Bab 27

Fantasy Completed 15742

Bab 27

Mia, Syawal dan Ryan memandang Zakuan dengan tajam. Zakuan berdiri lalu menuju ke meja di sudut ruangan itu. Dia menuangkan segelas air ke dalam gelas. Kemudian meneguknya habis. Berkat rawatan dari Ryan dengan kuasanya. Kakinya pulih seperti sedia kala. Dia sudah tidak merasa sakit lagi.

"Zakuan.." panggil Mia.

Zakuan menoleh.

"Apa?"

"Kau hutang cerita kepada kami." Kata Syawal pula.

Zakuan diam. Dia merenung Maya yang masih terbaring tidak sedarkan diri.

"Jangan tengok Wati lama-lama." Tegur Syawal. Zakuan mencebik.

"Cepatlah cerita. Aku dah nak mati menunggu cerita dari kau." Kata Ryan pula.

"Mati je laa.." ngomel Zakuan.

"Ingat aku tak dengar ke?" Kata Ryan.

"Ok. Ok. Aku cerita..aishh..." Dia melabuhkan kembali punggungnya di hadapan mereka. "Dari mana aku nak mulaa.." Dia mengaru kepalanya cuba memikirkan kata pembuka yang terbaik.

"Macam mana kau boleh berada sini?.. bersama dengan Wati?" Soal Syawal. Nada seperti tidak puas hati sahaja bunyinya.

"Aku tak tahu.. aku bangun dari tidur dan aku dah ada dekat hujung koridor. Aku nampak Wati tergegas masuk ke dalam bilik ni. Lepas tu bila aku tengo belakang. Aku nampak lembaga hitam. Mata dia merah.. then aku pun berusahalah nak selamatkan diri. Sebab lembaga tu bawa sekali pedang dia.. macam nak bunuh orang..lepas tu.. aku tak ingat dah.."

Zakuan menceritakan kejadian tersebut kepada mereka dengan penuh perasaan. Tolong percaya. Dan jangan minta aku ulang cerita yang sama.

Ryan mendengus.

"Kau tipu kan." Duganya membuatkan Zakuan terkebil-kebil memandangnya.

"Aku tak tipulah.. kau tanya Syawal. Selama dia hidup pernah tak aku tipu dia.. tak pernah kan, Syawal?." Zakuan menoleh ke arah Syawal. Meminta dipersetujui kata-katanya itu.

Syawal mengangkat kedua bahunya. Itu adalah jawapan yang tepat dan sesuai untuk menjawab soalan Zakuan.

Zakuan mencebik.

"Susah-susah.. baik korang guna je power yang korang ada tu untuk tahu apa yang berlaku. "

mereka perpandangan sesama sendiri.

"Aku dah tak dapat baca fikiran orang." Kata Ryan. Dia perasan yang kuasanya itu sudah semakin lemah. Tidak seperti awal-awal dia berada di sana.

"Me too.." kata Mia.

Kemudian mereka diam seketika. Tiada siapa yang bersuara. Hanya keluhan sahaja yang didengari.

"Tunggu Zakuan."

Semua mata melihat ke arah Mia.Mia mengetuk-ngetuk jarinya di lantai sambil sedang berfikir akan sesuatu.

"Lembaga hitam yang kau nampak tu.. er.. er.."

"Apa.. er..??" Potong Zakuan sebelum Mia menghabiskan kalamnya.

"Aku tengah berfikir ni." Jelas Mia mendatar. Dia teringat apa yang dilihat sebelum ini. Mungkin lembaga itu adalah sama dengan apa yang diceritakan oleh Zakuan.

"Ooo.." Zakuan membulatkan mulutnya. Syawal dan Ryan hanya mampu menggeleng.

"Tunggu sekejap."giliran Ryan pula hendak bersuara.

"Macam mana kau boleh berada dekat hospital ni?." Soalnya kepada Zakuan.

Air muka Zakuan terus berubah. Dia tunduk seketika. Perlukah aku cerita apa yang terjadi?.

"Jangan cakap dekat aku yang kau minta hantar Sir Adam ke sini semata-mata hendak berjumpa dengan Wati.." kata Syawal. Dia bergurau sahaja. BERGURAU.

Zakuan diam. Dia melepaskan keluahannya.

Mia perasan akan perubahan sikap Zakuan.

"Zakuan.." panggilnya.

"Adam dah tak ada.. guys.."Ucap Zakuan perlahan. Matanya mula berair. Sebentar lagi pasti akan jatuh. Tetapi cepat-cepat dia menghabuskan air matanya itu.

"Apa maksud kau?" Syawal mula berasa bersalah dengan apa yang diperkatakan tadi. "Sorry.." katanya.

"Ya. Adam dah tak ada. Dia dah meninggal... dalam runtuhan tu.."

Zakuan menarik nafas panjang.

"Gara-gara aku.." sambungnya.

"Kau reka cerita ke ni?" Ryan menyampuk. Mia mengetuk kepala Ryan.

"Auch!"

"Serius laa." Marah Mia kepadanya Ryan.

Zakuan berdiri.

"Dah. Aku tak nak sedih-sedih lagi. Hidup kena move on." Katanya. Dia memberi harapan kepada dirinya sendiri. Padahal dalam hati.. perihnya tidak tertanggung. Apa aku perlu buat untuk kau Adam?. Maafkan aku..

"Akak!!!" Jerit Maya tiba-tiba. Dia terbangun dari pengsannya. Nafasnya turun naik. Baru sahaja tadi dia termimpi akan Wati. Segala yang dilihat olehnya bermain di fikiran. Hatinya tidak tenang. Dia perlu menyelamatkan Wati.

"Heii.. Mak Lampir. Jangan jerit kuat-kuat boleh tak?. terkejut aku." Zakuan mengurut dadanya. Bukan main terkejut lagi dia apabila Maya menjerit tiba-tiba. Yang lain juga terkejut sama.

Mereka menerpa ke arah Maya. Terkulat-kulat dia memandang semua orang yang berada di sana.

"Kau dah okey ke Wati?."Tanya Syawal. Caring habis. Seriusly..

"Kau mimpi apa?" Soal Mia. Manalah tahu ada petunjuk di sebaliknya.

Maya tidak menghiraukan mereka semua. Dia lantas bangun dari tempat perbaringannya itu. Hanya satu sahaja yang dia fikirkan sekarang. WATI.

Berpinga-pinga mereka apabila Maya tidak melayan mereka langsung.

Baru sahaja Maya ingin melangkah keluar dari bilik tersebut. Ryan pantas menahannya.

"Kau nak pegi mana?." Soal Ryan. Maya merenung tajam wajah Ryan. Sakit hatinya bila teringat Ryan yang menyebabkan dia jatuh ke lantai.

"Tepi. Saya nak lalu." Kata Maya.

Yang lain saling berpandangan. Hairan.

Zakuan menerpa ke depan Maya.

"Kau nak pergi mana Mak Lampir?" Soalnya. Soalan yang sama dengan Ryan.

"ops.. btw thanks. Sebab selamatkan aku dari lembaga tu." Sambung Zakuan lagi. Kali pertama dia mengucapkan terima kasih. Sungguh agung ucapan tersebut.

Maya mengeluh. Pandangannya beralih dari Ryan kepada Zakuan. Mak lampir??. Apa semua ni??.

"Awak.. Kakak saya dalam bahaya. Saya kena selamatkan dia."

Sekali lagi mereka berpandangan.

"Apa yang kau merepek ni Wati?." Soal Zakuan. Dia hampir sahaja ketawa. Mengigau ke apa budak ni??.

"Saya bukan Wati. Saya Maya. " jelas Maya dengan tegas.

"Kalau ya pun mahu menyamar, cari lah nama yang okey sikit. Nama Maya tu tak sesuai langsung dengan kau. Heii.. kau kena Alzheimer ke ni?" Zakuan tidak henti daripada mengacau Maya.

Maya mengetam bibirnya. Sakit hati apabila tidak dipercayai.

Syawal teringat sesuatu.

"Tunggu..Awak adik kepada Wati kan?" Soal Syawal. Baru dia teringat yang Wati mempunyai seorang adik. Tapi tidak dia menduga adik yang dimaksudkan adalah kembar kepada Wati sendiri.

Maya mengangguk pantas.

"Wati ada adik kembar?!." Mia terkejut. Biar betul??

Zakuan terlopong. Dia menepuk dahinya.

"Kau bukan Wati ke?" Soalnya kepada Maya. Meminta kepastian. Sungguh dia tidak percaya.

"Saya Maya." Jawab Maya.

Zakuan mengangguk perlahan. Kemudian memandang Syawal. 'Asal kau tak bagi tahu aku awal-awal?' Marahnya tetapi hanya mulut sahaja yang bergerak. Fuhh. Ini sangat memalukan.

"Mana lah aku ingat." Ujar Syawal. Sepatutnya dia tahu lebih awal. Macam mana dia boleh tidak perasan yang Maya menggunakan bahasa lain daripada Wati. Wati kalau bercakap dengan mereka hanya menggunakan 'aku-kau'. Manakala Maya pula agak sopan sedikit dengan menggunakan 'awak-saya'.

Ryan menyandar di dinding.

"Baiklah. Sekarang kita dah ada dua orang orang yang serupa dengan Permaisuri tu.." keluh Ryan.

"Ya..selain daripada permaisuri tu.. sekarang kita dah ada banyak muka-muka Mak Lampir." Keluh Zakuan pula.

"Permaisuri Fuji.." Sebut Maya perlahan. Semua mata memandang ke arahnya.

"Kau kenal?" Soal Mia lembut.

Maya mengangguk. Dia mula menceritakan apa yang berlaku di dalam mimpinya dari awal hingga akhir.

Dalam pada itu, mereka yang mendengar hanya mampu terlopong dan terkaku. Banyak sangat perkara yang mengejutkan mereka sejak akhir-akhir ini.

Di akhir cerita itu. Syawal, Zakuan dan Mia memandang ke arah Ryan.

Ryan hanya diam. Maya juga begitu.

"Aku tak pernah tahu yang aku ada sepasang adik kembar." Ujar Ryan perlahan. Dia lantas teringat sesuatu. Hanya satu cara sahaja untuk memastikan kebenaran itu.

Ryan menghulurkan tangannya kepada Mia. Mia teragak-agak hendak menyambutnya. Apabila genggaman tangan mereka berpaut, cahaya putih keluar dari celah jari mereka. Cahaya yang sama dengan cahaya yang muncul ketika dia cuba untuk membaca fikiran Wati di sekolah hari itu. Darah keturunan diraja yang mengalir di dalam tubuh mereka bercahaya menandakan mereka adalah dari gen yang sama.

Kemudian perlahan-lahan genggaman dilepaskan. Ryan tersenyum.

"Nampaknya aku memang ada sepasang adik kembar." Ucapnya. Kira macam kesimpulan lah gitew..

Zakuan mengangguk.

"Patutlah.. muka kau hampir sama dengan Mak lampir." Ngomelnya perlahan.

"Aku dengar apa kau cakap, Zakuan." Kata Ryan. Dia mencebik.

"Kita kena selamatkan Wati." Ujar Mia pula. Yang lain mengangguk.

"Baiklah. Mari kita mulakan misi kita.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience