Bab 32

Fantasy Completed 15742

Bab 32

Mia menarik nafas lega apabila ternampak Zack tidak jauh darinya. Zack sedang merenung keluar jendela. Di sebelahnya terdapat sebuah keranda kepunyaan Zack.

Mia lantas teringat ketika pertama kali tubuh Zack dibaringkan di dalam keranda itu. Dia menangis keseorangan sambil menatap lama wajah Zack yang pucat tidak berdarah. Hatinya hancur ketika dia mengetahui Zack terkorban di tangan Permaisuri Fuji semata-mata untuk menyelamatkannya. Maafkan aku Zack.. aku dah banyak kali menyusahkan kau..

Perlahan-lahan Mia mendekati Zack dari belakang.

"Zack.." panggilnya.

Zack berpaling.

"Mia.."

Mia menghulurkan pedang yang berada di tangannya itu kepada pemilik asal. Zack menyambutnya. Pedang itu bertukar tangan.

Senyap.

Masing-masing menunggu siapa di antara mereka yang akan memulakan bicara.

Zack tunduk seketika. Cemburunya masih tersisa apabila teringatkan Ryan. Sebelum ni aku yang rapat dengan Mia. Tapi sekarang Ryan lebih memahami Mia. Apa yang buat Zack.. Bukankah kau menyayangi Mia sepenuh hati kau?.

Zack melepaskan keluhannya. Dia buntu. Lagi-lagi teringat ketika Mia menengkingnya tadi. Hatinya pedih.

Mendengar keluhan itu mengingatkan Mia setiap kali dia berbuat salah atau membuat Zack merasa kecewa. Zack tidak perlu berkata apa-apa lagi kerana Mia sendiri tahu dia ada membuat kesilapan kepadanya.

'Aku memang selalu kecewakan kau, Zack.' Bisik hati Mia.

Zack mendekati Mia. Dia menepuk bahu Mia perlahan.

"Dah sekian lama kita tak jumpa, Mia.." ujarnya kepada Mia. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka. Hakikatnya, dia merindui gadis itu.

Mia sebak. Air matanya bertakung di kolam mata.

"Aku nak ucap terima kasih, sebab kau.."

Belum sempat Zack menghabiskan ayatnya. Mia sudah tersedu-sedu menahan tangisannya. Dari tadi hanya lantai sahaja yang ditatapnya. Dia tidak sanggup mengangkat pandangannya kepada Zack.

"Mia.." panggil Zack lembut. Mia masih masih memandang lantai. Sedaya upaya dia menahan air matanya dari jatuh.

"Maafkan aku kalau aku ada buat salah.." ujar Zack perlahan. Dia takut sekali andai ada di antara perkataan yang dikeluarkan mengguris hati Mia. Dia turut merasa sedih dan sayu melihat perempuan kesayangannya itu menangis.

"Salah aku, Zack.." Mia bersuara. Air matanya jatuh ke pipi.

"Aku dah banyak kali susahkan hidup kau. Aku yang buat kau terbaring dalam keranda tu. Aku sepatutnya ikut cakap kau dulu. Maafkan aku.. aku cuma tak nak susahkan hidup kau lagi.. aku tak nak buat kau benci aku.." Mia cuba untuk menahan air matanya daripada jatuh lagi. Dia sebenarnya tidak mahu menangis di hadapan Zack. Tapi malangnya, tangisan itulah yang menunjukkan perasaannya sekarang.

"Selepas kau dah tak ada.. aku kehilangan separuh dari diri aku sendiri. Aku sepatutnya yang mati.."

Mendengar sahaja perkataan 'mati' dari Mia Zack lantas menarik Mia ke dalam pelukannya. Dia jadi takut untuk mendengar sambungan dari kata-kata Mia.

"Aku tak pernah bencikan kau.. andai kata aku masih terbaring dalam keranda tu sampai bila-bila pun aku tak pernah bencikan kau. Jangan sebut pasal mati lagi.. Aku tak nak kau pergi jauh.. " ucap Zack.

Mia menangis dalam dangkapan Zack. Dia terharu. Namun dari dasar hatinya yang paling dalam dia masih merasa bersalah kepada Zack di atas apa yang telah berlaku.

Zack meleraikan pelukannya. Dia memandang tepat ke mata Mia. Sejujurnya dia rindu akan Mia.

"Dah. Jangan nangis lagi.." pujuk Zack. Sedikit sebanyak hatinya sedikit terubat dari cemburu ketika dia melihat Mia bersama dengan Ryan tadi.

Mia menghapuskan air matanya.

"Kita kena keluar dari istana ni.." Kata Mia.

Zack mengangguk. Dia menghulurkan panah kepada Mia. Mia menyambutnya.

"Lain kali, bila orang dah bagi panah ni.. jangan main letak saja. Simpan baik-baik." Nasihat Zack. Ada sindiran lembut pada ayatnya itu. Mia tersenyum.

"Aku cuma tak sanggup nak teruskan hidup sebagai pewira negara lagi selepas kau dah tak dah." Ujarnya perlahan.

Zack mengangguk faham. Dia faham perasaan Mia.

"Nampaknya.. kita bertemu kembali.."

Mia dan Zack menoleh serentak. Permaisuri Fuji tersenyum sinis memandang ke arah mereka berdua. Dia muncul bersama dengan tongkatnya.

"Aku ingatkan kau dah bersemadi selamanya di dalam keranda tu.. mmm.. patutlah.. aku lupa dan bunuh kau habis-habisan dahulu." Permaisuri Fuji ketawa sendiri. Dia teringat ketika bertempur dengan Zack dahulu kala. Dia sepatutnya menghancurkan sahaja jantung musuhnya itu.

"Pertempuran di antara kita belum selesai.." ujar Zack. Dia melawan pandangan mata Permaisuri itu. Kalau dulu, pandangan mata itulah yang mengunci segala gerakan tubuhnya. Namun tidak sekarang. Sedikit pun dia tidak tergugat. Dari pandangan mata Permaisuri itu jugalah sihirnya yang berbisa menyalur terus ke tubuh mangsa dan membunuh dengan sekelip mata.

'Jangan harap aku akan kalah lagi dengan sihir kau.' Bisik Zack dalam hati.

Aura yang menghidupkannya kembali memberikan dia kekuatan untuk menghadapi musuhnya itu dengan berani. Kali ini dia yakin dengan dirinya.

Permaisuri Fuji tersenyum sinis.

'Kau dah pandai mematahkan sihir aku sekarang ni.' Bisiknya.
Dia menoleh kepada Mia yang berada di sebelah Zack.

"Mia Safwanah. Salah satu pahlawan kepercayaan Raja Zhang juga." Kata Permaisuri itu. Cara dia berkata seperti ada maksud disebalik ucapannya.

Zack melangkah setapak ke depan Mia.

"Jangan tengok mata dia lama-lama." Bisik Zack. Mia menangguk sekali.

"Kau stay dekat belakang aku saja." Sambung Zack lagi.

"Tapi.."

"Dengar cakap aku, Mia.." potong Zack.

Mia terdiam. Kata-kata yang sama yang diucapkan oleh Zack semasa pertempuran kali terakhir melawan Permaisuri Fuji.

"Mungkin aku perlu bunuh perempuan tu dulu." Kata Permaisuri Fuji. Dia sengaja menakut-nakutkan Zack. Meski pun dia tahu Zack tidak langsung takut dengannya. Reaksi wajah Zack tenang sahaja. Hatinya mula sakit melihat wajah itu.

"Kau sepatutnya risaukan nyawa kau dulu. Sebelum berfikir untuk membunuh." Kata Zack. Dia juga sengaja menakut-nakutkan musuhnya itu.

Mati terus senyuman Permaisuri Fuji. Tongkatnya digenggam erat. Hatinya benar-benar sakit mendengar kata-kata Zack.

"Sekejap lagi kau akan mati dan masuk ke dalam keranda tu semula. Aku akan pastikan empayar dan seluruh kuasa yang ada diserap sepenuhnya oleh aku!!" Marah Permaisuri itu. Matanya besar merenung tajam ke arah Zack.

Zack masih tenang.

"Jangan yakin sangat." Ujarnya. Zack menggenggam kemas pedang yang berada di tangan kanannya. Bila-bila masa sahaja dia bakal diserang. Dia perlu bersedia.

Permaisuri itu mendengus kasar.

"Bodoh!!" Jerkahnya sebelum mula menyerang Zack.. Pertempuran di antara mereka bermula kembali setelah sekian lama tergendala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience