BAB 22

Romance Completed 11569

“EH, itu Zafuankan?”

Ujar Shud sambil menunjuk ke arah dalam Mini Market. Menjadi tabiat mereka setiap malam ahad selepas makan malam mereka berlima akan merayap ke bakeri yang terletak di sebelah Mini Market untuk membeli aiskrim.

“Hah, Zafuan?”

Najwa mula teruja.

“Eii… galaklah hang ni!”

Dini tidak senang melihat kelakuan Najwa itu.

“Biarlah. Thia jom masuk MM.”

Najwa menarik tangan Thia. Thia yang berbadan kecil itu terpaksa menurut. Sedih mukanya bila niat asal mahu membeli aiskrim di bakeri tidak kesampaian.

Dari jauh, Raisya, Shud dan Dini dapat melihat Najwa berpura-pura menarik perhatian Zafuan dan Zafuan kemudiannya menegur Najwa. Najwa ada menunjuk ke arah mereka bertiga yang berada di luar Mini Market itu.

Mata Raisya dan Zafuan bertembung tatkala Zafuan memandang mereka namun kemudian Zafuan kembali berbual rancak dengan Najwa. Thia yang menjadi mangsa melangkah keluar kembali dari Mini Market itu.

“Bukan main seronok Najwa tu bila nampak Zafuan. Sampai Thia pun dia lupa.”

Cerita Thia bengang.

“Depa cerita apa?”

Tanya Shud.

“Entah. Najwa yang banyak lebih bercerita yang kita ni baru lepas makanlah. Tadi kita semua makan apalah. Itupun bukan main seronok budak Zafuan tu mendengar.”

Cerita Thia.

“Aku tak suka betullah dengan jantan tu.”

Dini yang memang anti lelaki menyampuk.

“Alah, biarlah diorang tu. Aku nak baliklah!”

Raisya yang tidak tahan rasa cemburu melangkah pergi.

“Eh, hang nak pi mana? Tak nak beli aiskrim ka?”

Tanya Shud.

“Malas.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience