BAB 21

Romance Completed 11569

“NAJWA, tadi Shira cerita yang Zafuan tu dah ada makwe!”

Shud yang baru saja pulang membuka cerita sambil duduk di katil Nadia yang sudah berpindah ke KUIM.

“Hah? Mana hang tau ni?”

Najwa yang tadinya leka menonton Running Man bersama-sama Raisya, Dini dan Thia menoleh. Raisya yang berpura-pura tidak melayan memasang telinga.

“Betul! Dia kata tadi dia nampak Zafuan jalan pegang tangan dengan sorang perempuan ni tapi Shira tak perasan sangat muka budak tu.”

Cerita Shuhada. Raisya menelan air liur.

“Hah, Thia baru teringat! Kawan Thia pun ada cerita yang dua hari lepas ada sorang perempuan pakai mask jerebu tu hantar makanan dekat Zafuan. Dengar cerita Zafuan demam masa tu. Perempuan tu siap pegang-pegang muka dia!”

Cerita Thia pula.

Raisya menggigit bibir.

‘Matilah aku kalau diorang tau itu aku!’

“Hmmm… tengok! Bukan bagus sangat pun Zafuan tu. Siap boleh pegang-pegang dengan perempuan. Memang dasar playboy. Perempuan tu pun sama galak! Itu lelaki yang hang nak Najwa?”

Tanya Dini.

Raisya menjeling Dini dalam diam. Berani kau kutuk aku dengan laki aku depan aku pula tu!

“Ah, aku tak percayalah! Dia baiklah. Aku kenal dia!”

Najwa masih berkeras.

“Habis tu sampai berani pegang-pegang tangan. Dok biaq perempuan tu pegang muka dia. Bukan gatal namanya?”

Soal Dini masih menunjuk rasa tak berkenannya terhadap Zafuan.

“Perempuan tu agaknya yang galak.”

Najwa masih cuba membela Zafuan. Raisya beralih menjeling Najwa pula.

“Tapi kalau tak dia pun melayan tak adalah perempuan tu terus galak. Lelaki ni semua sama tak boleh pakailah dalam dunia ni! Nak-nak budak Zafuan tu.”

Balas Dini.

“Tak!”

Jawab Raisya dan Najwa serentak namun kemudian mereka berpandangan.

“Yang hang sama emo ni pasaipa, Sya?”

Tanya Shud.

“Err… tak, maksud aku ayat lelaki semua tak boleh pakai tu aku tak setuju. Ada aje lelaki yang baik, kan?”

Raisya pantas mencipta jawapan.

“Oh, ingat Sya pun dah suka dekat budak tu!”

Ujar Thia.

“Ha’ah. Mana tau hang dah masuk kelab peminat dia kot.”

Tambah Shud pula.

“Eh, tak adalah! Merepek ajelah korang ni. Tak nak aku dengan budak tak semenggah macam tu. Dahlah, aku nak pergi mandi dulu ya!”

Raisya mencapai tuala dan baldinya sebelum melangkah keluar dari bilik. Tiba di luar dia mengeluh. Tak pasal-pasal dapat dosa pula kutuk suami sendiri.

“Sya, tunggu sat!”

Najwa yang turut menggendong peralatan mandiannya memanggil Raisya yang baru beberapa langkah menuju ke tandas.

“Awal hang mandi hari ni? Selalu malam pun belum tentu mandi.”

Perli Raisya sambil berjalan beriringan dengan Najwa.

“Aku bengang Dini asyik kutuk Zafuan tu aje. Sakit hati aku bila pakwe aku dikutuk sebegitu rupa.”

Ujar Najwa sedih.

“Pakwe? Perasan je kau ni.”

Raisya tersenyum sinis.

“Eh, aku serius ni tau! Aku bagitahu kau sorang aje pasal ni.”

Ujar Najwa serius.

Raisya memberhentikan langkah.

“Kau couple dengan Zafuan ke?”

Najwa mengisyaratkan Raisya supaya memperlahankan suara.

“Aku cerita dekat kau sorang tau. Zafuan sebenarnya suka aku!”

Mata Raisya terbeliak. Say whattt?!

“Dia selalu belanja aku coklat dengan aiskrim. Tiap-tiap hari dia akan tegur kalau nampak aku. Muka dia selalu ceria aje bila jumpa aku.”

Cerita Najwa.

“Dia… dia pernah confess ke dekat kau?”

Tanya Raisya yang sedang cuba bersabar.

Coklat? Aiskrim? Aku cuma pernah dapat karipap pusing aje tau! Itupun Nasi Ayam aku kena rembat. Tegur aku? Heh, kadang-kadang tu buat-buat tak nampak lagi ada. Ceria? Selalu kena maki adalah. Kalau dia nak buat baik dengan aku pun tengoklah mood dia tu okay ke tak.

“Taklah sampai pernah confess. Tapi yalah, bila lelaki buat macam tu apa tujuan dia? Tak ke itu tanda dia suka kita? Insticnt aku kuat mengatakan tak lama lagi mesti dia confess. Kau ingat tak yang aku balik lambat dua hari lepas?”

Tanya Najwa.

“Hah…? Jadi?”

Raisya teringat yang semalam sudah hampir jam 11 malam barulah Najwa pulang. Sangkanya Najwa merewang pergi bilik kawan-kawannya menonton drama Korea sebab Najwa memang suka merayau dari satu bilik ke satu bilik lepas tu kadang-kadang pukul satu atau dua pagi baru balik bilik.

Sebelum itu juga puas dia cuba menghubungi Zafuan kerana mahu bertanyakan perkembangan kesihatannya namun puluhan panggilan yang dibuat satu pun tidak diangkat. Takkanlah…

“Malam tadi aku berborak sakan dengan dialah! Dia belanja aku aiskrim Magnum pula tu! Kitorang lepak depan MM borak-borak sampai tak perasan dah pukul 11. Tau-tau nak kena halau dengan guard. Macam-macam benda dia cerita dekat aku. Bila aku pula bercerita seronok dia dengar.”

Cerita Najwa teruja sambil ketawa geli hati.

Raisya terdiam namun dia hanya tersenyum untuk mengaburi mata Najwa. Najwa yang sedang dalam keadaan gembira itu melangkah masuk ke dalam tandas dengan hati yang riang.

Jadi adakah masanya akan tiba tak lama lagi? Adakah ini bermakna Zafuan sudah menemui gadis yang disukainya? Najwakah orangnya? Kalau Zafuan serius, mungkin dia akan dimadukan atau diceraikan menurut kehendaknya. Jadi selama ini perubahan emosi Zafuan yang menjadi ceria bukan disebabkan Zafuan sudah jatuh hati kepadanya namun sebaliknya dia sedang bahagia bersama-sama Najwa.

Tapi kenapa hati aku rasa sakit sangat sekarang ni? Kenapa aku nak rasa marah? Memang sejak awal hubungan aku dan Zafuan tak ada apa-apa dan kami sudah berjanji tidak akan kisah kalau masing-masing mempunyai perasaan kepada orang lain. Ya Allah…. serabutnya otak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience