Bab 19

Fantasy Completed 15742

Bab 19

Raja Zhang dan beberapa pembesar istana berada di ruangan rahsia di dalam istana. Di wajahnya jelas kelihatan risau. Dia sedang ligat berfikir untuk mendapatkan balik empayarnya. Kini seluruh kawasan sudah dijajah oleh lawannya, seorang pemaisuri Fuji yang kejam dari Zfujiol. Negara yang sebenarnya tidak pernah wujud. Tetapi dihidupkan dengan sihir mereka.

"Tuanku, panggil patik ?". Seorang yang memakai penutup kepala dan berjubah hitam datang menghadap Raja Zhang.

"Kita kekurangan tentera, Wahai Ahli Nujum Beta. Apa lagi yang dapat kita lakukan untuk melawan pemaisuri tu? Mereka mengunakan sihir yang kuat. Sedangkan sebilangan sahaja pahlawan kita yang ada kuasa tersendiri." Raja Zhang bangun dari duduknya. Dia berjalan menuju ke suatu lagi ruangan yang bersambung dengan ruangan yang tadi. Ahli Nujum itu mengikutinya dari belakang. Ruang tersebut penuh dengan senjata-senjata perang yang sempat diambil sebelum tentera milik Permaisuri Fuji memecah masuk ke dalam istana.

Mereka berhenti di hadapan sebuah pedang yang pernah dikagumi dahulu. melihat sahaja pedang itu sudah pun boleh mengagak bertapa hebat pemiliknya. pemilik pedang itu adalah seseorang yang handal dalam peperangan.

"Dahulu kita mempunyai ketua pahlawan empayar yang sangat agung.."

Raja Zhang menyentuh pedang itu perlahan. Hatinya sayu apabila teringat kembali saat dia dimaklumkan oleh pahlawan lain bahawa Zack telah terkorban dalam menyelamatkan rakyat yang ditawan oleh musuh. Dia juga masih terdengar-dengar tangisan dan kesedihan rakyat apabila dia mengumumkan berita buruk tersebut. ketika itu empayarnya terasa seperti telah kehilangan tembok pertahanan dan kekuatan dari serangan musuh luar. terkorbannya Zack tiada gantinya.

"Kalau sahaja kita masih ada Zack lagi.." Sambung Raja Zhang.

Ahli Nujum tunduk seketika. ingatannya terus menerpa ke arah permintaan Mia. Dia mahu menghidupkan kembali jiwa Zack. Walau terpaksa menghadapi pelbagai masalah. Dia tidak kisah. Asalkan Zack dapat dikembalikan.

"dia akan dihidupkan semula.. cuma sekarang bukan masanya."

Raja Zhang menoleh ke arah Ahli Nujum.

"Ada apa-apa yang beta tidak tahu?" Soalnya.

Ahli Nujum itu mengangguk perlahan. nampaknya dia terpaksa membongkarkan segalanya.

"Pahlawan yang bernama Mia pergi ke dunia di sebalik dunia ini untuk mencari seseorang yang mampu menghidupkan kembali jiwa pahlawan Zack." Ahli Nujum tunduk. Takut melihat reaksi Raja Zhang taktala ini.

"Mia ketua pemanah negara kah?"

Ahli Nujum mengangguk.

Raja Zhang melepaskan keluhannya. Dia terimbas kembali wajah Mia. Seorang yang rapat dengan Zack dahulu kala. Mereka sentiasa bersama dalam menyelesaikan misi negara.

"Dia pergi seorang sahaja?" Soalnya lagi.

"Tak. Ryan juga ada bersama."

"Ryan Zhang , anakanda beta." Ryan satu-satunya putera Raja Zhang yang juga tersenarai dalam pahlawan-pahlawan yang handal.

Raja Zhang mengangguk perlahan. Patutlah sejak kebelakangan ini jarang sekali bertemu dengan Ryan. Ryan seorang yang keras kepala dan nekad dalam melaksanakan sesuatu perkara. Dia juga adalah pahlawan yang dikagumi. Perangai Ryan sukar diduga dan susah untuk diramal. Dia hidup di bawah peraturannya sendiri.

Raja Zhang berdehem.

"Kabarkan saya berita mengenai mereka. Dan pastikan mereka selamat kembali." Arahnya kepada Ahli Nujum.

"Baiklah."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience