Bab 28

Fantasy Completed 15742

Bab 28

"Kau yakin ke ini tempatnya." Soal Zakuan. Ini sudah kali kelima dia menyoal soalan yang sama.

"Zakuan Bising lah kau ni.. diam sikit boleh tak." tegur Mia. Telinganya sudah bosan mendengar perkataan yang sama dari Zakuan.

Zakuan mengeluh. Bukan apa.. dia tengok jalan yang mereka tempuhi ini sudah macam hendak menuju ke dalam hutan belukar yang tebal. Bahkan di hadapan mereka itu terdapat bukit bukau yang curamnya bagai ada maut yang memanggil. Sekali tergelincir memang dah arwah kata orang.

Zakuan perlahan-lahan mendekati Syawal. Kemudian dia berbisik di telinga kawannya itu. "Syawal kau yakin ke jalan ni.." Takut benar didengari oleh Mia. Mia sudah beberapa kali menegurnya disebabkan soalan yang balik-balik diutarakan. Saja dia tidak mahu menyakiti hati Mia sebenarnya..

Syawal tersengih memandang Zakuan.

"Aku tak tahu. Tapi mengikut apa yang aku rasa.. inilah jalannya."

"What?? Seriously ??. Mengikut apa yang kau rasa??. Kau main rasa-rasa jak ke selama ni??." Zakuan sedikit kecewa dengan jawapan Syawal. Tidak sangka rupanya dia mengikuti jejak mereka dengan membabi buta sahaja. Tapi tiada guna untuk dia menyesal kerana mereka sudah berada di tengah-tengah hutan belantara.

"Yakin je la firasat anak ahli nujum tu.. " ujar Ryan. Dia yang berada paling belakang sekali tenang sahaja mengikut di mana jalan yang dipimpin oleh Syawal. Dia percaya dengan firasat anak Ahli Nujum itu. 90% boleh dikatakan betul.

"What the.."

"What the apa, Zakuan?" Potong Mia. Sepanjang perjalanan Zakuan seorang sahaja yang selalu merungut. Emmm.. entahlah..

"Tak. Maksud aku.. kita dah jauh berjalan dan korang hanya ikut apa yang anak Ahli Nujum ni rasa-rasa saja??. Wow.. terpegun i.. mungkin inilah sebab kau dipilih sebagai ketua pengawas kan Syawal.." Zakuan menepuk-nepuk bahu Syawal. Ada sedikit bangga namun lebih kepada sindiran.

Syawal pula malas melayan Zakuan. Baginya, Zakuan tidak akan berhenti dari bercakap selagi dia dilayan. Mungkin kalau Wati ada sekali. Zakuan dan Wati akan bising sampailah mereka sampai ke destinasi. Bukan dia tidak kenal mereka berdua. Asal berjumpa sahaja mesti ada isu yang akan menjadi topik perbahasan. Teringatkan tentang Wati, Syawal tersenyum.

Ryan menggeleng sahaja membiarkan Zakuan mula merungut tentang banyak hal. Dia memandang Maya yang berjalan di hadapannya. Dia perasaan yang Maya kelihatan sangat pucat. Sakit kah dia?.

Maya tidak sesekali pun bersuara sepanjang perjalanan itu. Dia hanya mengikuti sahaja apa yang sepatutnya. Sesekali dia mengelap peluh yang jatuh di dahinya. Sungguh dia tidak pernah mengembara dalam hutan seperti ini seumur hidupnya. Dia boleh dikatakan seperti katak yang baru sahaja keluar dari tempurung, baru dapat melihat dunia luar. Meskipun begitu dia tidak berapa teruja kerana hanya Wati sahaja yang difikirkan sekarang. Entah bagaimana keadaan Wati sekarang. Dia harap kakaknya dalam keadaan yang selamat.

"Kita dah dekat." Syawal berhenti. Dia menoleh ke belakang. Semuanya menunjukkan muka kebingungan. Dah dekat??. Biar betul??.

"Dekat dengan apa??. Sunyi jerr.. " kata Zakuan perlahan. Matanya memerhati sekeliling. Hanya ada pokok-pokok besar yang tumbuh berdekat-dekat dan semak samun yang meliar sana sini. Kau biar betul Syawal?.

"Mia, sini jap." Panggil Syawal. Mia menerpa ke arah Syawal.

"Apa?" Soalnya.

"Tangan."

Mia dengan ragu-ragu menghulurkan tangannya kepada Syawal. Syawal tersengih.

"Bukan dekat aku.. tuu.. pokok depan tu.. " Syawal menunjukkan pokok besar yang berada tidak jauh darinya.

"aku nampak sesuatu yang bertulis dekat pokok tu. Aku nak kau scan and baca macam kau buat dekat terowong bawah tanah dulu." sambung Syawal. Matang sekali arahannya.

Mia memuncungkan mulut. Ingatkan apa..

Dia lantas menuju ke pokok yang dimaksudkan. Ya. Benar sekali. Ada kod-kod tulisan purba yang tertulis pada pokok itu. Simbol-simbol yang sama dengan simbol yang ada pada dinding terowong bawah tanah dekat dunia Senjaga. Dia cuba menyapu tulisan-tulisan itu menggunakan tangannya. Kemudian dia meneliti setiap apa yang di tulis. Mulutnya terkumat-kamit membacanya. Cahaya putih terhasil dari tulisan itu. Tapi sekejap sahaja. Kemudian malap semula. Mia cuba membacanya lagi namun perkara yang sama terjadi. Cahaya yang terhasil menjadi malap semula. Tiada apa-apa yang terjadi selepas itu.

Mia geram. Dia menghentak kedua tangannya ke batang pokok itu. Ada sesuatu yang tidak kena. Duga hatinya.

"why Mia?" Soal Ryan. Dia menerpa ke arah Mia di hadapan.

"Aku tak dapat pecahkan kod ni." Jawab Mia kecewa.

"Biar aku cuba." Ryan menolak Mia ke tepi. Mia hampir terjatuh namun sempat menstabilkan posisi. Dia mencebik.

"Ye laa.. Kau kan anak raja." Sindirnya sebelum dia berundur setapak ke belakang. Jauh dari Ryan. Ryan berdiri di hadapan pokok tersebut. Dia menarik nafasnya kemudian dihembuskan perlahan. Perlahan-lahan tangannya menyentuh tulisan-tulisan purba pada pokok itu. Dia memejamkan matanya seketika lalu meneliti tulisan tersebut semula. Dia membacanya dengan lancar sekali. Cahaya putih kelihatan mula memancar keluar. Semakin lama semakin terang. Tetapi tiba-tiba sahaja Ryan berhenti dari membacanya. Matanya merenung tajam pada satu simbol yang agak ganjil dari yang lain. Cahaya yang memancar hilang serta merta.

"Hah.. dah kenapa pula tu?" Soal Zakuan dari belakang.

Ryan mengeluh. Dia cuba memikirkan apa yang tersirat oleh simbol tersebut. Beberapa saat kemudian dia memetik jarinya.

"Maya, mari sini sekejap." Panggil Ryan.

Maya melangkah menuju ke arah Ryan.

"Ahhh!! Mak lampir!." Zakuan menjerit kecil apabila Maya melaluinya. terkejut benar dia melihat wajah Maya. Memang persis dengan Wati. Maya hanya memandangnya kosong sebelum meneruskan langkahnya ke Ryan. Zakuan mengurut dadanya. Walaupun Maya dan Wati ada perbezaan. Namun aura yang ada pada mereka adalah sama. 'Well. Maybe sebab dorang ni kembar..' bisik hati Zakuan. Dua-dua menyeramkan.

Syawal memerhati sahaja Maya berjalan perlahan melimpasinya. Maya nampaknya lebih ayu dan lembut berbanding Wati. Tapi dari luaran Maya dan Wati langsung tiada bezanya. Cuma Maya kelihatan lebih pucat berbanding Wati.

"Berdiri sebelah abang." Ujar Ryan perlahan sebaik sahaja Maya berada di belakangnya.

Syawal, Zakuan dan Mia berpandang. 'Abang?' Gerak mulut mereka perlahan. Macam lain sahaja bunyinya. Mereka cuba menahan ketawa.

Zakuan menggelengkan kepalanya. Ish-ish-ish.. Ryan-Ryan, kenapa buat lawak dekat sini??.

"Aku dengar apa yang kau cakap, Zakuan. " ujar Ryan tanpa menoleh ke belakang. Dia malas hendak memusingkan kepalanya.

Zakuan tersengih. Kuat sangatkah dia cakap tadi. Bukankah dia hanya berbisik dalam hati sahaja. Entah-entah Ryan memang ada deria ke-enam kot. Extra pendengaran yang terbaik.

Mia dan Syawal tersenyum sahaja. Nampaknya Ryan dah mula belajar erti kehidupan. Padahal sebelum ini akibat dendamnya itu hampir sahaja dia membunuh Maya.

Ryan dan Maya berdiri di hadapan pokok besar tersebut. Ryan mula mengenggam tangan Maya. Tangan Maya sejuk sahaja dalam genggamannya. Wajah Maya itu ditatap sekejap. Dia dapat merasakan Maya mempunyai sakit yang dialami dari kecil lagi. Ryan tunduk seketika. Kini dia baru sahaja mendapat tahu yang dia mempunyai sepasang adik yang kembar. Dalam hatinya dia berjanji untuk menjaga Maya dan juga Wati selagi nyawa dikandung badan.

Perlahan-lahan Ryan meneliti semula tulisan yang terukir di pokok itu. Dia mula membacanya. Cahaya putih yang terhasil pada tulisan itu mengalir ke lengannya menuju ke genggaman tangan antara dia dan Maya. Kuasa yang ada pada tubuh Maya menyemarakkan lagi cahaya itu. Ketika dia membaca simbol yang terakhir cahaya itu terus sahaja menyilau pandangan mereka.

Segala-galanya putih hanya beberapa saat sahaja. Kemudian perlahan-lahan ia lesap.

Sekeliling mereka yang tadinya dikelilingi oleh pokok-pokok dan semak samun tiba-tiba sahaja berubah menjadi kawasan yang lapang. Tidak jauh di hadapan mereka terdapat laut yang terbentang luas hingga ke penghujung pandangan mata. Suasana yang senja itu kelihatan sekumpulan burung berterbangan di atas lautan tersebut. Matahari yang hampir bercantum dengan laut di hujung sana membiaskan cahaya berwarna jingga yang jelas mendamaikan jiwa. Bayu laut bertiup membawa bau lautan yang terus melekat pada hidung mereka. Ombak yang berbunyi seakan sudah lama menunggu dan meraihkan kedatangan mereka. Pasir pantai yang putih bersih itu suci seperti tiada siapa yang pernah menjejakkan kaki ke sana. Masing-masing terlopong melihat apa yang baru sahaja terjadi. Dengan sekilip mata sahaja mereka menjejak ke suatu tempat yang sangat indah.

Mereka berjalan mendekati pantai itu. Menikmati pemandangan yang nyaman adalah saat yang bernilai. Lagi-lagi senja-senja begini.

"Tempat ni.." Maya bersuara. Mereka menoleh kepada Maya.

"Tempat ni sama dengan yang ada dalam potret dalam bilik papa dulu." Ujar Maya. Dia yakin. Pemandangan laut yang indah di hadapannya adalah pemandangan yang sama dalam potret yang ada pada dinding bilik papanya. Dahulu dia selalu menatap potret itu lama-lama. Setiap calitan warna yang ada pada lukisan itu sudah melekat pada mindanya.

"Dekat sana sepatutnya ada istana." Maya menunjukkan di hujung sebelah kanan mereka. Ada bukit yang tinggi tidak jauh dari tanjung pantai pasir yang memanjang ke laut. Bukit itu menghijau segar.

"Istana tu akan muncul semasa siang sahaja. aku dapat rasakan yang Wati berada dalam istana itu." kata Syawal. Dia memicit-micit kepalanya. Setiap kali datang gambaran-gambaran tersebut kepalanya sakit dan rasa seperti terkena migren. Mungkin dia perlu untuk belajar mengawal fikirannya. Kerisauan dia terhadap Wati menjadikan fikirannya terus menerus menerima gambaran yang ada.

"Kalau macam tu kita kena selamatkan Wati." Kata Mia.

"Tak. Tak boleh.. istana tu akan muncul bila matahari dah naik semula." kata Syawal lagi.

"Jadi kita kena stay dekat sini dulu." Sambungnya lagi. Yang lain mengangguk. Setuju dengan cadangan Syawal. Almaklumlah ketua pengawas kan. Ciri-ciri kepimpinan itu sentiasa kekal di dalam jiwanya.

"Heii.. adik Mak Lampir. Kau nak pegi mana tu?!" Jerit Zakuan apabila ternampak Maya sedang berjalan menuju ke gigi air. Dia seperti dipukau oleh cahaya matahari yang terbenam di hujung lautan.

"Maya!!" Panggil Ryan. Dia cuba untuk mendapatkan adiknya namun dihalang oleh Syawal.

"Adik aku lemas nanti!!" Jerit Ryan. Dia risau dengan tindakan Maya yang tidak diduga itu.

"Dia tahu apa dia buat, Ryan." Tegas Syawal.

Maya berhenti melangkah ketika air laut membasahinya hingga ke paras lutut. Sambil menatap matahati tersebut dia mendepakan kedua tangannya perlahan. Air laut yang berada di hadapannya tiba-tiba sahaja bergerak mengikut arah tangan yang digerakkan. Kemudian angin mula bertiup kencang tetapi sedikit pun Maya tidak tergugat.

"Apa yang dia cuba buat?." Soal Zakuan.

Mia memandang sekeliling. Perlahan-lahan dia faham. Rasanya dia tahu apa yang berlaku. Dia menoleh ke arah Syawal.

"Orang yang mampu hidupkan kembali jiwa Zack adalah Maya. Bukannya Wati. ." Ujar Syawal. Macam tahu-tahu sahaja apa yang ada di fikiran Mia.

Mia mengangguk. Rupanya selama ini dia tersilap.

Air lautan berkocak menghasilkan ombak-ombak yang besar. Angin yang bertiup itu mengangkat permukaan laut yang terbentuk hasil dari gerakan tangan Maya. Maya hanya memejamkan matanya dan mengikut sahaja bila seluruh tubuhnya itu dikawal lembut oleh gerakan hatinya. Dia merasanya seperti ada orang yang memegang tangannya dari belakang untuk membantu dia menghayungkannya mengikut cara yang betul. Tenang sahaja hatinya saat itu.

Tubuh Maya terapung ke udara beberapa meter dari permukaan air laut. Maya membuka matanya perlahan. Dia melihat bayangan seorang perempuan dengan mahkota emas di atas kepalanya. Perempuan itu mengukirkan senyuman lembut kepadanya. Hati Maya terus terdetik sesuatu. 'Mama..' . Mungkin itulah ibu kandung mereka. Dari dunia yang bukan dunianya sebelum ini.

"Ibunda.." sebut Ryan. Ryan dan yang lain turut melihatnya.

Namun sekejap sahaja. Bayangan itu terus hilang.

Tiba-tiba sekumpulan burung gagak hitam berduyun-duyun berterbangan menyerang ke arah Maya. Maya lantas jatuh terbuang ke tepi gigi air. Dia pengsan.

"Maya!!" jerit Ryan. Dia lantas berlari mendapati Maya. Dari arah yang bertentangan sekumpulan lagi gagak yang muncul entah dari mana cuba untuk menyerang mereka. Nasib baik Mia sempat menghunuskan jurusan kuasanya kepada gagak-gagak itu. Gagak-gagak tersebut mula mereput dan menjadi debu-debu hitam yang berterbangan dibawa angin.

Ryan mengangkat tubuh adiknya itu ke tempat yang lebih selamat. Mereka berlindung di sebalik batuan yang besar. Mia mencipta 'pagar' untuk melindungi mereka di kawasan itu.

Dalam pada itu Syawal menundukkan sedikit kepalanya sambil memejamkan mata. Dia bersandar pada batu besar. Kepalanya berdenyut-denyut dan terasa pusing. Sesekali dia cuba menahan sakit yang menyengat secara mengejut di antara dua matanya.

"Syawal.. kau jangan takutkan aku pula." Ujar Zakuan. Risau dia melihat Syawal yang tertunduk-tunduk menahan sakit.

Syawal berdiri. Dia mahu mencari posisi yang selesa untuk dia merehatkan diri. Belum sempat dia melangkah. Sengatan itu datang lagi. Pandangannya menjadi gelap tiba-tiba. Kemudian tanpa diduga dia pitam lalu jatuh. Zakuan sempat menyambut tubuhnya.

"Syawal?." Zakuan membaringkan dia perlahan-lahan.

"Kenapa dengan dia?" Soal Ryan. Ryan yang sibuk merawat adiknya itu baru perasan apa yang terjadi.

"Pengsan. Mungkin dia penat." Jawab Zakuan.

Mia bergegas mendapatkan Syawal setelah selesai membina 'pagar' tersebut.. Dia meletakkan tangannya di atas kepala Syawal.

"Aku rasa dia dah banyak sangat terima gambaran untuk hari ini. Kepalanya sakit." Kata Mia.

"Kita akan rehat sini dulu untuk malam ni." Sambung Mia lagi. Yang lain mengangguk setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience