Bab 30

Fantasy Completed 15742

Bab 30

SUASANA pantai yang sejuk dan juga bunyi angin yang bertiupan sangat mendamaikan jiwa. Matahari pula baru mula menampakkan cahayanya sedikit di hujung lautan. Tetapi sekeliling pantai ketika itu masih lagi gelap. Hanya laut sahaja yang terbias dengan cahaya Matahari dan kelihatan berkilat-kilat dari jauh. Sudah hampir pagi. Ryan membuka matanya perlahan-lahan. Dia memandang sekeliling. Syawal, Zakuan dan Maya masih dengan lena mereka. Manakala Mia sedang duduk menghadap lautan di atas batu yang agak tinggi.

"Kau berjaga sepanjang malam ke?" Soal Ryan apabila Mia menoleh ke arahnya.

Mia mengangguk. "Aku risau." ucapnya.

"Risau tentang Zack?" Tanya Ryan.

Mia tersengih. "Mana ada." Dia menafikan. Sejujurnya memang Zack lah dalam fikirannya sekarang.

"Tak payah berdalih. Aku tahu.." kata Ryan. Dia mengambil posisi di sebelah Mia. Mereka sama-sama melihat ke arah lautan yang terbentang luas.

"Kau masih salahkan aku di atas kematian Zack dulu?" Soal Ryan. Dia menyapu rambutnya ke belakang.

"Ya." Balas Mia pendek.

Ryan tersengih mendengar jawapan Mia.

"Wow.. aku tak tahu pula dendam kau dekat aku sangat tinggi macam ni. Kisah lalu biarkanlah berlalu. Tak ada maknanya kau ingat semula.. kan aku dah cakap dulu. Ini semua sudah takdir.." Ryan memeluk tubuhnya. Sejuk juga angin pantai ni.

Mia mendengus. Malas dia hendak mendengar ceramah dari Ryan. Kata-kata Ryan itu membuatkan dia lebih terkenangkan segala-galanya yang berlaku di antara mereka.

"Atau kau mahu aku ingatkan kau sekali lagi... Zack terkorban dengan rela.. lagi pun dia korbankan dirinya semata-mata hendak selamatkan kau.. So, bagi aku.. aku tak nampak di mana part yang menyebabkan kau benci sangat dekat aku." Ujar Ryan lagi.

Mia memandang tajam kepada Ryan.

"Kau yang menyebabkan dia masuk ke dalam kawasan sasaran tu Ryan. Kau ingat aku tak tahu." Balas Mia pula. Dia menahan marah.

"Itu pun sebab kau yang menghilangkan diri. Zack tanya aku dekat mana kau menghilang.. Aku cakap je la yang kau ada dekat sana. Bukannya salah aku. Yang kau masuk sorang-sorang dekat sana kenapa?. Nak mati awal?. Atau nak buktikan yang kununnya kau boleh bunuh Permaisuri tu seorang diri?" Sinis sahaja ayat yang dikeluarkan oleh Ryan. Ryan memang tidak ada belas kesian dengan Mia.

Mia berdiri. Dia malas hendak mendengar semua itu. Lagi-lagi dari mulut Ryan. Bukan dia tidak tahu siapa Ryan sebenarnya. Segala kejahatan Ryan dia tahu.

Mia menyapu-nyapu pakaiannya. Dia mahu menuju ke gigi air. Dia perlu menenangkan fikirannya.

"Walaupun aku adalah lawan kepada Zack. Kau tak sepatutnya berdendam dengan aku disebabkan kematian dia dulu." Ujar Ryan mematikan langkah Mia.

"Aku tahu kau siapa, Ryan." Kata Mia.

Ryan terdiam.

"Apa yang kau tahu?" Soalnya sedikit cuak.

"Perlukah aku ungkit?" Soal Mia pula. Dia tersenyum sinis.

Ryan memandang Mia yang masih membelakanginya. Apa maksud kau, Mia?.

"Kau larikan diri dari istana sebab cemburu dengan Zack yang lebih disanjungi oleh Ayahanda kau sendiri berbanding dengan kau. Walaupun kau dengan Zack adalah sepasukan dalam menjadi wira negara, kau tak pernah berkerjasama dengan dia.. Malah, kau cuba untuk membunuh dia dari belakang dalam setiap pertemburan.."

Ryan menelan liur.

"Mesti kau tertanya-tanya macam mana aku tahu, bukan?.." Mia menoleh belakang. Wajah Ryan direnung tajam.

"Kerana aku.. sentiasa ada di belakang Zack setiap kali pertemburan. Dan kerna itu jugalah aku nekad untuk mengikutinya dalam pertempuran yang terakhir walau harus berdepan dengan sihir dari tentera Permaisuri Fuji. Semata-mata hanya untuk awasi tindakan jahat kau." Giliran Mia pula menghentam Ryan dengan kisah lalu yang sudah pasti menyakitkan hati kedua-dua belah pihak. Tetapi dia tidak kisah. Kau silap besar bermain tali dengan aku, Ryan.

Ryan tunduk seketika. Dia akui. Memang itulah dirinya yang dahulu. Dia sangat membenci Zack. Namun masa semakin berlalu, sekarang dia sedar akan kesilapannya itu.

"Mia.. Aku tak macam.."

"Dan sekarang ni.. kau nak bunuh aku pula.." Sindir Mia.

Baru sahaja Ryan hendak membela dirinya. Mia pantas memotong.

"Apa maksud kau?" Soal Ryan. Dia tidak faham dengan kata-kata Mia yang satu itu.

"Pisau dekat belakang kau tu sebagai bukti, Ryan. Kau tak perlu bermain helah lagi. Atau.. Perlukah aku tanya kau kenapa kau membawa pisau itu setiap kali berdepan dengan aku?."

Ryan terdiam mendengar kata-kata Mia. Tidak sangka rupanya selama ini Mia memikirkan bahawa dia mahu membunuhnya. Padahal pisau itu hanya sebagai langkah keselamatan sahaja. Jauh sekali hendak membunuh Mia. Sampai macam tu sekali Mia menganggapnya. Kejam sangatkah aku di mata kau, Mia?.

Ryan mengeluarkan pisau yang ada dari poketnya lalu dia mencampaknya di hadapan Mia.

"Kalau ya pun kau berdendam dengan aku, jangan terlalu bersalah sangka. Aku tak kejam sangat nak bunuh kau. Lagi pun aku tak ada sebab untuk bunuh kau. Aku tak macam yang dulu, Mia." Ujarnya. Dia cuba meyakinkan Mia yang dia adalah Ryan yang baru. Bukannya Ryan yang seteruk sangkaan Mia itu.

Malangnya, Mia malah berpaling darinya. Mia seperti tidak kisah dengan apa yang dikatakan oleh Ryan. Baginya dia tidak akan sesekali terperangkap dengan mulut buaya. Ryan bingkas berdiri lalu menahan Mia dari melangkah.

"Kenapa kau tak percaya dengan aku?" Soalnya.

Mia menepis tangan Ryan. Dia mendengus.

"Macam mana kau boleh expect aku untuk percaya dekat kau.. setelah apa yang kau buat sebelum ni?"

Mia meninggalkan Ryan dengan soalan yang membuatkan Ryan terkaku sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience