Bab 21

Fantasy Completed 15742

Bab 21

Media terkini gempar dengan bencana gempa yang berlaku semalam. Setiap siaran menyiarkan tentang berita tersebut. Banyak bangunan dan rumah yang sudah tidak seperti asal. Jalan raya juga rosak. ramai juga di antara penduduk yang kehilangan tempat tinggal juga orang yang tersayang. Suasana hospital besar di kawasan tersebut berada dalam keadaan yang huru-hara. Mangsa-mangsa gempa dirawat di sana kerana stok ubat-ubatan dan alat-alat medik semuanya bercukupan berbanding dengan cawangan-cawangan hospital yang lain.

Berita baiknya, ahli seismologi menyimpulkan bahawa kejadian gempa bumi yang kuat itu tidak akan berlaku lagi melainkan gegaran susulan yang kecil sahaja. Mereka mendapati gempa tersebut terjadi disebabkan oleh truktur bawah tanah yang tidak berapa mampat. Gelombang yang kuat terhasil apabila batu-batuan di bawah tanah terjatuh ke dalam. Meskipun begitu, penduduk diminta untuk berhati-hati jikalau ada lagi gegaran susulan selepas gempa yang kuat semalam.

Wati duduk sambil termenung di luar ruangan menunggu. Dia risau akan keadaan Maya. Selepas sahaja gegaran semalam itu terjadi, penyakit adiknya itu datang tanpa diduga. Maya pengsan ketika mereka semua sudah berada di halaman rumah. Ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana paniknya mereka. lebih-lebih lagi mama dan papa. Mereka bergegas ke hospital setelah gegaran tersebut beransur hilang.

Wati melepaskan keluhan seberat tekanan yang berada di dalam fikirannya. Hatinya menolog lagi..

Sekarang ini, mama dan papa sedang mendengar laporan kesihatan Maya dari doktor dan dia pula dilarang untuk masuk bersama. padahal dia juga mahu mengetahui keadaan Maya. Dia juga risau seperti mereka.. Tidak layakkah dia??.

Wati melihat sekelilingnya. Sunyi sahaja di ruangan itu. Mungkin orang ramai berada di bahagian hadapan ketika ini. Dia merenung pintu wad yang tertutup rapat di hadapannya. Lama lagikah perlu dia tunggu ??.

Wati berdiri. Dia merenggangkan badannya. Demamnya masih belum pulih lagi kini ditambah pula dengan kepenatan dari semalam.

"Wati?" Panggil seseorang.

Wati menoleh.

"Syawal. Kau ada dekat sini juga?" dia seakan tidak percaya boleh terjumpa dengan Syawal di hospital itu.

Syawal mengangguk.

"Kau okey tak?. Ada apa-apa yang tercedera?" Soalnya. Dia perasan yang wajah Wati tidak sebiasa yang dia lihat di sekolah. Muram jee..

Wati senyum. Walaupun dia tahu senyumannya itu tidak seikhlas yang mampu dia ukirkan.

"Aku okey." Balasnya. "Kau buat apa dekat sini,Syawal?" Wati melihat Syawal tidak mengalami apa-apa kecederaan.

"Jiran aku yang cedera. Aku tolong drive. Kau pula kenapa ada dekat sini?"

Wati diam sejenak sebelum menjawab soalan itu. Entah kenapa perasaanya sedari tadi tidak tenang. Dia masih memikirkan kondisi Maya. Dia juga masih memikirkan mama dan papanya. Apa yang dibualkan oleh mereka ?? Kenapa lama sangat??.

Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menerpa masuk untuk mengetahuinya. Tapi kata-kata mamanya masih sentiasa bergema di telinganya. jangan buat perkara yang menaikkan kemarahan papa.

"Tangan kau berdarah.." Syawal menarik perlahan tangan kanan Wati. Di belakang lengannya jelas terdapat sejengkal luka yang agak dalam. darah merah pekat masih mengalir keluar mencemari tepi bajunya. Darah tersebut tidaklah terlalu banyak kerana lukanya itu sudah hampir kering tetapi masih menampakkan daging merah di dalamnya.

Wati teringat semalam dia berlari ke bilik Maya ketika gegaran itu berlaku. Dia sempat melindungi Maya sebelum rak di dinding menimpah jatuh ke atas mereka. belakang lengannya itulah yang terkena bucu rak tersebut. Dia merasa sakit dan pedih namun tidak menghiraukannya kerana kerisauannya itu tertumpuh hanya kepada Maya. Wati masih terbayang wajah Maya yang dalam ketakutan. Nasib baiklah dia sempat membawa Maya bergegas keluar dari bilik tersebut lalu turun ke bawah. Dari ruang tamu papa panik memanggil-manggil nama Maya. Sesampai sahaja dia dan Maya di sana papa terus menarik Maya darinya sebelum membawa Maya bergegas untuk keluar bersama. Wajah papa di saat itu jelas dengan kerisauannya terhadap Maya.

"Wati.. kita kena jumpa doktor. Tangan kau luka." kata Syawal mematikan lamunannya. Wati tersentak sedikit.

"Tak apa. Saya okey." balasnya perlahan. Bukan dia tidak mahu. Dia cuma takut dia akan dicari nanti. Lagipun dia tidak membawa teleponnya bersama.

"Tapi tangan kau luka." kata Syawal risau.

"Wati.." panggil Puan Azmah yang baru keluar dari pintu wad diikuti oleh Encik Farid.

"Ya ma. Sorry Syawal. Kau jalanlah dulu.." Wati bukan bermaksud menghalau dan Syawal faham situasi tersebut. Wati menerpa ke arah Puan Azmah. Dia menyembunyikan lengannya yang luka itu di belakang. Syawal perasaan akan perlakuan Wati.

Encik Farid memandang tajam ke arah Wati. Dia juga perasaan akan luka yang disembunyikan oleh Wati namun cepat-cepat dia menoleh ke tempat lain dan buat seperti tidak kisah dengan luka tersebut. kemudian matanya beralih pula kepada Syawal. Syawal mengukirkan senyumannya namun tidak dibalas. Encik Farid terus berlalu meninggalkan mereka. Syawal ternganga melihat situasi tersebut. Bapa seperti apakah itu?. Kenapa dia buat tidak kisah dengan keadaan anaknya sendiri?.

Syawal menerpa ke arah Wati dan Puan Azmah. Dia mengukirkan senyumannya kepada Puan Azmah. Senyuman dibalas.

Wati menoleh ke arah Syawal yang berada di sebelahnya. Eh.. tak jalan lagi budak ni..

"Ini Syawal, ma. Kawan Wati dekat sekolah." Wati memperkenalkan Syawal kepada Puan Azmah. Terpaksa sebenarnya. Puan Azmah mengangguk perlahan.

"Macam mana dengan Ma.." belum sempat Wati menanyakan tentang Maya. Telepon bimbit Puan Azmah berbunyi. Panggilan dari rumah oleh orang gaji mereka. Puan Azmah langsung sahaja menyambutnya. Dia menjauhkan Sedikit jaraknya daripada Wati dan Syawal. Beberapa minit kemudian dia menamatkan panggilan tersebut.

"Kenapa ma?" Tanya Wati.

"tak ada. Bibik cakap ada banyak barang dekat rumah yang dah rosak sebab gegaran semalam. Mereka tanya nak buat maca mana. Mama suruh mereka keluarkan barang-barang tu dulu." Jawab Puan Azmah lembut.

"keluarga kamu okey, Syawal?" Tanya Puan Azmah kepada Syawal.

"Okey.. er.. semuanya baik, makcik." Syawal gagap sedikit menjawab soalan Puan Azmah. Almaklumlah bakal mama mertua.. Aik. Apa kau fikir ni Syawal. Jangan mengada.

Puan Azmah tersenyum.

"Er.. saya jalan dulu makcik. Ada hal." Kata Syawal. Tak ada hal sebenarnya. Tetapi dia hanya mahu agar perbualan antara ibu dan anak itu lebih selesa. Lagipun Mia telah pun memperkenalkan dia kepada Puan Azmah. Itu sudah kira bersyukur walaupun hanya sebagai kawan. Eh. Syawal. Apa yang kau merepek ni..

"Ya. Take care Syawal." Ucap Puan Azmah. Syawal mengangguk. manakala Wati hanya mengukirkan senyuman untuk Syawal sebelum Syawal mengangkat langkahnya.

"Ma.. macam mana dengan Maya?" Soal Wati setelah hanya mereka berdua sahaja yaag tinggal.

"Maya okey. Dia cuma perlu rawatan doktor sedikit." Balas Puan Azmah. Wati menarik nafas lega. dia tersenyum mendengar kabar tersebut. Syukurlah kau okey Maya. Aku mati-matian risaukan kau. Nanti bila kau dah sihat kita kan balik rumah bersama. Masa tu aku janji aku akan jaga kau betul-betul.

"wati, mama ada satu permintaan." Kata Puan Azmah mematikan lamunannya.

Wati diam seketika.

"Permintaan apa ma?". soalnya.

Puan Azmah tunduk sebentar sebelum merenung Wati kembali.

Dia mengeluarkan kad kredit dari dompetnya lalu menghulurkan kepada Wati. Dari awal lagi dia sudah tahu benda ini akan berlaku. Maafkan mama Wati. Ini untuk kebaikan kamu.

"Apa ni ma?" tanya Wati perlahan. Dia cuba mentafsir apa yang cuba mamanya lakukan.

"Ambil ni." kata Puan Azmah.

Wati mengambutnya dengan teragak-agak. ada apa ni?. Tiba-tiba sahaja..

"Mama kena balik awal.. Papa kamu dah tunggu mama dekat bawah. Tolong jagakan Maya dulu..dan.." Kata Puan Azmah perlahan. Hatinya berat untuk meneruskan kata-katanya. Tetapi dia nekad untuk melakukan ini. Sudah tiba masanya untuk memisahkan Wati dari kehidupan suaminya. Dia tidak sanggup lagi melihat hubungan suaminya dengan Wati yang sudah tidak aman. Dia sendiri melihat bagaimana suaminya menyuruh dia menghalau sahaja Wati dari rumah itu semasa di dalam tadi. Bila ditanya mengapa. hanya dengusan yang diterima. Baran suaminya itu susah hendak diteka. suaminya sangat membenci Wati. Dia sendiri tidak pasti apa alasannya. Bila nama Wati disebut dia sudah ditengking oleh suaminya.

"Mama.." panggil Wati. Dia sudah boleh mengagak apa di sebalik kata-kata itu.

"Maafkan mama, Wati.. Tapi mama minta kamu jangan balik rumah dulu."

Wati terkaku mendengar kata-kata Puan Azmah.

"Tapi ma.."

belum sempat dia membantah. Puan Azmah memegang kedua bahunya sambil merenung ke dalam matanya.

"Mama mohon. Kamu juga tahu sebabnya bukan?." Mata Puan Azmah berair. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh di hadapan Wati. Dia perlu tabah. Ini sahaja jalan yang dapat dia fikir untuk kebaikan rumah tangganya. Lagipun Wati bukannya budak lagi.

Ya. Dia tahu apa sebabnya. mesti kerana papa. Tapi ini tidak adil. Ini langsung tidak adil. Di mana dia hendak pergi nanti.

Puan Azmah berpaling. Dia baru ingin melangkah pergi namun pantas Wati menahannya.

"Ma.. jangan macam ni.. di mana Wati nak tinggal nanti. Wati dah tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni. Wati janji akan jadi anak yang baik. Please ma.. " pujuk Wati sedih. Dia sanggup berhadapan dengan tengkingan papanya kalau itulah syarat untuk dia tinggal bersama di rumah itu. dia tidak mahu berpisah dengan mama dan adiknya.

Puan Azmah menepis perlahan tangan Wati.

Wati terkesima. Air mata jatuh di pipinya dibiarkan sahaja. Dia harus memujuk mamanya.

"Mama. Wati sayang Maya. Wati sayang mama. jangan buang Wati macam ni.. apa salah Wati ma.. baiklah.. kalau mama mahu Wati berdiam bila berdepan dengan papa. Wati akan turut.. "

"Ini sahaja yang mama minta Wati.. Jauhkan kami buat sementara waktu ni.. Susah sangatkah nak ikut cakap mama?. Mama tak akan kisah lagi dengan hidup kamu lepas ni. Kamu dah besar. Dah boleh fikir." Ucap Puan Azmah jelas. Sengaja dia meninggikan sedikit suaranya. Agar getaran kesedihannya itu dapat disembunyikan. Tetapi disebaliknya dia menelan semua yang diucapkan penuh dengan keperitan.

Wati menggeleng. Dia memeluk Puan Azmah erat.

"Ini tak patut ma.. bukan macam ni yang.. "

"Kamu fikir Wati. Macam mana mama nak fokus untuk jaga adik kamu. Kalau hubungan kamu dan papa juga menjadi masalah dalam rumah tu. Mama mohon kamu faham.."

Wati menggeleng lagi dia tidak mahu faham akan situasi yang dijelaskan. biarlah.. dia tidak kisah mahu dianggap apa dalam keluarganya. Hatta dia dipanggil sebagai pembawa nasib yang malang pun dia tidak kisah selagi dapat bersama denga mama dan Maya. Tapi kenapa mamanya berkelakuan seperti ini??

"wati tak sanggup macam ni.." mohon Wati. Dia merintih.

Puan Azmah melepaskan keluhannya. Dia tunduk seketika sebelum meleraikan pelukan Wati.

Wati diam. Hatinya sakit bila mengenangkan sebab papanya dia dibuang macam ni. Mesti papa lah orang yang menghasut seisi rumah untuk membenci dirinya. Sakit hati yang dipendam berbuak-buak dalam dirinya.

"Mesti papa yang suruh mama untuk halau Wati kan?. Mama tahu papa memang tak akan pernah suka dengan Wati. Tapi... Kenapa mama biarkan saja.. mama dah tak sayang Wati kah?. Mama rela mengikut kehendak orang tua tu.. Dia penyebab semua ni. Kenapa tak ada seorang pun yang perasaan?!" Entah dari mana timbulnya keberanian untuk meluahkan perkara tersebut. Tidak dinafikan ketika itu, dendam yang ditahan terlepas juga.

"Jangan cakap macam tu, Wati. Mama tak suka. Dia masih papa kamu. Ingat tu." Bela Puan Azmah tegas.

Wati menggenggam tangannya. Dia yakin dia tidak salah. Dia perlu membela diri sendiri. Sebab tiada siapa lagi yang hendak membelanya.

"Bukan Wati yang salah. Tapi Papa.. Dia yang buat kita jadi macam ni. Kenapa mama masih mahu salahkan Wati padahal mama tahu siapa yang bersalah. Wati tak kisah kalau dalam rumah tu semua orang menangkan papa dan semua orang lebih sayang Maya dari Wati. Wati tak kisah ma. Selama ni pun Wati tak pernah kisah.. Tapi apa yang mama buat ni tak patut. Mama tak patut buang Wati dari rumah tu. Mama dah tak sayangkan Wati kah?"

Air mata yang mengalir dikesat perlahan. Wati mahu agar Puan Azmah memahami isi hatinya. Dia mahu agar mamanya sedar akan apa yang diminta itu cukup berat baginya. Mungkin apa yang dikatakan agak keterlaluan tetapi dia tidak pernah tipu akan perasaannya. Itulah yang dia rasa. Tolonglah ma. Jawablah pertanyaan Wati. Mama dah tak sayangkan Wati??

"Dah lah. Mama nak balik." Mendatar sahaja suara Puan Azmah kali ini. Dia sendiri tidak pasti apakah kata-kata Wati itu terkesan dalam hatinya.

"Mama jahat!!" Teriak Wati. Hatinya sungguh sakit. Dia cuba untuk menahan Puan Azmah.

"mama dah tak sayang Wati kan??.. semua orang tak sayang Wati!!.. Wati sepatutnya mati dari dulu lagi kalau tahu semua orang nak buang Wati.."

Pang!!

Satu tamparan hinggap di pipi Wati. Dia terkaku. Ini adalah kali pertama dalam hidupnya dia mendapat tamparan dari tangan Puan Azmah sendiri. Dahulu wanita inilah yang selalu melindunginya daripada ditampar oleh papanya.. tetapi kini dah berbeza. Mungkin itulah jawapannya. Dia memang sudah tidak disayangi lagi.

"kalau macam tu anggap sahaja mama dah tak ada." Ucap Puan Azmah tegas.

Wati terdiam.

Puan Azmah terus melangkah tanpa menghiraukan Wati. Air matanya jatuh. Ibu mana yang tak sayangkan anaknya. Tapi dia tidak mahu keadaan menjadi semakin buruk bila mereka tinggal bersama. Dalam masa yang sama dia juga risau akan kesihatan Maya sejak kebelakangan ini. Sekurang-kurangnya dia dapat menumpuhkan lebih masanya terhadap Maya. Dia memberi hatinya kekuatan sedikit.

"Mama.." Panggil Wati sayu. Puan Azmah semakin jauh.

" Apa salah Wati Sampai semua orang nak buang Wati.." Wati menangis.

Puan Azmah sengaja memekakkan telinganya. Dia berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi. Berat langkahnya untuk meninggalkan Wati. Tapi apa lagi yang perlu dia lakukan?. Mahu sahaja dia berpatah balik dan memeluk Wati.. namun egonya tinggi untuk menidakkan niatnya itu. Maafkan mama Wati..

Wati menyandarkan dirinya di dinding. Dia memegang pipinya. Sakit. Air mata deras mengalir jatuh. Bayang mamanya sudah hilang dari pandangan. Namun kata-kata yang perit itu masih terngial-ngial di telinganya.

"Apa salah Wati.. ma." satu persoalan yang payah untuk dirungkaikan dalam hidupnya. Perlahan-lahan dia terduduk. Dia tunduk sambil memeluk lututnya lalu menangis mengenangkan semua yang berlaku. Dia merasa dirinya tidak berguna kepada orang yang dia sayang.

Tanpa disedari sepasang mata telah menyaksikan segala babak yang berlaku tadi.

Syawal.

Dia bersembunyi di sebalik tembok sedari tadi. Nasib baiklah tiada siapa yang perasaan akan kewujudannya di situ. Syawal merenung ke arah Wati yang sedang menangis teresak-esak. Pertama kali dia melihat Wati menangis. Dia terguris sendiri apabila mendengar kata-kata Puan Azmah kepada Wati tadi.

Mahu sahaja dia keluar memujuk Wati untuk tetap bertahan dan sentiasa kuat. Tetapi bila difikirkan balik nanti ketaralah dia mencuri dengar dari awal lagi. Mesti Wati akan memarahi dia jika dapat tahu akan kelakuannya itu. lagi pun dia tidak mampu berkata apa-apa kerana berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

dia hanya melihat Wati dari jauh.

namun semakin lama dia melihat. Semakin berat hatinya untuk membiarkan Wati duduk menangis keseorangan. "Apa aku perlu buat ni??" Monolognya kepada diri sendiri.

"Useless.. aku tak akan biarkan dia terseksa." Dia menggenggam kedua tangannya dan mengumpul sejuta kekuatan. Kemudian terus menerpah ke arah Wati.

"Wati.." panggilnya. Wati menangkat wajahnya perlahan. Memandang sahaja gerangan yang memanggilnya adalah Syawal. Dia cepat-cepat menghapuskan air matanya dan pura-pura memandang ke arah lain. Namun air matanya itu tidak mahu berhenti. Dia masih sedih dengan apa yang berlaku. dia menundukkan kepalanya agar wajahnya tidak dilihat oleh Syawal. bukan dia malu. tetapi dia tidak mahu menangis di hadapan Syawal. Padahal dia adalah seorang yang ceria apabila bertemu dengannya. dia tidak mahu Syawal melihatnya dalam keadaan yang sedemikian rupa.

"kau.. buat apa dekat sini?" soal Wati. Dia masih tunduk.

Syawal memandang luka yang ada di lengan Wati itu.

"Jom.. kita pergi jumpa doktor." ajak Syawal. tak kan lah dia mahu membiarkan Wati.

"Aku okey.." balas Wati perlahan. Keprihatinan Syawal itu membuatkan dia terharu. padahal dia kira tiada siapa lagi yang kisah tentang hidupnya.

"tak. Kau tak okey. Kau tak nampak macam kau okey."

"Dah lah Syawal. Jangan pedulikan aku.. aku sendiri dah tak kisah dengan hidup aku lagi.," Wati tidak sanggup untuk melihat Syawal. dia cuma merasa tidak layak mendapat prihatin dari orang lain.

"Aku tak akan biarkan kau macam ni.." kata Syawal ikhlas.

Wati diam. Perlahan-lahan dia memandang Syawal. Syawal mengukirkan senyumannya. Kemudian menarik Wati untuk bangun. Wati hanya menurut. Meskipun begitu dia hanya berdiam diri sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience