Bab 9

Fantasy Completed 15742

Bab 9

Tamat sahaja waktu persekolahan. Mia cepat-cepat meninggalkan kelasnya.

"Heii, Mia.. kau dah nak balik ker?." Wati tergegas memasukkan bukunya ke dalam beg. Kemudian mengejar Mia yang sudah berada di koridor kelas.

"Ya. Aku kena balik sekarang." Balas Mia. Dia meneruskan sahaja langkahnya.

"Owh.. kau tak nak bercerita dulu dengan aku??" Tanya Wati lagi. Entah apa jenis soalan yang dia keluarkan itu.

"Aku tak ada masa."

"Tapi dari pagi tadi kau cakap benda yang sama.. aku ikhlas berkawan dengan kau."

"Aku tak ada masa nak bercerita.."

Wati mengeluh. Dia sudah agak yang situasi ini akan berlaku. Mia memang susah didekati. Apa lagi diajak berbual. Sambil memujuk hati Mia sambil itu juga dia mengejar langkah Mia. Dia tak akan berputus asa.

"Mia.. aku sangat-sangat nak berkawan dengan kau." Ucap Wati tulus. Itulah yang dia rasakan sebenarnya.

"Janganlah ikut aku.." Mia mulai merasa sesak dan rimas. Wati sedari kemarin lagi berusaha benar untuk mendekatinya. Bukan dia tidak suka. Tapi, dia tidak boleh bergaul sesuka hati dengan sembarangan orang saja. Lebih-lebih lagi Wati. Ada rahsia yang terselit di sebalik semua yang berlaku.

"Kau tak nak berkawan dengan aku?" Wati tidak menyerah kalah. Langkahnya masih dicepatkan agar seiringan dengan langkah Mia.

Mia tidak melayan pertanyaan Wati. Dia hanya terus melangkah laju.

Wati mengejar.

"Aku ada buat salah ker??.. Kau benci aku?? Aku cuma nak berkawan dengan kau.."

Mia tidak menghiraukan soalan Wati. Wati mendengus.. jangan putus asa Wati !!.

"Kau ada masalah ker??. Aku boleh tolong. Tapi jangan lah sisikan aku macam ni.."

Mia berhenti. Dia menoleh ke arah Wati. Wati cuak..

"Dengar sini. Aku tak perlukan kawan.. aku tak perlukan siapa-siapa kat sekolah ni. " kata Mia tegas dan serius.

"Tapi aku ikhlas.."

"Aku pun ikhlas sekarang ni. Dan aku tak main-main." Mia terus berpaling dan beredar meninggalkan Wati sendirian.

Sosok tubuh Mia hilang sebaik sahaja memasuki lorong sebelah kiri. Wati mengeluh. Seumur hidupnya .ini kali pertama dia disisikan sebegitu.. di mana dia sebagai watak yang tidak diingini langsung dalam hidup Mia Safwanah. Kenapa keras betul hati kau, Mia?.

Mia memasuki lorong sebelah kiri. Dia meninggalkan saja Wati sendirian di belakang sana. Apabila yakin Wati sudah tidak mengikutinya. Dia menarik nafas lega. Fuuuhhh~

"Kau dah jumpa dia?" Mia menoleh. Seorang lelaki berjubah hitam mengenakan penutup kepala berdiri betul-betul di belakangnya.

"Dah. Dia seorang perempuan." Ujar Mia tenang.

"Perempuan??. Kau yakin?"

"Ya."

Lelaki itu mendengus kasar. "Pasti ada kesilapan."

Mia diam.

"Kau awasi orang tu dulu.. aku kena kaji salasilah keturunan tu balik.." dari nada suara lelaki itu ketara sungguh kerisauannya.

"Sampai bila?." Soal Mia. Dia tidak mahu berlama-lama di tempat seperti ini. Dia terseksa.

Giliran lelaki itu pula terdiam.

"Kuasa aku semakin lemah kalau terus-terusan orang tu ada dekat dengan aku.. aku tak boleh bertahan lama.." kata Mia perlahan..

"Aku akan hantar pembantu kau."

"Tapi.. aku.."

Belum sempat Mia menghabiskan ayatnya. Lelaki itu telah pun menghilang dengan sekelip mata. Mia memerhati sekeliling.. hanya dia sahaja yang berada di sana. Dia melepaskan keluhan yang berat. Seberat tanggungjawabnya untuk memikul tugas tidak masuk akal itu.

"Mia Safwanah !" Dari jauh Zakuan melambai-lambai tangannya.

Mia mengeluh lagi. Kelihatan Zakuan berlari anak ke arahnya sambil menyandang beg di bahu.

"Zakuan!! Kau nak pergi mana tu?" Teriak Adam. Dia baru sahaja keluar dari bilik guru.

"Kejap.. aku nak.." ayat Zakuan terhenti. Dia terkejut melihat tiada sesiapa pun di lorong itu. Mia sudah hilang?. Cepatnya.. padahal aku baru nampak dia berdiri dekat hujung sana sedetik tadi. Atau itu cuma hayalan sahaja?? ..

Zakuan tersenyum nakal. Aku angau dengan Mia Safwanah kot..

'Ish-ish-ish .. giler kau ni Zakuan.. patutlah si Wati tu cakap kau tak berpijak pada bumi yang nyata. ' bisik hatinya..

"Woii !! Kau nak tumpang kereta aku ker kau nak jalan kaki?" Teriak Adam lagi.

Zakuan mencebik. Tadi aku tunggu bagaikan nak mati kau tak datang-datang.. aishhhh..

"Tunggu lah aku!!" Dia berpatah balik ke arah Adam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience