Bab 8

Fantasy Completed 15742

Bab 8

Kereta polis memasuki kawasan per-parking-an sekolah. Semua orang terpegun melihat fenomena itu. kereta Polis ??..

Pintu kereta dibuka. Kaki kanan didahulukan memijak bumi.. kemudian kaki kiri pula. Sesosok tubuh manusia keluar dengan penuh wawasan dari kereta polis itu. Dia adalah Syawal!.. Syawal membetulkan tali lehernya. Kemudian beg sandang itu disangkutkan pada bahu sebelah kanannya. Tangan kiri pula memegang fail setebal buku rujukan yang berlabel "laporan Mingguan." Setiap langkahnya sudah cukup membuatkan pelajar-pelajar perempuan yang berada di sana terpegun a.k.a terpesona. Dalam hati mereka berkata. Inilah makluk Tuhan paling ganteng.

Syawal tidak mengendahkan pandangan orang di sekelilingnya. Dia hairan apabila menyedari berjuta mata yang sedang memerhatikan setiap langkahnya. Asal dorang ni?. Terkejut ker aku tumpang kereta polis?? Aishhh.. ini ayah punya pasal lah ni.. disebabkan motornya rosak, ayah pula tergesa hendak ke balai. maka terpaksalah menumpang kereta polis (kereta pejabat hak milik kerajaan)..

"Heiii.. Syawal !Tunggu aku !!"

Syawal menoleh. Zakuan sedang berlari anak menuju ke arahnya.

"Cantik kereta keluarga kau tadi. Beli kat mana?." soal Zakuan sebaik sahaja dia sampai di tempat Syawal.

"Ayah aku polis." Jawab Syawal selamba. Mereka jalan seiringan menuju ke haluan yang sama.

"Owhh.. best nyaa. Eh. Asal aku rasa banyak sangat mata yang memandang ni?" Zakuan perasan yang pelajar lain asyik memandang ke arah mereka. Jeles ker apa??.. owh..dia lupa, Syawal dan dia kan adalah pelajar top sekolah ni. Mesti mereka terpegun melihat orang-orang hebat sekolah berjalan seiringan. dia dan Syawal selayaknya memenangi anugerah princes Charming .. Dia dah boleh dengar suara orang bersorakan. terima Kasih peminat-peminat.

"abaikan sahaja dorang tu.. kau naik apa tadi. Aku tak nampak pun motor kau?" Soal Syawal.

"Owhh.. aku tumpang kereta si Adam. Motor aku rosak laa..asal start jer mati enjin." Selalunya dia akan menumpang sahaja kereta Adam jika motornya buat hal. Dia dan Adam adalah berjiran. Oleh itu, tidak ada masalah sangat.

"Rapatnya kau dengan Cikgu Adam..dah macam adik beradik aku tengok."

"Jangan salah faham. Walaupun dia tumpangkan aku naik kereta gah dia tu.. Dia masih nak minta bayaran tambang tau. Kalau seringgit tak pa lah.. ini seringgit enam puluh sen.. tak patut langsung.. aku ni pelajar, sepatutnya GST tak dikenakan.." komplen Zakuan. Disebabkan hal itu, dia terpaksa menahan nafsunya untuk membeli air sirap bandung berais ketul. Terpaksalah beli air mineral sahaja. Tu lah . Tak bawa bekal dari rumah..

"Kereta gah.. kereta apa?. Ferrari??" Duga Syawal. Dia sedikit terhibur mendengar keluhan dari Zakuan. Tak payah dah dengar radio Era (gelak ketawa bersama dengan Johara di pagi Era).. itu bak kata radio..

"Melutut menyembah bumi aku kalau Ferrari. Tapi tak jadi. Sebab dia guna Proton saja." Kemudian Zakuan ketawa terbahak-bahak. Dia teringat bagaimana Adam begitu berbangga dengan kereta Proton'nya itu. Macam lah rare sangat..

"Syawal !!!.."

Syawal dan Zakuan menoleh serentak. Wati melambai-lambai tangannya. Dia berlari-lari anak mendapatkan mereka segera.

"Oh tidaak!!! Mak Lampir !!!!.." jerit Zakuan. Dia hampir menarik Syawal bersama untuk melarikan diri. Namun niatnya tercantas apabila Syawal masih berdiri teguh menunggu kedatangan Wati dengan senyuman yang sempurna. Seriuosly ..

"Selamat pagi. Wati.. kau nampak bahagia hari ni. " tegur Syawal sebaik sahaja Wati berada di antara mereka.

"Ya. aku tak sabar nak jumpa dengan Mia. Aku ada bawa kueh karipap ni. Kau nak ?" Wati menayangkan sebekas tapawee' berisi kueh karipap yang dibawanya dari rumah. Dia sangat excited untuk bertemu dengan Mia. Maka dengan itu, dia sempat memasak eberapa ketul
kueh karipap khas untuk Mia. Juga untuk orang handsome yakni Syawal. wuawuawua..
Tapi sejujurnya, dia sangat teringin untuk bertemu dengan Mia. Kemarin sahaja tiada langsung ruang dia untuk bercerita panjang dengan Mia. Almaklum-lah orang baru masuk ke kampung. Memang riuh lah suasananya. Tapi kali ini dia berazam untuk monopoli ruangan dia dan Mia. Sejak pertama kali terjumpa dengan Mia, jiwanya mengatakan Mia adalah orang yang paling layak untuk dijadikan kawan baik. BFF .. oleh itu dia tidak akan menyerah kalah untuk meraih kemesraan Mia. Walaupun nampak seperti Mia adalah seorang yang pemdiam dan tidak banyak berkata. Sangat berbeza dengannya. Namun, bukanlah Wati jika takut untuk menghadapai segalah ujian. Hehe..

"Sedap juga karipap kau ni.. resepi siapa kau curi?." kata Zakuan sambil mengunyah-nguyah sisa karipap di mulutnya. Wati memandang Zakuan. Kemudian memandang bekasnya. Silih berganti.. Karipap cuma tinggal 4 biji lagi??. oh beb.. bukankah aku dah set 10 biji semuanya??..

"aku baru makan dua biji." Tenang saja wajah Syawal berkata selamba. "Kueh ni memang sedap.. terima kasih Wati.." sambungnya lagi sebelum memasukkan bahagian terakhir karipap itu ke dalam mulutnya.

Wati menoleh ke arah Zakuan.

"Owhh.. aku lupa.. aku dah makan 4 biji karipap kau. Sedap siott.. kau belajar dekat makcik kantin ker??. By the way, aku harap kau tak letak santau kat dalam karipap tu.. " Zakuan tersenyum kambing. Itulah seikhlas-ikhlas senyumannya untuk Wati.

"Kau ingat karipap ni free ker??. Setelah berhempas pulas aku bancuh tepung.. senang-senang saja kau habiskan.."

"Kedekutnya kau ni.. setakat karipap tu apa lah sangat.. aku lagi handal bancuh tepung pizza laa.. "

Syawal menggeleng kepalanya apabila Zakuan dan Wati mula bertikam kata. Orang di sekeliling pula asyik memandang ke arah mereka. Pelajar-pelajar lain semakin banyak yang mengerumuni. Sekejap lagi mereka akan menjadi seperti secubit gula yang dikerumuni oleh berjuta tentera semut. Ini akan menjadi berita sensasi sekolah!.

"Dah lah korang..jom jalan.. kejap lagi kelas dah nak mula ni.. " dia cuba meredahkan Zakuan dan Wati. apa pula kata orang jika melihat ketua pengawas sekolah hanya berdiam diri tatkala melihat pelajar-pelajar top sekolah bergaduh disebabkan kueh karipap. bayangkan??. prestasi sekolah bakal jatuh!!.

Zakuan dan Wati masih belum ada tanda-tanda untuk berhenti. Mereka malah semakin riuh.

Syawal mengeluh. Nampaknya terpaksalah dia menggunakan taktik lain.

Syawal membuka fail "laporan Mingguan". Dia berdehem.

"korang ada lima saat lagi. Sebelum aku rekodkan nama korang berdua ke dalam laporan pengawas ni.."

Habis sahaja ayat Syawal, Zakuan dan Wati terdiam serentak. Mereka menoleh ke arah Syawal. biar betik????.. Janganlah guna kuasa jawatan untuk hukum kawan. KAWAN ?!!

"Tak aciihh lah kau ni. Mana boleh guna kuasa pangkat.." Rungut Zakuan. Dia tidak mahu mengalah dengan Wati. Tapi takut pula kalau namanya tersenarai dalam laporan tu. Nanti tak pasal-pasal runtuh reputasinya di sekolah... oh please..

"Tumpang lalu.."

Zakuan, Wati dan Syawal menoleh serentak.

"Korang halang laluan aku.." Mia dengan muka kosongnya memandang mereka dengan aura yang berbunyi 'Tolong beri laluan. Harap maklum.'

Zakuan berdehem. Laa.. patutlah bidadari aku ni minta laluan..
Baru dia perasan yang sekeliling mereka dipenuhi oleh pelajar-pelajar lain yang masih kekal berdiri memerhati ke arah mereka. Tidak hairanlah Syawal mengeluarkan kata-kata ugutan tadi..

"E' eh. Mia Safwanah.. tak sangka kita berjodoh hari ni.. kau pakai putih, aku pun pakai putih.. Pagi yang hening, embun menyerlahkan warna daun menghijau.. burung berkicauan.. hidup memang penuh dengan rahsia kan.. siapa tahu.. kau dan aku..ehemm.. berjodoh." ujar Zakuan. Perghh.. memang Power habis ayat dia.

Wati mencebik. Mula lah pengembala ni nak menggatal.. perasan saja lebih. Ada jodoh kunun.. bukankah uniform sekolah memang mengenakan baju berwarna putih. nama pun pelajar.. buang laut saja lah ayat-ayat basi kau tu Zakuan..

"Mia.. jom pergi kelas sama-sama.. jangan peduli dengan si Zakuan ni. Hidup dia kadang-kadang tidak berpijak pada bumi yang nyata." Wati menarik tangan Mia. Mia hanya menurut sahaja. Sekurang-kurangnya dia dapat ke kelas lebih awal dengan bantuan Wati. Walaupun dia sendiri masih belum kenal hati budi Wati dan orang-orang di sekelilingnya.

Zakuan mencebik. Tak guna punya Wati. Sampai hati dia bawa sekali bidadari aku.

"Heii. Tunggulah aku.." katanya sebelum dia mengekori langkah Wati dan Mia dari belakang.

"Dah..dah.. Budak-budak boleh lah balik ke kelas masing-masing. Berita sensasi dah tamat." Syawal membuat pengunguman umum kepada pelajar-pelajar yang masih lagi berada di sana sebelum dia juga mengekori Zakuan dan yang lain. Kemudian, beransur-ansur pelajar mula meninggalkan tempat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience