fuji dan Askah.. mereka akan hidupkan semula bala tentera mereka. Dan dunia Senjaga ni akan berada di dalam kegelapan."

"Kenapa macam tu?"

"Sebab kuasa yang ada pada Maya telah digunakan untuk menghidupkan kembali jiwa Zack.. sebab tu mereka perlukan kita."

Wati menelan liur.

"Kita kena buat sesuatu Mia.." ujarnya.

Mia diam.

"Aku tak tahu nak buat apa.." keluhnya. Setakat ini itu sahaja ilmu yang dia tahu tentang simbol tersebut. Dia memilik simbol itu dari kecil lagi. Kewujudan simbol itu dirahsiakan dari sesiapa hinggalah di saat ini. Hanya dia dan Wati sahaja yang tahu.

"Aku tahu."

Mia memandang Wati. Mencari kepastian di wajahnya.

Wati menarik Mia memasuki semula istana itu. Mereka menuju ke tempat yang terdapat timbunan rangka-rangka manusia tadi. Tempat yang sama di mana dia terserempak dengan pedang milik Zack.

"Apa yang cuba kau buat?" Mia masih bingung dengan tindakan Wati. Wati berdiri tegak di hadapan dinding sebelah tembok besar. Dia meletakkan kedua-dua tangannya pada permukaan dinding itu. Kemudian simbol-simbol tulisan purba terpancar keluar. Tangannya tembus ke dalam dinding itu. Dia kemudian menarik Mia bersama meloloskan diri ke dalamnya.

Mia membuka matanya. Mereka berada di dalam ruangan di mana Wati dikurung sebelum ini. Sekeliling mereka putih sahaja.

"Mia.. kau tahu tak. Tempat yang kita berada tadi dengan kurungan ni adalah dunia yang berbeza. Tempat ni dalam kawalan mereka. Sebab tu, Permaisuri Fuji dan Askah si lembaga hitam itu lebih berkuasa. Mereka berada di atas ruangan ini."

Wati menunjukkan sebuah cermin yang berada di atas mereka. Cermin di mana Permaisuri itu selalu memunculkan dirinya dan melihat keadaan Wati di dalam kurungan tersebut.

"Aku dah tahu.." Mia memetik jarinya. Andai ada dua dunia yang berbeza, dia harus menghapuskan dunia yang satu ini.

Dia lantas mengambil anak panah pada tabung panah di belakangnya. Kemudian diletakkan di antara pemegang dan tali. Dia menghalakan panahnya itu pada cermin di atas. Anak panah dilepaskan lalu berpusing laju mengena tepat pada sasaran. Cermin itu pecah berderai. Serpihan-serpihan kaca jatuh ke bawah.

Serta merta kawasan tersebut menjadi gelap gelita.

"Mia.." panggil Wati.

Mia menggenggam tangan Wati. Mereka meloloskan diri melalui dinding yang sama untuk keluar dari kurungan tersebut.

Wati membuka matanya.

"Di mana ni?" Dia memandang sekeliling. Mereka tidak berada di dalam bilik yang penuh dengan timbunan rangka manusia seperti yang dia sangka. Adakah mereka meloloskan diri ke dalam dinding yang salah?.

"Kita berada di atas kurungan tadi." Ujar Mia. Dia juga sedang memerhati sekeliling. Memastikan kawasan itu selamat.

"Untuk apa?" Wati bingung. Untuk apa mereka berada di sana sedangkan yang lain berada dekat bawah.

"Pemanah selalunya berada di atas, Wati." Jawab Mia. Wati perlahan-lahan mengangguk tanda faham.

Mereka melalui satu lorong yang terdapat banyak pintu di sisi kiri dan kanan. Kawasan itu usang dan sunyi sahaja. Sarang laba-laba bersangkutan di setiap sudut.

"Kita akan naik ke loteng istana ni. Dekat sana ada beranda yang besar. Senang sikit nak tengo apa yang terjadi dekat luar." Mia membetulkan panah di bahunya.

Mereka mempercepatkan langkah ke hujung lorong tersebut. Sesampai sahaja di sana, terdapat jendela besar di hadapan mereka yang menampakkan bulan purnama berwarna merah berdarah.

Wati terpegun seketika. Sejak bila pula hari bertukar menjadi malam?.

"Cepat, Wati. Kita tak ada masa." Mia menarik Wati menaiki tangga menuju ke loteng istana. Mereka harus sampai di sana sebelum masa berputar semula. Wati menuruti sahaja.

Mereka menaiki tangga tersebut. Semakin tinggi mereka naik semakin gelap kawasan tangga yang mereka lalui. Cermin tingkap yang ada di sisi setiap tingkat yang dinaik semakin lama semakin kecil. Sehingga bulan yang merah tadi sudah tidak kelihatan melalui jendela itu.

"Kita dah sampai." Ujar Mia. Mereka memijak tangga yang terakhir. Di hadapan mereka adalah kawasan lapang yang luas dan memanjang seperti tiada penghujungnya. Tiada dinding yang kelihatan menjadi penghadang untuk menunjukkan mereka berada di tingkat yang teratas pada istana tersebut. Suram sahaja.

"Ini bukan loteng, Mia." Wati bersuara. Perlahan-lahan kakinya melangkah masuk ke dalam kawasan itu. Kawasan tersebut tidak ubah seperti kawasan tanah perkuburan yang sudah lama ditinggalkan. Malahan setiap langkahnya terasa seperti berjalan di atas tanah yang becak.

Mia berjalan di sebelah Wati. Dia juga hairan melihat tempat itu. Sungguh asing baginya.

"Tapi aku yakin kita lalui jalan yang betul tadi." Kata Mia. Pun begitu, timbul sedikit keraguan di hatinya.

"Tu.. ada cahaya.." Wati menunjukkan ada setompok cahaya tidak jauh dari mereka. Tanpa berfikir panjang mereka bergegas menuju ke sudut berkenaan. Sebuah pintu kaca yang sudah berlumut itu hanya membenarkan sedikit sahaja pantulan cahaya masuk melalui.

"Macam mana nak buka ni?" Tanya Mia. Dia tidak menjumpai mana-mana pemegang untuk membuka pintu itu.

"Undur." Kata Wati kepada Mia. Mia berundur selangkah ke belakang.

Wati memasang kekudanya, dalam kiraan tiga dia melompat dan berpusing lantas memberikan tendangan yang kuat ke tengah-tengah pintu itu. Pintu tersebut terhempas keluar. Cahaya dari bulan yang merah itu memancar masuk ke dalam.

"Wow.. kau belajar dari mana tendangan tu?". Mia terpegun melihat teknik tendangan Wati.

"Aku Ratu Silat dekat sekolah." Jawab Wati. Bangga sedikit.

Kini mereka berdiri betul-betul di hadapan beranda yang sedari tadi dicari-cari. Mereka memerhati di sekitar istana tersebut. Pemandangan dari atas memang jelas sekali.

"Tengok." Wati menunjukkan kawasan lapang yang berada di belakang istana. Kedudukan Syawal, Ryan, Zakuan dan Maya masih tidak berubah seperti tadi. Gagak-gagak yang menyerang Ryan juga masih kekal berkeras di udara.

Berhadapan dengan beranda itu ada sebuah menara yang agak tinggi di antara menara-menara istana yang lain. Dari jendela yang ada pada menara itu kelihatan Zack dan Permaisuri Fuji juga masih berkeras seperti tadi.

Mia mencapai anak panah yang berada di belakangnya. Dia sudah bersiap-siap untuk memanah Permaisuri Fuji dari beranda itu.

"Kita kena bunuh ketuanya untuk membunuh tenteranya." Kata Mia dengan panah yang sudah bersedia di tangannya, dia fokus memandang ke sasaran.

"Tak terlalu jauh ke?" Soal Wati. Jarak di antara beranda dan menara itu kelihatan sangat jauh sekali baginya.

Mia diam. Andai anak panahnya tersasar dari sasaran. Nampaknya nyawa dia dan Wati sudah dalam genggaman Permaisuri itu. 'Aku tak akan biarkan.' Bisik hati Mia.

Angin mula bertiup menandakan masa sudah mula berputar kembali. Bunyi ombak kedengar memecah kesunyian suasana malam ini. Debaran melanda.

Mia lantas melepaskan anak panahnya ke arah Permaisuri Fuji. Panah tersebut terbang dengan laju seraya menghasilkan bunyi geseran pada angin yang bertiup.

Permaisuri Fuji yang baru sahaja mengangkat tongkatnya untuk menebuk ke dada Zack itu terkejut dengan kehadiran anak panah yang melayang dari luar jendela.

Shakk!!

Anak panah itu tembus terus ke jantung Permaisuri Fuji lalu dia jatuh menggelupur di atas lantai. Tongkat yang dipegang tadi terlepas dari genggamannya. Mukanya berubah menjadi hodoh. Muka sebenarnya itu sangat menakutkan. Perlahan-lahan tubuhnya terbakar sendiri.

Zack masih terpinga-pinga melihat apa yang terjadi. Anak panah tu..

Dia menoleh ke belakang. Dari jendela, dia melihat Mia dan Wati bersorak kegembiraan di beranda yang berada bertentangan dengannya. Zack tersenyum. Dia tahu anak panah yang membunuh Permaisuri Fuji itu adalah milik Mia.

Manakala di bawah pula,

Bayangan hitam dari tubuh Syawal keluar dan hilang serta merta. Dia yang terapung di udara itu jatuh ke tanah.

"Aduhhh..." Syawal mengadu kesakitan.

Gagak-gagak itu pula mereput menjadi debu-debu yang berterbangan. Ryan terkulat-kulat sendirian melihat apa yang berlaku.

Dia memandang Zakuan yang berada tidak jauh darinya. Zakuan juga begitu. Masih kebingunan. Maya yang berada di sebelahnya hanya terdiam saja.

Apabila pandangan mereka mendongak ke arah Mia dan Wati yang berada di atas beranda istana tersebut, mereka tersenyum.

Mia menarik nafasnya lega. Wati memeluknya gembira. Dia juga gembira. Kini Wati akui kehebatan memanah yang ada pada Mia.

Pelukan dileraikan.

"By the way, kenapa kau tak bunuh sahaja Permaisuri tu dari dekat. I mean masa kau ada dalam bilik tu?" Soal Wati.

Mia tersenyum.

"Aku tak boleh bunuh dia dekat sana. Sebab dia lebih kuat.. lagi pun aku seorang pemanah. Dari sudut mana pun boleh." Ujar Mia.

Bulan yang merah itu perlahan-lahan menukarkan kembali warnanya. Arora yang biru-kehijau-hijauan itu terbit meniraikan kaki langit. Di saat itu kegelapan sudah tidak lagi ditakuti. Hati mereka tenang bak bunyi ombak yang meyapu pasir pantai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience