BAB 10

Romance Completed 11569

“WOI, tak rindu aku ke?” Zafuan menyapa.

Raisya yang baru mahu memilih ayam goreng sedikit terkejut.

“Ish, awak ni! Kalau orang lain dengar mati saya. Awak tahu tak awak tu ramai peminat?”

“So? Kau jealous ke?”

Usik Zafuan sambil memilih lauk.

Mujur waktu jam dua petang seperti ini tidak ramai pelajar di kafe. Dia yang kebuluran terus ke kafe selepas diberitahu oleh rakan sekelasnya bahawa kelasnya dibatalkan. Tidak sangka pula boleh berjumpa dengan Raisya yang turut mahu membeli makanan tengahari.

“Tolong sikit. Tak teringin saya nak jealous. Annoying lagi ada tau!”

Bisik Raisya keras sebelum melangkah ke kaunter pembayaran.

“Eh, tunggu!”

Arah Zafuan menyebabkan Raisya terhenti. Zafuan pantas mengambil lauknya dan mengikuti langkah Raisya sambil berbisik.

“Kau ni tunggulah dulu suami kau ni.”

Mata Raisya terbeliak besar namun dia hanya menahan marah sebelum lantas ke meja kaunter.

“Berapa Bang Din?”

“Adik punya RM3.50.”

Bang Din, tauke Bang Din’s Cafe menjawab sambil membungkus makanan Raisya.

Zafuan meletakkan pinggannya sebelum bersuara.

“Sekali, Bang Din.”

Raisya terkejut mendengar kata-kata Zafuan. Mamat poyo ni yang keluarkan dompet. Maknanya dia nak bayar. Jadi dia nak belanja aku ke?

“Sekali? Kalau sekali RM7. Wah… ada apa-apa ke ni Zafuan?”

Bang Din yang sememangnya mengenali Zafuan mengusik.

“Sekali-sekala buat baik, bang.”

Zafuan berkata sambil tersenyum. Raisya hanya mendiamkan diri dan mengambil bungkusan nasinya dan menuju ke bahagian rak roti untuk mengambil plastik.

“Sekali-sekala nak buat baik dekat bini, kan…”

Bisik Zafuan di telinga Raisya sebelum Zafuan melangkah pergi untuk membeli air.

Raisya dapat merasakan mukanya merah padam saat itu. Eiii…! Saja aje tau mamat ni nak usik aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience