Bab 14

Fantasy Completed 15742

Bab 14

Mia sedang sibuk membetulkan tali pada panahnya di balkoni istana. Suasana hujan di luar menyebabkan latihannya terbatas. Ramai tentera-tentera perang yang lain di ketika itu mengambil masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga masing-masing. Disebabkan panahnya yang rosak dia terpaksa menangguhkan dulu niatnya untuk pulang ke rumah. Lagi pun, selaku wira negara yang telah diikhtiraf, dia boleh sahaja keluar masuk istana sesuka hati. Wira negara merupakan jawatan terpenting dalam sistem pertahanan negara. Mereka dipilih di kalangan remaja yang handal bermain senjata. Cuma 25 orang sahaja yang terpilih..

"Kau masih tak balik rumah lagi?" Zack muncul di belakang Mia.

Mia menggeleng. Kemudian dia menunjukkan langit yang mendung kelabu itu. Zack perlahan-lahan melangkah ke hujung balkoni. Dia menikmati suasana itu. Hujan yang turun tidak henti membasahi bumi. Dari atas, dia boleh nampak pemandangan yang luas segenap demensi. Rumah-rumah penduduk negara Senjanga turut jelas kelihatan. Bumbung-bumbung rumah yang kelihatan semakin banyak dibina menandakan fasa pemulihan selepas perang besar dua bulan yang lalu sudah semakin pulih.

"Aghhh.. susahnya!!" Keluh Mia. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Sudah dua jam dia berada di luar balkoni istana hanya untuk membetulkan tali panahnya sahaja yang terlari sedikit dari ikatan asal.

"Jangan paksa kalau tak tahu caranya..bak sini.. aku tengok."

Mia menyerahkan panahnya itu kepada Zack. Zack menyambutnya dengar berhati-hati. Dia meneliti bahagian simpulan pada tali dan 'limb' atas. Kedua-dua 'limb' yang melengkung di setiap hujung panah dicantumkan dengan 'Riser' iaitu pemegang pada panah.

"Tali ni tak tahan patutlah tersasar.. Siapa yang buat panah ni? Pembuat dia mesti tak tahu mana tali yang sepatutnya digunakan.. panah jenis ni tak digunakan masa perang. Sasarannya tak jitu. " jelas Zack serba tahu.

"Jadi kau nak cakap sekarang yang aku ni tak pandai buat panah lah?" Kata Mia. Terasa sungguh dia dengan kata-kata Zack tadi. Bukan apa.. dia sudah bertungkus lumus mengukir panah, membuat simpulan pada hujung tali. Ia bukanlah sesenang yang disangka.. tapi senang-senang sahaja dibilang tidak boleh digunakan semasa perang. Jadi aku nak guna senjata apa?. Keris??.

"Owh.. kau yang buat ker?. Patutlah..."

"Patutlah apa?" Mia membesarkan matanya. Geram bila dikomen macam-macam.

Zack ketawa melihat reaksi Mia. Marah lah tuu..

"Kalau kau nak tali yang tahan lama.. gunalah tali prusik. " kata Zack. Dia mencapai panah yang di sangkutkan pada bahu sebelah kanannya. Panah itulah yang selalu dibawa ke mana-mana sahaja dan menjadi senjata kedua selepas pedang kesayangannya. Zack menyerahkan panah itu kepada Mia.

Panah tersebut bertukar tangan.

"Cantik panah kau. Ukirannya unik.." kata Mia dengan terpegun. Dia menyentuh setiap ukiran pada 'limb' panah itu.

"Ambillah.. aku bagi." ungkap Zack. terlopong Mia mendengarnya. Biar betul??.

"Kau bagi aku?. Serius?" Tanya Mia seakan tidak percaya. Panah tersebut sudah pernah dibawa ke peperangan sebanyak dua kali. Panah itulah yang telah berjaya membunuh ribuan musuh-musuh negara. Ia selayaknya berada di dalam Muzeum kerana menjadi salah satu dari kebanggaan rakyat sejagat.

Zack mengangguk.

"Betul ni?" Kata Mia lagi.

"Ye lah.. aku nak kau jaga panah ni baik-baik. Macam kau jaga diri kau sendiri.." ucap Zack ikhlas. Panah berjasa itulah yang menggangkat dirinya menjadi wira negara dalam usia yang masih muda. Manakala pedang kesayangannya pula mengangkat dia sebagai ketua wira negara. Untuk Mia.. segala-galanya dia sanggup..

"Aku tak pernah dapat kawan yang sebaik tahap dewa macam kau.. terima kasih.." kata Mia. Dia sangat-sangat bersyukur mendapat kawan seperti Zack.

"Aku bagi kau panah ni bukannya percuma.. jangan nak perasan."

Mia menelan air liur. apa maksud dia?.

"Kalau kau nak aku bayar.. nanti aku koreklah tabung aku tu.. okey?".

Zack ketawa. Mia mencebik..

"Aku serius lah. Kau nak aku bayar ker?. Aku tak pasti cukup ke tak.. tapi aku akan.."

"Aku serius.. Mia. Aku tak main-main. " Zack tiba-tiba bernada serius. Dia berpusing. Tidak sanggup meneruskan kata-kata. Dia menghulur tangannya ke udara. Hujan yang turun menitik ke tapak tangannya kemudian mengalir ke lengan.

Mia terdiam sebentar. Dia cuba menganalisa ungkapan itu.

Zack melepaskan keluhan yang berat. Seberat permintaannya terhadap Mia. Mahukah Mia turuti?.

"Raja Zhang akan mengumpulkan semua wira negara untuk menyelamatkan orang-orang kita yang ditawan semasa perang hari tu.. aku.."

"Wahh.. okey la tu. Aku pun dah bersemangat nak tunjukkan teknik perang aku ni." Belum sempat Zack menghabiskan katanya. Mia terlebih dahulu menyampuk.

" Mia, aku nak kau jangan ikut rombongan tu kali ni."

Mia terdiam. Entah kenapa hatinya tidak tenang mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Zack. Dia pun mahu menyertai mereka semua. Apa helah kau Zack?

"Hahaha.. kau bergurau ker ni?" Kata Mia.

Zack diam.

"Kalau kau ingat kau boleh nak rasuah aku dengan panah ni supaya aku tak ikut rombongan tu.. kau silap. Aku tetap akan ikut." Kata Mia. mungkin masih lagi dalam nada yang bergurau. Tapi dia juga tidak main-main. Biar apa pun yang berlaku dia tetap akan ikut. Begitulah dirinya. Dia telah dididik untuk tidak berpaling apabila diseru untuk melawan musuh.

Zack menoleh ke arahnya.

"Aku tak bergurau.."

"Jadi kau memang nak aku supaya tak ikut misi negara?"

"Ya."

"Mana boleh.. apa guna aku sebagai ahli wira negara.."

"Tempat tu bahaya. Mereka menggunakan unsur sihir.. kau akan..."

"Mati ??.. macam mana pula dengan kau?" Mata Mia mula berkaca memikirkan andaian tersebut.

"Misi kali ni sangat bahaya.. Mia.." Kata Zack. Dia sudah agak Mia akan menolak cadangannya itu. Tapi memang wajarlah dia menghalang Mia untuk menyertai rombongan tersebut kerana dia sangat merisaukan keselamatan Mia. Destinasi kali ni bukannya dekat.. musuh pula bukan calang-calang..

"Aku tahu lah kau memegang jawatan sebagai ketua wira negara..tapi tak seharusnya kau halang aku untuk turut serta."

"Jangan ungkit pasal jawatan tu. Ia tak ada kena mengena sekali pun." Zack pula mula berkeras. Sepanjang mereka berkawan. Pantang sekali dia dibezakan dengan pangkat dan jawatan. Baginya sebuah pasukan hanya perlu ada kefahaman antara satu sama lain yang semuanya sama sahaja. Tak perlulah dibeza-bezakan.

Mia mendengus.

"Zack.. aku nak ikut." Katanya sayu. Berharap agar difahami.

Zack diam lalu memejamkan matanya sejenak.. apa lagi yang perlu aku buat untuk halang kau, Mia..

" Kalau kau nak ikut juga.. aku tak tahu nak buat apa lagi.. tapi ingat satu perkara ni.. sejauh mana pun kita berlari, kita masih berada di dalam ruangan yang sama.." kata Zack perlahan.

"Apa maksud kau?"

"Jalan cerita kita telah ditentukan Mia.. kalau selepas ni aku dan kau tiba-tiba terpisah. Aku adalah orang yang pertama sekali akan menyesal sebab aku tak dapat patahkan niat kau untuk ikut serta dalam misi ni.." Zack mengeluh lagi. kebolehannya untuk meramal masa hadapan menjadikan dia takut untuk menghadapi semua yang akan terjadi itu.

Mia pula terdiam kaku tidak terkata..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience