Bab 34

Fantasy Completed 15742

?Bab 34

Zack mengambil posisi di sebelah Mia. Yang lain sudah berada di sana. Mereka duduk mengelilingi ungun api tidak jauh dari gigi air. Malam itu adalah malam di mana sejarah kemenangan mereka terukir. Mereka meraihkannya dengan gembira. Kemenangan diraih dengan ikan BBQ . Jangan pikir di dunia ni tak ada panggang memanggang..

"Aku tak sangka betul lah kita dapat survive perkara ni.. " Ujar Zakuan. Senyuman kegembiraannya dari tadi masih kekal di bibir.

"Ye laa.. kau belum tengok si Mia memanah lagi. Peghhh.. sentiasa tepat pada sasaran." Kata Wati pula. Dia memuji kehebatan Mia. Zack yang berada di sebelah Mia menyikunya perlahan.Sukalah tu.. kena puji..

"Tendangan kau tadi tu pun dah cukup memukaukan aku, Wati.." puji Mia kepada Wati. Membalas pujian amalan yang mulia juga.

"Eh.. akak pandai menendang rupanya.." ujar Maya ayu yang duduk di sebelah Wati. Wati tersenyum bangga. Well you know me..

"Tendangan Mak Lampir la tu." Zakuan membuat muka menyampahnya. Dia bosan mendengar pujian untuk Wati terus-menerus. "Ouch!" Syawal mengetuk kepala Zakuan. 'Hormat sikit bakal bini aku tu..' katanya dalam hati.

"Maya, hulurkan abang ikan yang dah masak tu." Ryan menunjukkan ikan yang sudah masak dibakar di sebelah Maya.

Maya menurut. "Abang, nah.." Katanya sambil menghulurkan apa yang diminta oleh Ryan. Ryan menyambut.

"Abang?" Wati mencebik. "Sejak bila kau jadi abang aku?" Soalnya pada Ryan. Dia merasa janggal mendengar perkataan 'abang' itu.

"Auchh!." Ryan mengetuk kepala Wati.

"Hormat sikit.. boleh tak?." Katanya sinis.

Yang lain tersenyum. Nampaknya hanya Wati seorang sahaja yang tidak tahu apa yang terjadi di antara mereka sebelum ini.

"Ryan tu abang kau la bangang" Zakuan mencelah. Wati masih kebingungan.

"Dia anak Raja Zhang. Kau dan Maya juga anak kepada Raja Zhang. Korang adik beradik." Jelas Syawal pula. Kedengaran lebih matang.

Zack yang berada di sana mengangguk. Baru dia faham apa yang Ryan katakan semasa dia hampir membunuh Wati.

Wati masih terlopong.

"What the.."

"What the apa.. Wati.." Potong Ryan.

Wati diam. Dia tidak tahu harus gembira atau menangis di atas berita itu. Dia mempunyai seorang abang??. Seriously..

“Panggil aku abang.” Kata Ryan.

Wati memuncungkan mulutnya.

“Ya.. nanti aku panggillah..”katanya. “auchh!. Apa ni?” dia menggosok-gosok lagi kepalanya yang diketuk kali kedua oleh Ryan.

“Jangan ber-aku-aku dengan aku.” Tegur Ryan.

“Ops.. Sorry..” Balas Wati. Mereka yang berada di sana ketawa.

TAMAT

Share this novel

tampariding
2022-06-07 02:14:20 

best sgt...rugi tk baca

tampariding
2022-06-07 02:14:04 

best sgt...rugi tk baca

tampariding
2022-06-07 02:14:03 

best sgt...rugi tk baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience