Bab 22

Fantasy Completed 15742

Bab 22

Zakuan membuka matanya perlahan. Kepalanya masih terasa berat dan berpinar-pinar. kain putih membaluti dahi. Dia menarik panjang nafasnya. Bau ni.. hospital. Dia berada di hospital. Zakuan memandang sekeliling. Kosong.
Baru sahaja dia hendak bangun dari tempat perbaringan kakinya terasa berat sekali.

"Jangan bergerak dulu. Kaki awak masih luka tu." kata doktor Hanif yang baru sahaja muncul di muka pintu. Zakuan diam. Dia terus teringat akan kejadian gempa yang berlaku itu. Adam. Di mana Adam?.

Dia mengintai di setiap sudut ruangan itu. mencari sesuatu yang sudah tentu tidak bersama dengannya di sini.

"Awak cari siapa?." Tanya Doktor Hanif. Dia menghulurkan segelas air kepada Zakuan. Mesti Zakuan sedang haus. Sudah seharian dia koma tidak sedarkan diri.

Zakuan menyambutnya perlahan. Ketika tangan mencapai gelas dia terkejut apabila melihat banyak luka yang ada pada tangannya. Jahitan-jahitan dengan benang hitam pada kulitnya juga jelas. Tergetar-getar dia mengangkat tangannya. dia juga baru perasan yang bahu kanannya itu juga ada bekas jahitan. mungkin dagingnya koyak ketika dihempap dinding. Dia masih ingat mereka terkepit di sebalik runtuhan dinding dan siling. Adam?. Mesti keadaan Adam lebih teruk darinya. Adam kau di mana?.

Zakuan meneguk gelas yang berada di tangannya. Air yang diminum itu membasahi kerongkongnya yang kering. Habis satu gelas dia teguk. Terasa hausnya hilang setelah dihulurkan air tersebut.

Dia merenung sekejap.

"Kawan saya, Adam ada dekat mana sekarang?" Soalnya kepada Doktor Hanif. Doktor Hanif diam. dia tercari-cari ayat yang sesuai untuk diperkatakan kepada Zakuan.

Zakuan merenung Doktor Hanif. Dia cuba untuk memahami apa maksud di sebalik diam tersebut.

"mana kawan saya doktor?" Tanya Zakuan lagi. Rasa hatinya sudah tidak menentu.

"Zakuan.." Yumie muncul di muka pintu. Wajahnya jelas memaparkan kesedihan.

Apa yang berlaku??.. Zakuan cuba membuat andaian. 'jangan-jangan..ahh.. Adam masih hidup!!. tak mungkin semudah itu!!. Tetapi kalau benarlah andaiannya itu. Dia sendiri tidak dapat memaafkan dirinya sendiri. disebabkan dialah Adam terkorban!. Kalau dia tidak berdegil ketika itu. Tiada siapa yang akan tercedera. Hatta dia sendiri.. bodoh Zakuan. Stop!! Jangan fikir yang bukan-bukan. Adam tak mati!!'

Yumie menerpa ke arah Zakuan perlahan. Dia memegang tangan Zakuan seakan memberi kekuatan.

Zakuan diam.

"Akak, Adam dekat mana?. Dia okey kan?." Tanya Zakuan kepada kakaknya. Yumie menelan liur. Dia juga perlu kekuatan untuk menjawab soalan Zakuan itu. Air mata bertakung di kelopak matanya. Apa yang perlu dia katakan ??.

"Adam dekat mana sekarang?" Zakuan menyoal lagi. Pandangnya sekejap kepada Yumie kemudian kepada Doktor Hanif pula.

Senyap. Tak ada respon yang diterima. Zakuan mendengus.

"Okey. Biar Wan sendiri yang pergi cari dia." nekadnya. Memandangkan kakaknya enggan menjawab soalan itu. Dia memaksa dirinya untuk bangun. Dia tidak kisah.

"kaki kamu masih tak pulih lagi.." Doktor Hanif cuba menahan Zakuan. Yumie juga begitu.

"Wan..Rehatlah dulu.." ujar Yumie kepada adiknya itu.

"Wan kena cari di mana Adam.. kak. Wan ada benda nak cakap dengan dia." Zakuan berusaha juga untuk bangun. Padahal dia tahu dia tak akan berjaya kakinya cedera. Mustahil untuk dia mengangkatnya. dalam masa yang sama dia mahu berjumpa dengan Adam. Ada sesuatu yang hendak dia cakap. Dia ingin memohon maaf. Ya. Dia ingin memohon maaf atas segala-galanya.

"Aghh!!" Jerit Zakuan kesakitan. luka di kakinya mula berdarah. Kain kasa yang dibalut untuk menutupi luka itu dicemari dengan darah yang mengalir.

"Jangan buat kerja gila!!. Adam dah tak ada dekat sini." ujar Yumie. Suaranya ditinggikan sedikit. Dia marah dengan Zakuan yang begitu nekad. Air matanya mengalir jatuh terus ke pipi.

Zakuan terpempan.

"Apa maksud akak?" Soalnya perlahan.

"Adam dah tak ada.. Dia dah tak ada.." jelas Yumie sayu. Dia memandang tepat ke mata Zakuan supaya Zakuan percaya akan kata-katanya.

Zakuan kaku. Tak mungkin..
Dia menoleh ke arah Doktor Hanif. Dia perlukan penjelasan.

"kawan kamu, Adam.. dia dah meninggal semalam." ucap Doktor Hanif jelas. Dia faham bagaimana rasanya seseorang yang mendengar berita buruk tentang kematian. Lebih-lebih lagi kematian orang yang terdekat. Dia sudah melaluinya dengan pelbagai kes seperti itu.

Sekali lagi Zakuan terdiam. Andaian buruknya itu tepat. Adam sudah tiada dan ini semua gara-gara dirinya. Dia selalu sahaja menyusahkan Adam. kini Adam meninggalkannya tanpa sempat dia memohon maaf. Dia tidak sangka orang yang selalu bersama dengannya dari kecil sudah pergi untuk salama-lamanya. Adam... aku minta maaf!!. Salah aku.. ya . Salah aku.. aku sepatutnya dengar cakap kau. Tapi aku degil. Kau malah melindungi aku dan biarkan diri kau terkorban dalam runtuhan tu..

Zakuan merintih dalam hatinya. dia masih tidak dapat menerima kenyataan itu.

"Abang Zakuan!!!." Eka muncul di muka pintu lalu menerpa ke arahnya. Dia baru sahaja bergerak dari asrama apabila mengetahui berita buruk mengenai kematian abangnya. Mata Eka merah dan sembab kerana menangis. Eka terus sahaja memukul-mukul dada Zakuan. Yumie dan Doktor Hanif cepat-cepat menahan kelakuan Eka. Eka akan mencederakan Zakuan kalau dibiarkan. Eka menangis. Mahu sahaja dia membunuh Zakuan. Ini tidak Adil!! Jerit hatinya.

"Kenapa?!!. Kenapa mesti abang Adam?!. Eka dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni.. kenapa mesti abang Adam??!" Raung Eka. Dia terduduk di lantai sambil menangis teresak-esak.

"Kau sepatutnya yang mati dulu!! Bukannya abang aku!! abang aku baik!! Kau jahat!!" Jerit Eka lagi. Dia menujukan ayat tersebut kepada Zakuan. Hilang terus rasa hormatnya kepada Zakuan. Padahal dahulu Adam lah yang selalu memesan kepadanya untuk memanggil Zakuan dengan gelaran Abang. Zakuan lebih tua darinya. Sebab tu lah kena hormat. Lagi pun mereka membesar bersama-sama. Tetapi entah mengapa hatinya sakit apabila melihat Zakuan ketika ini. dia sakit hati mengetahui yang Zakuan masih hidup walhal abang kandungnya pula meninggal.

Yumie memeluk Eka. Dia faham. Dia faham bagaimana perasaan Eka. Kehilangan abang seperti Adam memang perih. Lagi pula selama ini hanya Adam adalah satu-satunya keluarga yang ada buat Eka. Mereka telah kehilangan ibubapa sejak kecil lagi akibat kemalangan jalan raya. Dan kini tinggal Eka sendirian. Yumie juga menangis mengenangkan apa yang telah berlaku. Dia tidak salahkan siapa-siapa. Ini sudah takdir..

"Gara-gara kau, Zakuan.. Abang aku dah tak ada.. kau pembunuh!!" Terpempan mereka mendengar kata-kata tuduhan itu. Orang lain yang lalu lalang di lorong itu berhenti untuk mengintai apa yang sedang berlaku.

Zakuan tunduk. Dari tadi dia menelan sahaja kata-kata yang dilontarkan oleh Eka. Dia mengenggam kedua tangannya. Ya. Memang dialah yang patut dipersalahkan. kata-kata Eka tadi memang layak untuk dirinya. Sedangkan dia sendiri tidak dapat memaafkan dirinya selepas apa yang terjadi. Apa tah lagi Eka. Adik kepada Adam sendiri. Dia memang salah. Dia sepatutnya yang mati dahulu. Bukannya Adam. Salah dia kerana tidak mendengar cakap Adam. Tetapi masa itu dia sendiri melihat kelibat Eka di dalam rumah tersebut. Adakah dia hanya berhalusinasi?. Kau memang bodoh Zakuan!!! Kau dah buat kesalahan yang paling besar dalam hidup kau!!.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience