Bab 15

Fantasy Completed 15742

Bab 15

Mia menghapuskan air mata yang jatuh ke pipi apabila teringatkan kisah silamnya bersama dengan Zack.

Zack..
aku tak pasti cara ni berkesan atau tak..
Tapi aku tetap nak kau kembali..
Tapi aku tak sanggup nak berkerjasama dengan si Ryan lagi..
Tapi aku tahu aku tak mampu lakukannya sendirian.

"banyak sangat 'tapi' yang kau sebut.." Ryan muncul di muka pintu..

Mia mendengus.

"Kau baca fikiran aku.." dia lupa untuk mengunci fikirannya daripada dibaca oleh Ryan. Ryan mempunyai kebolehan untuk membaca apa yang ada di dalam fikiran orang lain.

"Baru kau nak kunci sekarang?." Ryan melangkah menuju ke arahnya. Dia memusingkan kerusi lalu duduk menghadap Mia.

"Lama kita tak bertemu.. ingatkan kau dah lupa dengan aku.." kata Ryan.

"Macam mana aku boleh lupa setelah apa yang kau buat.." Mia memalingkan wajahnya. Enggan melihat Ryan. Hatinya sakit mengenangkan kisah lalu.

"Apa yang aku buat?" Tanya Ryan pura-pura tidak tahu.

Mia diam.

"Well .. Mia si pemanah harapan empayar Raja Zhang.. walaupun aku ni jahat. Tapi aku sendiri tak berapa ingat kejahatan yang pernah aku buat. Boleh kau tolong ingatkan?" Ucap Ryan selamba. Dia memutar-mutarkan pen di antara celah jari-jemarinya.

"Kalau kau nak salahkan aku pasal benda yang berkaitan dengan Zack. Aku rasa itu dah tertulis dalam takdir. Ye lah. Apa lagi yang kau nak kenangkan. Zack dah pun tak ada.. kau kena move on.." sambung Ryan. Dia sengaja menguji sejauh mana marah Mia terhadap kisah itu.

Mia diam. Hatinya panas apabila diungkit tentang hal tersebut. Apa lagi apabila Ryan mengatakan yang Zack sudah tidak ada..

"Look ,Mia.. kau kena fikir masak-masak terhadap apa yang cuba kau buat sekarang ni.. menghidupkan kembali jiwa orang yang dah tiada, samalah seperti kau menikam jantung sendiri.. "

Mia menggengam tangannya menahan marah. Dia memandang tajam ke arah Ryan.

"Kalau kau dihantar ke sini hanya untuk menyusahkan aku. Lebih baik kau balik sahaja ke dunia tu balik." Kata Mia serius. Sekejap lagi Ryan bakal menerima tumbukan bertalu-talu darinya jika kesabarannya sudah lesap.

"Heii.. aku bergurau jer lah. Ahahaha.." kata Ryan pula. Dia menayangkan muka innocent-nya.

Mia mendengus.

"rupanya kau masih berdendam dengan aku.. " Ryan menaikkan keningnya. Memang andaiannya selalu sahaja tepat. Peristiwa hitam itu menjadikan Mia betul-betul berdendam dengannya. Dia tersenyum. Kau belum kenal siapa aku Mia..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience