Bab 29

Fantasy Completed 15742

Bab 29

Di dalam sebuah ruangan yang tertutup, terdapat sebuah keranda kaca yang bersalut dengan emas pada tapaknya. Angin kencang yang bertiup dari lautan yang bergolora menolak satu-satunya tingkap yang berada di sana dengan kuat lalu ia terhempas ke dalam.

Keranda kaca tersebut berkilau tatkala cahaya matahari senja masuk menyinarinya melalui jendela.

Zack.

Tubuh Zack yang sudah sekian lama mendiami keranda itu berbaring tenang dan kaku tanpa gangguan. Perlahan-lahan kaca yang melindunginya itu cair setelah beberapa minit terdedah pada cahaya yang menyilau. Aura yang dibawa melalui angin yang bertiup tadi memasuki terus ke tubuh Zack. Darah-darah yang sudah beku di dalam tubuhnya itu hidup semula lalu mengalir di setiap saluran darah untuk menyeimbangi suhu dalamannya. Tidak lama kemudian denyutan jantung kedengaran. Aura itu mencengkam terus ke jantungnya sejerus memberikan dia kekuatan untuk mengendali semua proses yang berlaku di dalam tubuhnya.

Jari telunjuknya mula bergerak. Ketika angin bertiup menyapu tubuhnya itu sekali lagi dia lantas menarik nafas yang panjang. Oksigen yang masuk melalui rongga hidungnya menerpa ke paru-paru hinggalah ke segenap tubuhnya. Seraya itu dia terbangun.

Siling yang usang di atas ditatap lama. Otaknya mula memproses segala memori yang masih kekal tersimpan. Dia mengangkat kedua tangannya ke atas lalu menggerak-gerakkan jari-jarinya. Zack dapat merasakan haba yang mula memanaskan tubuhnya kembali. Apabila dia yakin tubuhnya itu sudah kuat seperti sebelum ini, dia perlahan-lahan bangun dan keluar dari keranda tersebut.

Matanya terpandang sesuatu di atas meja yang terletak di tepi jendela. Ianya adalah panah yang terukir cantik dengan corak yang tersendiri. Beberapa anak panah yang ada dalam tabungnya juga diletak dengan kemas.

Zack menyentuh ukiran corak pada panah tersebut. Hatinya terdetik sesuatu.

"Mia.." Nama Mia disebut tanpa dia sedari. Ingatannya mengimbas kembali wajah Mia yang tersenyum kepadanya.

Dia mengangkat panah tersebut. Ada sekeping nota yang terikat pada tali panah itu. Dia lantas membukanya. Tulisan tangan yang tertulis cantik menggunakan dakwat berwarna hitam menunjukkan ia adalah tulisan dari Mia.

Zack menatap lama nota itu sebelum mula membacanya.

'Zack, aku berhenti dari menjadi ketua pasukan pemanah dunia Senjaga selepas kau dah tak ada. Aku memohon kepada Ahli Nujum untuk mencari penawar demi menghidupkan kembali jiwa kau. Dan aku dah jumpa jalannya. maafkan aku sebab buat kau terkorban dalam pertempuran tu. Semuanya salah aku.. Andai kau dah baca nota ni.. aku anggap kau dah kembali dengan kehidupan yang baru. Empayar ni dah semakin lemah.. aku harap dengan adanya kau kembali, dunia ni akan kembali seperti yang dulu. Aku tak akan susahkan kau lagi. Kau boleh anggap aku ni dah tak ada..'

Zack menggenggam nota itu. kata-kata Mia yang terakhir membuatkan dia tidak senang hati. Mana mungkin dia boleh menganggap Mia sudah tiada. Sedangkan Mia adalah perempuan yang dia kasihi selamanya. Dia tidak pernah menyalahkan Mia di atas apa yang berlaku kepada dirinya.

'Mana mungkin aku biarkan kau, Mia..'. Ujar Zack dalam hati.

Sekumpulan gagak hitam terbang melimpasi pandangannya di luar jendela. Zack terkejut. Gagak-gagak hitam itu hilang sebaik sahaja terbang melalui pokok-pokok tinggi yang tumbuh di sebelah bangunan di mana dia ditempatkan. Zack diam. Gagak-gagak itu mengigatkan dia tentang seseorang yang dibencinya. Permaisuri Fuji. Zack mendengus.

Dia mengintai ke luar jendela. Di hadapannya laut yang terbentang luas. Di bawahnya pula curam batu-batuan yang tinggi. Kelihatan ombak memukul-mukul tebing batu-batu itu setiap kali ia beralun.

Di mana aku sebenarnya?.

Zack berpaling. Dia memandang sekeliling ruangan bilik suram itu. Dia mencari-cari pedangnya. Namun tidak dijumpai. Nampaknya dia perlu mencari pedang miliknya itu dahulu sebelum dia merungkai apa yang sedang berlaku di luar. Dia dapat mengagak bahawa dunia yang didiami tersebut sudah tidak selamat lagi. Tanpa pedangnya dia tidak yakin untuk menempuhi musuh seperti Permaisuri Fuji kerana dia harus berdepan dengan sihir yang kuat untuk melawan mereka. Zack terpandang pintu yang terbuka luas di sudut sebelah kirinya. Ia bersambung dengan sebuah lorong yang suram.

"Aku harus segera." Katanya dalam hati.

Dia mencapai panah dan tabung anak panah yang berada di atas meja tadi lalu melangkah keluar dari ruangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience