Bab 18

Fantasy Completed 15742

Bab 18

"Mia buka pintu ni!!" Jerit Ryan dari luar.

"Apa yang kau nak??" Mia malas hendak bersemuka dengan Ryan. Bukannya dia tidak tahu yang Ryan mempunya pelbagai muslihat licik.

"Buka lah dulu pintu ni!!" Jerit Ryan lagi.

Mia menghampiri pintu rumahnya. selepas sahaja dari peristiwa di sekolah tadi. Ryan mengikut jejaknya balik ke rumah. Apa lagi yang dimahukan oleh Ryan??.

"Baliklah. Jangan ganggu aku. Nanti apa pula kata orang."

"Aku tak nak balik selagi kau tak bagi masuk aku." Ugut Ryan.

"Kau tidur lah dekat luar sampai ke pagi pun aku tak kisah." Balas Mia acuh tak acuh. Sungguh dia malas melayan karenah Ryan. Lelaki seperti Ryan tak pernah ada yang baiknya. Ryan hidup cuma untuk menyusahkan dirinya sahaja. Dari dulu hingga lah ke hari ini. Tidak pernah ada yang baik berlaku jika dia bersama dengannya. Bahkan tadi. Ryan hampir membawa Wati ke dalam dunia Senjagah. syahwal dan Zakuan pula yang terikut sama. Mesti sekarang ini mereka tertanya-tanya akan semua benda yang berlaku.

Mia memejamkan matanya. Dia perlahan-lahan mengimbas kembali kejadian tadi.

'Mama..'

Dia yakin ada yang menyamar menjadi ibunya. Tetapi siapa?.

'Mama.. mesti dalam bahaya sekarang ni..'

"Ya. Mama kau mesti dalam bahaya sekarang ni. Bagilah aku masuk. Aku nak bincang pasal tadi. Cepatlah buka. Dah malam ni.." sampuk Ryan dari luar. Mia mencebik.

"Tak boleh. Aku tak akan pernah bagi masuk lelaki dalam rumah aku." Kata Mia jelas. Dia berkeras tidak mahu memasukkan Ryan walau apa juga yang terjadi.

"Kalau kau tak bagi aku masuk. Aku nak tinggal dekat mana?? Aku kan pembantu kau. Aku dihantar ke dunia ni pun untuk bantu kau selesaikan benda karut yang kau minta tu. Bagi lah aku masuk." Ryan merayu-rayu untuk masuk ke dalam. Dia bukannya takut tinggal seorang dekat luar. Dia cuma takut dengan cahaya bulan. Ya. Dia sebenarnya takut dengan itu sahaja. Dia tak sanggup untuk melihatnya. Ada sejarah silam yang membuatkannya trauma melihat cahaya itu.

Mia diam sejenak. Ya. Dia akui permintaannya untuk menghidupkan kembali jiwa Zack yang telah tiada menyebabkan dia nekad untuk mencari seorang yang mempunyai aura yang mampu menghidupkan balik jiwa tersebut. Cuma dia tidak sangka seseorang itu adalah Wati. dan sekarang ni Ryan dihantar pula untuk membantu misinya. Tapi kenapa Ryan.. kenapa bukan orang lain?.

Mia tunduk seketika sebelum memulaskan tombol pintu. Dia membuka pintu rumahnya dengan berat hati.

"Aku dah agak dah kau akan buka pintu ni juga. Hehe." Ryan cepat-cepat memasuki rumah Mia tanpa segan silu. Kemudian dia terus menghempaskan dirinya di atas sofa di ruang tamu.

"Aku bagi kau kebenaran untuk stay dekat sini. Tapi kau tak boleh naik ke atas." Ujar Mia tegas. Dia menutup kembali pintu tersebut.

"Kau dengar ke tak?"

"apa-apa je la." Balas Ryan. Dia terus memejam matanya. Entah mengapa dia sangat penat melalui hari ini. Fikirannya terbayang akan Wati. Dia kah orangnya??

Mia mencebik. Seribu sesalan dalam dirinya setelah membenarkan Ryan untuk masuk ke dalam rumahnya. Mungkin dia perlu buat kandang.. mm.. cadangan yang baik.

"Ingat. aku tak benarkan kau naik ke atas." Ulang Mia lagi. Ryan mesti diberi peringatan berulang-ulang kali baru terserap masuk ke dalam kepalanya.

Mia menoleh ke arah Ryan. Ryan sudah pun terlena tidak sedarkan diri di sofa. Dasar..

Mia terus menaiki tangga dan masuk ke dalam biliknya. Tinggallah Ryan sendirian di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience