BAB 16

Romance Completed 11569

“KORANG nak tahu cerita tak?”

Najwa yang tiba-tiba muncul mematikan lamunan Raisya. Entah bilalah budak ni balik. Macam biskut. Kejap ada kejap tak ada.

“Apa dia hang ni?”

Tanya Shud.

“Tadi Zafuan minta nombor aku! Lepas aku bagi dia senyum dekat aku. Wahh… bahagianya hati aku rasa.”

Najwa bercerita dengan nada teruja.

“Amboi… sukanya dia. Untunglah…”

Shud menyampuk.

“Entah-entah dia minta nombor semua orang dalam group tu tak?”

Tebak Thia.

Najwa mencebik sebelum menggumam.

“Hmmm…”

Raisya tersenyum dalam diam.

“Hmmm… hang tak payah perasan sangatlah dia suka kat hang. Lagipun aku tengok dia tu taklah segak mana. Macam berlagak aje. Benci pula aku tengok.”

Dini mengomel.

“Eh, kenapa pula kau nak benci dia? Dia okaylah!”

Sampuk Raisya tiba-tiba. Suka-suka aje nak kutuk laki aku! Huh? Laki?

Keadaan menjadi senyap seketika sebelum Shud bersuara.

“Bukan… hang pun tak suka dia ka, Sya?”

Raisya terkebil-kebil. Aiseh… Sekali boleh terlepas pula.

“Err… tak adalah. Dini ni kan semua lelaki dia kata tak suka. Sibuk nak kejar siapa nama budak tu? Yang dekat Johor tu. Ai… Aiman ya?”

“Aimilah!”

Balas Dini hilang sabar.

“Hah, yang itulah! Nak menyebut pun payah aiih… Macam nama perempuan aje aku dengar.”

Ejek Raisya.

“Kuajaq hang!”

Marah Dini dengan muka yang merah.

“Ha’ah. Bukan segak pun budak Aimi tu. Gelap aje aku tengok.”

Ejek Shud.

“Berdiri sebelah Dini macam langit dengan bumi!”

Usik Thia pula.

“Hangpa jahatlah!”

Marah Dini dengan muka yang semakin merah kerana malu bercampur marah.

Kemudian acara usik-mengusik mula berlangsung sehingga mereka terlupa tentang perangai pelik Raisya tadi.

‘Huhh… selamat!’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience