Bab 26

Fantasy Completed 15742

Bab 26

Wati melihat sekelilingnya. Dia berada di suatu ruangan yang tertutup. Semuanya putih sahaja. Bahkan lantai dan dinding seakan tidak kelihatan pemisah. Ruangan itu sangat luas bagai dua buah dewan bergabung.

"Aku kat mana ni?" Monolognya sendirian. Dia berdiri kemudian perlahan-lahan menghayun langkah mencari kalau-kalau ada tempat untuk dia meloloskan diri.

"Akhirnya.." Suara seorang perempuan bergema di setiap sudut ruangan itu. Wati berhenti. Dia memerhati sekelilingnya. Tiada. Tiada sesiapa yang berada bersama dengan dia sekarang. Siapa yang bersuara?.

"Jangan risau. Kau ditempatkan di sebuah kurungan yang selamat." Ujar suara itu lagi. Wati mendongak ke atas. Ada satu cermin besar yang melekat di sana. Kemudian seorang perempuan yang berpakaian serba hitam berserta tongkat yang menakutkan di tangan tersenyum memerhatikannya dari atas. Perempuan itu kembar dengan dirinya. Wajah mereka bahkan tiada beza langsung.

"Maya.." panggilnya perlahan.

"Aku adalah Pemaisuri Fuji. Pelanduk dua serupa, bukan?" Ucap Pemaisuri Fuji sinis diikuti dengan gelak ketawanya yang megah. Sesuai sangat dengan pangkat pemaisurinya.

Wati menelan air liur. Apa sebenarnya yang berlaku?. Dia cuma ada seorang adik yang kembar dengannya iaitu Maya. Tapi perempuan itu.. Siapa??

"Tak sangka kau memiliki kuasa yang luar biasa. Tapi tak apa.. Sekejap lagi aku akan serap semuanya." Kata Pemaisuri Fuji. Dia merenung tajam ke arah Wati. Reaksi wajah Wati sangat jelas kelihatan dari atas. Tidak sia-sia kerjanya selama ini. Beruntung sekali dia dapat bertemu dengan Wati yang telah sekian lama ditunggu-tunggu. Inilah masanya.

"Dialah orang yang disebut-sebut oleh nenek moyang kita." Ujar lembaga hitam yang setia memegang pedang di sisi.

"Kau menjaga dia dengan baik, Askah. Kau memang pembantu yang boleh diharapkan." Pemaisuri Fuji menepuk-nepuk bahu Askah tanda terima kasih. Askah si lembaga hitam itu tersenyum puas.

Wati terkejut. Kemunculan lembaga hitam itu membuatkan dia teringat kembali kejadian di hospital sebelum ini. Rupanya dia memang sudah menjadi sasaran awal oleh mereka.

"Aku telah pun membunuh ayahanda kau, Raja Zhang. Mungkin selepas ini, giliran kau pula." Pemaisuri Fuji cuba menakut-nakutkan Wati. Namun Wati mala dalam kebingungan. Dia cuba menganalisa ayat itu. Apa yang dimaksudkan olehnya?. Ayahanda?. Raja Zhang??.

Pemaisuri itu ketawa sinis.

"Mungkin kau tak pernah tahu. Siapa ayah kandung kau yang sebenar."

"Apa maksud kau?" Soal Wati. Dia semakin curiga dengan kata-kata perempuan itu.

Pemaisuri tersebut menoleh kepada Askah.

"Beri tahu dia asal usul dia sebenar." Arahnya.

Lembaga hitam itu tersenyum. Dia menyandarkan pedangnya itu di tepi. Kemudian. Tubuhnya tiba-tiba sahaja merekah dan bertukar kulit. Dari kepala hinggalah ke kaki. Habuk-habuk hitam berterbangan di sekeliling tubuhnya sebelum melekat kembali ke tubuhnya. Dia berubah menjadi seorang manusia berpakaian serba hitam.

"Papa.." Wati terkejut. Dia terundur ke belakang. Dia tidak percaya lembaga hitam itu sebenarnya adalah papanya sendiri.

"Kau bukan anak aku Wati. Kau dan Maya adalah anak kepada Raja Zhang dari dunia Senjaga. Kami menculik dan memisahkan kamu ketika masih bayi lagi. " Askah ketawa terbahak-bahak. Mengenangkan semua yang dirancang dari awal berjaya juga akhirnya. Dia gembira.

Wati mengenggam tangannya. Patutlah.. patutlah selama ini.. Papanya tidak pernah menyukainya. Malah dia dibenci mati-matian. Tapi Maya?. Kenapa Maya dilayan dengan baik??..

"Maya.." serunya perlahan. Dia masih tidak faham dengan apa yang berlaku. Semuanya terjadi secara tiba-tiba. Ini mustahil..

"Maya akan digunakan untuk memujaan. Untuk menghidupkan kembali jiwa-jiwa tentera kami. Bahkan dia akan menjadi salah satu dari kami. Sebaliknya kau.. kau tidak akan dilepaskan dari kurungan ini. " jelas Pemaisuri Fuji.

Hatinya senang melihat Wati dalam kesengsaraan. Dalam ramalan, mereka bakal memerintah empayar yang besar. Mereka akan memiliki kuasa yang kuat. Itu pun jika tidak ada sebarang kekacauan. Oleh itu, dia akan melemahkan Wati dan membunuh Wati perlahan-lahan. Kuasa yang ada pada Wati harus diserap dahulu.

Wati masih lagi tidak dapat menerima hakikat itu. Dia cuba menyakinkan dirinya bahawa itu semua cuma mimpi sahaja. Namun apa yang berlaku benar-benar berada di hadapan matanya.

"Selamat tinggal, Wati." Permaisuri Fuji menghentak tongkatnya ke lantai. Lantas seluruh kawasan tersebut menjadi gelap tanpa sebarang cahaya.

Wati cuba meraba-raba dinding di tepinya. Dia terpegang sesuatu yang berlendir dan bersisik. Bunyi seakan bunyi ular pula kedengaran di tepi telinga. Sah. Dia di dalam bahaya.

Wati berundur ke belakang. Dia cuba untuk melarikan diri dari ular tersebut. Tetapi malangnya gerakannya terkunci tanpa dia tahu sebabnya. Wati ketakutan. Di dalam kegelapan itu apa sahaja lah dia boleh buat. Sekejap sahaja dia merasa seperti telah dililit oleh kulit bersisik yang berlendir. Dia menggigil ketakutan.

"Lepas..kan.. aku.." rayu Wati.

Nafasnya mula sesak bila dililit semakin erat.

Lemas. Dan gelap.

'Tok-tok'

Bunyi tongkat pemaisuri Fuji diketuk di lantai seperti tadi kedengaran. Kemudian ruangan tersebut menjadi terang benderang kembali.

Pemaisuri Fuji mendengus.

"Huh. Baru kena uji sedikit. Dah nak mati. Aku ingatkan kau akan guna kuasa kau tu." Bergema suaranya di segenap sudut.

Wati membuka mata perlahan. Cahaya yang silau membuatkan matanya berair. Dia mendapati dirinya sedang terbaring di tengah-tengah ruangan tersebut. Dia memerhati sekeliling. Ular yang melingkari ke tubuhnya itu tadi telah hilang dengan sekelip mata.

Wati memaksa dirinya untuk bangun. Sejujurnya seluruh tubuhnya masih sakit dan lemas. Tetapi dia tidak mahu kelihatan lemah di depan Pemaisuri itu.

"Lepaskan aku dari tempat ni!!" Teriak Wati. Dia memandang tajam ke arah Pemaisuri Fuji.

"Bodoh."

Pemaisuri tersebut tersenyum sinis sebelum meninggalkan Wati keseorangan.

"Heii!!! lepaskan aku!!" Teriak Wati sekali lagi.

Tiada respon yang diterima. Nampaknya dia benar-benar ditinggalkan sendirian kali ini.

Wati melepaskan keluhan beratnya. Memikirkan nasibnya itu dia jatuh terduduk. Pelbagai soalan berlegar di ruang minda. Namun ada satu soalan yang membuatkan dia terasa diperbodohkan oleh masa dan keadaan.

Siapa dia sebenarnya?

Kalau benarlah apa yang dikatakan oleh mereka tadi. Dia sendiri pun tidak tahu apa kesudahan hidupnya.

'Hopeless.. wati.. hopeless.'

"Akak.."

Wati menoleh. Maya sedang berdiri kaku melihatnya.

"Maya.. macam mana.."

"Adik dah tahu.. adik dah tahu semuanya.." ujar Maya. Air matanya jatuh. Dia nampak semua yang terjadi dari awal hingga akhir. Dia juga seakan tidak percaya apa yang didengar.

Wati menerpah ke arah Maya. Dia lantas memeluknya. Maya menangis.

"Benarkah apa yang mereka cakap?" Soal Maya dalam senduannya.

Wati diam. Dia juga tiada jawapan untuk itu.

Kemudian dia memegang bahu Maya. Kembarnya itu ditatap sayu. Dia melihat dirinya sendiri pada diri Maya.

"Ingat pesan akak, selagi dunia terus berputar. Jangan pernah menoleh ke belakang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience