Bab 25

Fantasy Completed 15742

Bab 25

Maya membuka matanya. Dia merenung jam di dinding tepat menunjukkan jam 2:32 pagi. Sejak kebelakangan ini dia selalu sahaja terbangun seawal waktu begitu. Dia merenung pula Wati yang sedang tidur di kerusi di sebelah katilnya. Manakala Zakuan masih tidak sedarkan diri di lantai.

Maya tersenyum memandang Zakuan. Mesti kakaknya yang telah menyelimuti tubuh Zakuan. Sanggup betul Wati meminjamkan selimut kesayangannya kepada Zakuan. Padahal selimut itulah antara barang yang berharga buat Wati. Selimut biru yang kembar dengan selimutnya. Dalam diam Maya mengakui bahawa Wati seorang yang baik hati dan sentiasa prihatin dengan orang lain.

Maya bangun dari tempat perbaringannya. Dia menarik selimut di katil lalu menyelimuti tubuh Wati. Dalam hidup ini Wati adalah satu-satunya kakak yang disayangi. Sungguh dia sangat menyayangi Wati seperti nyawanya sendiri. Mereka memang adik beradik yang kembar. Namum secara fizikal sahaja. Selain daripada itu Maya merasa dirinya penuh dengan kekurangan berbanding dengan Wati sendiri.

Wati mempunyai banyak kelebihan yang dia berharap dia juga memilikinya. Wati seorang yang berani, dia juga seorang yang tabah dan matang. Matang jika dibandingkan dengannya. Dia tidak tahu bagaimana hendak hidup tanpa bergantung dengan orang lain. Dia tahu di antara dia dan Wati. Dia adalah orang yang lebih rapat dengan kedua ibubapa mereka. Bahkan dia lebih disayangi.

Maya mengeluh. Dia sedar kasih sayang yang tumpah di antara dia dan Wati sangat berbeza. Tetapi dia kagum dengan Wati. Kakaknya itu tidak pernah menyatakan dirinya cemburu. Bahkan dia lah yang selalu cemburu dengan Wati kerana boleh hidup di luar rumah dan boleh pergi ke mana-mana sahaja. Malangnya dia hanya berkurung di rumah. Apa sahaja lah yang dia mampu lihat.

Maya menghayunkan kakinya perlahan ke tepi tingkap. Dia menyelak langsir yang menutupi tingkap itu. Pandangan di luar diperhatikan. Tiada sesiapa d sana. Segalanya sunyi sahaja. Tiba-tiba cahaya putih terbang pantas di hadapannya. Dia terkejut. Cahaya apakah itu?. Dia cuba mengintai ke arah di mana cahaya itu terbang. namun cahaya itu tidak kelihatan langsung. Di mana ia menghilang?. Maya yakin apa yang dia lihat itu bukannya bayangan cuma.

Tok-tok-tok.

Pintu diketuk. Maya tersentak. Dia berpaling melihat pintu itu. Siapa yang mengetuknya di waktu begini?.

'Mungkin aku silap dengar kot.' Duga hati Maya.

Maya menoleh ke arah Wati. Wati masih seperti tadi lena tanpa bergerak sedikit pun. Kemudian dia menoleh ke arah Zakuan pula. Zakuan juga begitu. Masih tidur. Mungkin mereka sangat penat.

Tok-tok-tok

Pintu diketuk lagi. Maya terkejut. Dia perlahan-lahan mendekati pintu tersebut. Ada bisikan-bisikan halus dari luar seperti sedang berbincang tetapi tidak berapa jelas kerana meja yang masih berada di hadapan pintu itu memberi jarak yang agak jauh dan membataskan pendengarannya. Dia juga seperti terdengar nama Wati disebut-sebut. Siapa sebenarnya yang berada di sebalik pintu itu?.

Pintu dikoncang dari luar. Maya terkedu. Fikirannya sudah menduga macam-macam andaian yang buruk.

Pintu dikoncang lagi. Kali ini dengan kuat pula.

Mungkin sekejap lagi pintu itu akan tercabut dari pemegangnya. Maya takut. Dia berundur beberapa langkah.

Baru sahaja dia ingin berpaling dan membangunkan Wati pintu itu dihentak dengan kuat.

Pak!

Pintu terkuak ke dalam. Meja yang menjadi penghadang jatuh terbalik.
Ryan, Syawal dan Mia berdiri di muka pintu sambil memandang ke arah Maya.

Maya ketakutan. Siapa mereka ni?.

Ryan merenung tajam wajah Maya. Hatinya tiba-tiba menjadi panas. Dia terbayang wajah pemaisuri Fuji yang telah membunuh ayahnya. Amarahnya membuak. Dia menggenggam tangannya kuat lalu dihalakan ke arah Maya.

Tubuh Maya tiba-tiba terapung satu kaki dari lantai. Nafasnya tersekat-sekat seperti dicekik. Dia berusaha memanggil nama kakaknya tapi malang sekali, tubuh Wati yang tadi lena tertidur di tepi katil sudah tiada. Di mana Wati menghilang??.

"Wati!!. Cakap dengan aku.. kau yang bunuh ayahanda aku kan?!" Jerkah Ryan.

Zakuan yang terbaring di sudut ruangan itu terkejut dari lenanya. "Apa yang terjadi ni??" Soalnya. Dia tidak dapat bangun kerana kakinya masih sakit.

Syawal dan Mia berpandangan. Oh tidak !

"Ryan. Apa yang kau buat?!!" Marah Mia yang berada di sebelah Ryan. "Turunkan Wati!!" Arahnya. Dia tidak sangka Ryan hilang kawalan sebaik sahaja pintu tersebut berjaya dibuka.
"Aku tak akan maafkan kau!!" Jerit Ryan. Dia benar-benar dikuasai dengan dendam yang menggunung. Baru sahaja dia hendak membuang Maya ke dinding. Mia menolaknya dengan kuat sehingga dia terjatuh di atas tubuh Zakuan. Zakuan meraung kesakitan. Manakala maya jatuh ke lantai. Dia terbatuk-batuk sambil menggenggam dadanya. Sakit.

Mia bingkas mendapatkan Maya. Syawal pula segera menerpa ke arah Ryan.

"Sakit lah bangang!!" Jerit Zakuan. Dia menolak Ryan ke tepi.

Ryan tergolek ke arah Mia dan Maya. Mia menendang perutnya. Dia pula yang meraung kesakitan.

"Itu padahnya bila kau serang Wati tiba-tiba." Ujar Mia. Dia geram dengan Ryan. Padahal di rumah tadi Ryan sudah dijelaskan bahawa Wati bukannya pembunuh Raja Zhang. Entahlah.. Mungkin dendam Ryan sudah tidak terkawal. Ryan bukannya boleh berfikir waras jika sudah di tahap yang begitu. Nasib baik dia sempat menghalangnya.

Ryan menyandarkan diri di dinding sambil memegang perutnya. Dia mendengus. 'Ya. Salah aku. Tapi aku bukannya sengaja.' Bertaknya dalam hati.

Mia menjelingnya kemudian berpaling kepada Maya.

"Kau okey tak Wati?" Soanya. Dia risau melihat Maya masih terbatuk-batuk menelan oksigen.

Maya mengangguk sekali. Walhal dirinya masih menahan sakit. Mahu saja dia memberitahu mereka yang dia bukannya Wati. Kakaknya telah hilang.. tetapi batuknya itu menghalang dia untuk bersuara.

Mia meletakkan tangannya ke dada Maya. Dia memejamkan mata. Dengan menggunakan kuasanya, dia merawat Maya dengan membelah terus ke dalaman secara ghaib. Beberapa saat sahaja. Maya sudah berhenti dari batuknya. Dia merasa sakitnya itu sudah beransur hilang. Perlahan-lahan dia menarik nafas panjang lalu menghembusnya. Selesai sahaja sesi rawatan. Maya duduk.

"Terima kasih." Ucapnya ikhlas. Mia tersenyum.

"Sebanarnya saya.."

"Mia.. rawat Zakuan sekali." Maya belum sempat menghabiskan kata-katanya. Syawal sudah memotong. Dia menyuruh Mia untuk merawat Zakuan juga.

Mia mendengus.

"Tak akan aku pula.. suruhlah si Ryan." Bantah Mia.

"Ye laa.. aku juga. Dari tadi aku sahaja yang kena suruh. Buka pintu pun aku juga.. semua benda aku. " Protes Ryan. Dia terus menerpa ke arah Zakuan. Seharian ini dia merasakan dirinya sebagai orang dari golongan bawahan. Padahal mereka tahu bahawa dia adalah waris keturunan Raja Zhang.

Maya tunduk. Dalam suasana itu dia bingung hendak berbuat apa. Dalam fikirannya masih memikirkan tentang Wati. Di mana Wati menghilang?.

"Akak.." panggilnya perlahan. Dia rasa seperti telah ditinggalkan.

Dia harus mencari Wati. Ya. Dia harus mencari Wati.

Maya berdiri.

"Eh. Kau nak pegi mana?" Soal Mia.

Maya tidak menghiraukannya. Tetapi baru dua depa kakinya melangkah. Dia jatuh pengsan.

"Watii.."

Sayup-sayup sahaja suara Mia cemas mendapatkan Maya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience