Bab 23

Fantasy Completed 15742

Bab 23

Jam menunjukkan pukul 9:23 malam. Cafe hospital sudah semakin lengang. Wati berdiri dari tempat duduknya. Wajahnya masih seperti awal-awal tadi. Muram dan langsung tidak ceria. Di tangannya dia membawa makanan untuk Maya. Syawal juga berdiri.

"Kau nak pergi mana?" Soal Syawal kepada Wati.

"Aku nak naik atas. jaga adik aku." jawab Wati mendatar.

"Ooo.. kau nak aku temankan?" tanya Syawal lagi. Dia belum pernah melihat rupa adik Wati. selama dia mengenali Wati baru hari ini dia mengenal latar belakang Wati dengan lebih terperinci. Itu pun tanpa dia sengaja. Sebenarnya dia ikhlas sepenuh hati untuk meringankan beban Wati hari ini. Dia tahu Wati penuh dengan masalah yang perlu difikirkan.

"tak apa lah. Kau dah banyak sangat tolong aku hari ni." Wati menolak dengan cara yang baik. memang betul katanya. Syawal telah membawa dia berjumpa dengan doktor untuk merawat luka di lengannya. Kemudian Syawal juga telah membelikan dia makanan untuk sarapan dan makan tengahari. Mereka sempat melawat jiran Syawal yang cedera itu juga. Kebaikan Syawal kepadanya sudah cukup untuk dia terhutang budi.

"kalau kau nak balik rumah nanti. Bagitahu aku. Aku boleh tolong hantarkan." Sebut sahaja pasal rumah ada perubahan di wajah Wati. Syawal menggigit bibirnya. 'Macam mana aku boleh tersilap cakap ni..' dia memarahi sendiri mulutnya yang cuai semasa bercakap. baru dia ingat. Wati tak akan balik ke rumahnya lagi.

Tapi di mana kau nak tinggal Wati??. Ini yang aku risau ni.. keluh hati Syawal.

"Macam mana aku nak balik. aku dah tak ada sesiapa.." Perlahan sahaja kata-kata yang diucap oleh Wati. Dia tidak mahu Syawal melihat kesengsaraan yang ditanggungnya. Dalam hati dia hanya memujuk dirinya untuk sentiasa kuat.

Syawal dengar apa yang dikatakan oleh Wati tadi. Dia diam sebentar.

Wati juga senyap. tiada kalam yang perlu dia ucapkan.

"Wati.." panggil Syawal lembut. Wati menoleh.

"Nah.. ambil ni." Syawal menghulurkan telepon bimbitnya kepada Wati. Wati tergamam.

"Nak buat apa?" Soalnya hairan.

Syawal mengambil tangan Wati. Dia meletakkan telepon itu di dalam genggaman Wati.

"Call aku. Kalau kau ada masalah. Aku tau kau tak bawa phone sekali kan." Ujar Syawal.

Wati ketawa sedikit. Kadang-kadang kelakuan Syawal selalu tak dapat diduga. mungkin sebab itulah dia dilantik sebagai ketua pengawas di sekolah. Bertanggungjawab sungguh.

"Kalau kau bagi aku pinjam phone kau ni. Aku nak call kau macam mana?" Tanya Wati. Dia menghulur telepon bimbit itu kembali kepada Syawal. Syawal tidak menyambutnya. Dia malah menyeluk ke dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan telepon bimbit satu lagi.

"Aku ada satu lagi. Jangan risau." Syawal mengukirkan senyuman manisnya.

"Aku dah banyak menyusahkan kau hari ni Syawal."

"Aku tak pernah rasa kau menyusahkan dalam hidup aku." kata Syawal tulus. Wati tersenyum.

Ye la tuu.. kata hatinya.

"Kalau macam tu. Aku naik dulu." ujarnya. Wati berpaling. Berada dengan Syawal lama-lama membuat dia merasa cukup selesa dan itu tidak baik untuk hatinya. Takut berharap. Kerana setiap harapan itulah yang memusnahkan hidupnya kelak. keprihatinan Syawal membuatkan dirinya seperti telah banyak menyusahkan orang lain. Dia tidak mahu terhutang budi.

"Wati.." panggil Syawal lagi. Wati menoleh.

Syawal menerpa ke arahnya. Dia membuka jeket varsity yang dikenakan lalu memakaikannya ke tubuh Wati. Wati kaku. Pipinya merah merona.

Syawal berdehem.

"Dekat sini sejuk." katanya. Itu sahaja alasan yang mampu dia beri.

"Ooo.. er.. okey." Wati pula yang gagap mendengar kata-kata Syawal. Dia tersenyum.

"thanks." Ucap Wati tulus. Dia sangat menghargai kebaikan Syawal. Syawal mengangguk.

"Hati-hati. Kalau ada apa-apa call tau." ujar Syawal sebelum dia beredar meninggalkan Wati.

Wati juga sama. Dia meninggalkan tempat itu dan menuju ke bilik di mana Maya ditempatkan.

Wati berdiri di hadapan lift. Butang ke atas ditekan. Kemudian dia menunggu. Errr.. lamanya.. Wati terus menuju ke tangga di hujung paras tersebut. Kawasan tangga yang gelap itu menyusahkan dia untuk melaluinya. Tapi kalau mahu menunggu lift turun ke tingkat itu mungkin lama lagi. Lagipun dia hanya naik ke tingkat dua sahaja.

Wati teringat sesuatu. Dia mengeluarkan telepon bimbit milik Syawal. Cepat sahaja jarinya menekan ke menu 'flashLight'. berguna juga telepon yang dipinjamkan itu. Berbekalkan cahaya yang ada dia munyuluh setiap anak tangga . Kakinya mengambil peranan untuk menaiki tangga satu persatu. cepat sahaja langkah yang dihayunkan.

'Wati..'

Wati berhenti sebentar. Dia menoleh ke belakang. Sunyi. Tiada orang di situ. Kemudian dia meneruskan langkah lagi.

setiap kali anak tangga didaki, Wati terdengar derapan kaki yang juga menaikki tangga tersebut dengannya. dia merasakan seperti ada orang yang mengikuti jejaknya dari belakang.

Wati berdebar. Dia tidak berani untuk menoleh ke belakang lagi. Ada bahaya sedang mengekorinya. Tanpa berfikir panjang dia berlari menaiki tangga untuk sampai ke tingkat dua. Memang betul apa yang diduga. Dia sedang diekori. ada sesuatu yang mengejarnya dari belakang dengan sepasang mata merah menyalah. Dengusan nafas yang mengejarnya jelas kedengaran. Wati tidak berputus asa. Dia teruskan berlari. Sesampai sahaja di paras tingkat 2 dia terus membelok ke lorong di mana bilik wad adiknya berada.

Cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik itu dan menguncinya dari dalam. Makanan yang dibawa di letakkan di tepi. Turun naik nafasnya setelah penat berlari.

Maya yang sedang leka memerhati bulan di luar jendela terkejut dengan kehadian Wati.

"Akak. Kenapa ni?" Soal Maya. Cemas dia melihat gelagat Wati yang agak pelik seperti dikejar sesuatu.

Tanpa menjawab soalan Maya. Wati berlari pula ke arah jendela yang terbuka luas itu. Dia menguncinya semua. Langsir jendela ditarik menutupi cermin jendela. Tidak cukup dengan itu dia menolak meja yang ada di hujung bilik tersebut tepat-tepat di hadapan pintu. Hatinya mengandai sesuatu yang buruk.

"Akak.." panggil Maya. Dia masih dalam kebingungan.

'Tap-tap-tap..'

Bunyi derapan kaki orang berlari dari luar bilik kedengaran. Wati cepat-cepat menerpa ke arah Maya. Dia menarik Maya ke dalam pelukannya.

Beberapa saat kemudian, pintu digoncangkan dari luar. Nasib baiklah dia telah meletakkan meja sebagai penghadang pintu yang berkunci itu dari terbuka.

"kenapa ni?" Bisik Maya. Dia mula risau dan takut. Siapa di luar ?.

"Shhh.. kita dalam bahaya.." jawab Wati. Dia juga berbisik.

Pintu digoncangkan lagi. Kemudian diketuk bertalu-talu. Maya ketakutan.

"Wati!.. buka pintu ni!! Cepat!!" Teriak suara dari luar.

Wati tersentak. Zakuan. Itu suara Zakuan. Tapi benarkah??.

"Maya.. masuk dalam tandas dan kunci dari dalam." Arah Wati kepada Maya.

"Tapii.."

"Sekarang Maya!!." Arah Wati lagi. Maya mengangguk kemudian mengikuti apa yang diarahkan oleh Wati. walaupun hatinya ragu untuk meninggalkan Wati seorang menghadapi apa yang berlaku.

"Cepat Wati!!!. Tolong buka pintu!!"

Wati diam. Dia menyelak sedikit langsir jendela yang menghadap ke koridor bangunan. Dia mengintai siapa yang mengoncang pintu itu. Zakuan. Itu memang Zakuan. Zakuan sedang bersandar di tepi dinding sebelah pintu sambil tangannya mengoncang tombol pintu. Kaki kanannya berbalut dengan kain kasa dan berdarah. Dia sudah tidak ada kekuatan untuk berdiri. Kenapa dengan Zakuan?. di hujung paras tersebut. Ada lembaga hitam yang bermata merah sedang berjalan sambil memandang tajam ke arah Zakuan. Sepasang mata merah yang sama dengan yang mengejarnya di tangga tadi. Di tangan lembaga itu terdapat pedang panjang dan berdarah. Ohh.. tidak!! Zakuan dalam bahaya.

"Buka pintu ni!! Wati!! Tolong aku!!" jerit Zakuan lagi. Kali ini perlahan sahaja suaranya. Mungkin dia sudah penat. Tenaganya sudah semakin lemah. Matanya juga sudah hampir tertutup.

Wati panik. Semakin laju denyutan jantungnya. Dia harus menyelamatkan Zakuan. Tanpa berpikir panjang. Wati menolak meja itu ke tepi. Dia memusingkan tombol pintu dari dalam. Pintu dibuka.

"Zakuan!! Masuk cepat!!" Teriak Wati apabila melihat lembaga hitam itu semakin mendekati mereka. Zakuan cuba untuk bergerak ke dalam. Tetapi badannya benar-benar lemah sehingga dia terjatuh ke lantai. Dia tidak mempunyai tenaga lagi. kakinya pula sakit membataskan dia untuk berdiri. Wajah cemas Wati ditatap sebelum perlahan-lahan pandangannya mula kelam.

"Zakuan.."

Wati tiada pilihan lain. Dia mengheret Zakuan masuk dengan sepenuh tenaga yang masih ada. Luka di lengannya itu berdarah kembali. Dia tidak kisah kerana apa yang pasti lembaga hitam itu sudah semakin dekat dan dia bila-bila masa sahaja ia akan muncul di muka pintu. Mereka mungkin akan mati dicantas oleh pedang yang tajam itu. Bila tubuh Zakuan sudah ditarik sepenuhnya ke dalam bilik tersebut. Wati bingkas menutup pintu itu sebelum mata merah lembaga hitam tersebut merenungnya dengan tajam. Cepat-cepat pintu dikunci dan meja ditolak semula ke hadapan pintu.

Dia terduduk sambil bersandar kepada meja. Turun naik nafasnya. Tangannya juga bergetar ketakutan. Lembaga bermata merah itu sangat menyeramkan. tidak pernah dia melihat makluk seperti itu. Siapa sebenarnya lembaga tersebut??.

'Watiii...' namanya dipanggil sayu dari luar bilik seperti berbisik di sebalik pintu. Wati menekup mulutnya agar hembusan nafasnya tidak didengari.

'Kita akan jumpa lebih kerap lagi.. Wati..' ujar suara itu perlahan. Sesaat kemudian, derapan kaki kedengaran meninggalkan koridor. Bunyi mata pedang diheret ke lantai nyilu semakin lama semakin lenyap. lembaga itu sudah pergi. Sunyi.

Wati mengembus nafas lega. Meskipun dalam hatinya risau dengan kata-kata yang didengari tadi. Apa yang dimaksudkan oleh lembaga itu?.

Dia merenung Zakuan yang terbaring tidak sedarkan diri di lantai. Kakinya penuh dengan darah. Malah darah tersebut telah mengalir ke lantai. Dia tertanya-tanya sendiri. Macam mana Zakuan boleh berada di sini dan kenapa keadaan Zakuan agak teruk??.

"Akak.. siapa ni?" Kata Maya dalam nada bisikan. Maya masih dalam ketakutan. Dia yang baru keluar dari berkurung di dalam tandas terkejut melihat Zakuan yang berlumuran darah.

"Dia kawan akak. Satu sekolah." Jawab Wati. Dia berdiri lalu menuju ke tandas dan membawa keluar sebaldi air. Kemudian dia membuka setiap laci yang ada di dalam bilik tersebut.

"Nah.." Maya menghulurkan peti kecemasan kepada Wati. Dia tahu kakaknya sedang mencari peti itu. "Adik jumpa bawah katil." Katanya. peti kecemasan bertukar tangan.

"Thanks." ucap Wati. "Adik kalau nak makan, akak dah belikan makanan dari cafe tadi." Dia menunjukkan makanan yang dibalut dengan plastik di hujung sudut bilik itu.

"Tak pa. Adik dah makan dengan mama tadi."

Wati menoleh.

"Mama?" Soalnya tidak percaya. Bila mama datang?. Dia langsung tak diberitahu pun. Sudahlah. Kau dah dibuang Wati. Jangan berharap.

"Ya. Mama datang tadi.. dia ada bawakan barang untuk akak. Tuu.." maya menunjukkan bagasi biru di tepi katil. Bingkas Wati membuka bagasi tersebut. Semua pakaiannya, serta telepon bimbit ada di dalam. Wati tunduk. Nampaknya mama benar-benar berniat untuk menghalaunya.

"mama kata.. akak akan tinggal asrama lepas ni. betulkah?. Jadi akak tak balik rumah lagi?." ujar Maya sedih. seolah tidak mahu berpisah dari Wati.

"Mama cakap macam tu?"

Maya mengangguk. "Papa pun cakap macam tu."

Wati menggigit bibirnya. Geram dan sedih. Air mata bertakung di kolam matanya. Sepenuh hati dia menahan daripada jatuh mengalir. sudahlah. Dia tidak mahu menangis di hadapan Maya. Kalaulah Maya tahu apa yang terjadi..

"Kenapa akak daftar asrama?. Akak dah tak mahu tinggal dengan adik lagi?." Tanya Maya sayu.

Wati kaku. Dia tidak tahu hendak menjawab apa. 'Aku dah dibuang... Aku tak pernah disayangi macam kau Maya.'

"adik minta maaf kalau selama ni kita hidup dengan kasih sayang berbeza. Tapi akak janganlah tinggal asrama. Adik tak ada teman dekat rumah tu nanti.. adik tak nak keseorangan.." sayu sahaja luahan hati Maya. Itulah yang dia rasa. dia tidak rela Wati menjauh darinya.

'Aku dari dulu lagi keseorangan.. Maya.. kau tak pernah tahu..'

"Biar adik pujuk mama dan papa k. Biar akak tinggal dalam rumah tu balik."

"Tak payah.. akak nak tinggal asrama pun atas pilihan akak sendiri.." Wati mengukirkan senyumannya kepada Maya. Dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya dia menahan kesedihan yang perih. Dia tahu sejauh mana Maya berusaha untuk memujuk mereka sekali pun. Dia tidak akan diterima kembali. Biarlah.. aku tak kisah..

"Adik rehat la dulu.." katanya. Maya diam sebentar. Kemudian dia mengangguk. Dia faham benar dengan perangai kakaknya. Disebabkan itu, segala arahan atau kata-kata yang keluar dari Wati dia akan turuti membuktikan dia menghormati Wati.

Wati mengambil tualanya dari dalam bagasi itu. Kemudian dia menerpa kembali ke arah Zakuan. Tuala dicelupkan ke dalam baldi dan diperah dengan kuat.

Sesekali dia merenung wajah Zakuan. Bukankah Zakuan adalah lelaki yang paling dibenci olehnya di sekolah?.

Wati melepaskan keluhannya. Mungkin keadaan ini berbeza dari sekolah. Eya. Sangat berbeza. Tadi sahaja, suara Zakuan memohon untuk dibuka pintu adalah bukan Zakuan yang dia kenal. Zakuan tidak pernah merayu ataupun memohon sebegitu kepadanya di sekolah. Apa yang ada di dalam memorinya antara dia dan Zakuan hanyalah pergaduhan-pergaduhan yang tidak matang dan tindas-menindas antara satu sama lain.

Peti kecemasan dibuka. Wati merawat luka yang ada pada kaki Zakuan. Dia perasan ada bekas-bekas jahitan di tangan Zakuan.

'Aku tak tahu apa yang berlaku dengan kau sebelum ni. Mungkin kali ini kita boleh bertoleransi.. walaupun kau musuh aku.' Bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience