BAB 37

Romance Completed 11569

SATU DEMI SATU rakan-rakan matrikulasi Raisya baik rakan sekelas mahupun rakan sebilik berangkat pulang kembali ke pangkuan masing-masing. Berjurai-jurai air mata mengalir menghantar pemergian mereka.

Salaman dan pelukan erat menjadi perkara wajib untuk menggambarkan rasa sedih mereka untuk berpisah. Raisya menjadi orang terakhir yang pulang antara rakan sebiliknya kerana mama dan papa Zafuan mengalami masalah semasa dalam perjalanan.

“Sedih lagi ke?”

Tegur Zafuan ketika dia dan Raisya sama-sama memasukkan barang-barang di dalam bonet kereta papa Zafuan.

“Sedihlah. Saya sorang aje yang tinggal. Satu demi satu saya tengok kawan-kawan saya tinggalkan saya.”

Cerita Raisya sedih.

“Tapi abangkan ada?”

Zafuan menggenggam tangan Raisya.

Raisya perlahan-lahan mengukir senyuman.

“Yalah.”

“Ehemm! Jangan nak sweet-sweet sangat dekat bonet ni. Pergi ambil barang lagi kalau ada.”

Tegur Datin Arnee menyebabkan Zafuan melepaskan pegangan tangan manakala Raisya tersenyum malu dengan muka yang merah.

“Err… barang Zaf dah tak ada. Barang Sya?”

Tanya Zafuan cuba mengubah topik.

“Err… ada lagi sikit tu. Sekali lagi bawa aje habislah.”

Beritahu Raisya.

“Hmm… pergi tolong Raisya, Zaf. Kita nak kena cepat ni.”

Arah Dato’ Rahman.

Zafuan menurut dan mengekori Raisya kembali ke bloknya. Tinggal bagasi beroda Raisya dan anak patung beruangnya saja di situ.

“Biar abang bawa beg ni.”

Zafuan sudah mengambil bagasi Raisya itu dari tangan Raisya.

“Eh, tak apalah! Sya boleh bawa.”

Ujar Raisya.

“Habis, takkan nak abang bawa teddy bear tu pula. Jatuhlah maruah suami Sya ni!”

Bisik Zafuan.

Raisya tergelak.

“Yalah… jom!”

“Ini langkah terakhir kita sebelum masuk dalam kereta. Shall we?”

Zafuan tiba-tiba menghulurkan lengannya minta dirangkul oleh Raisya.

“Nak pegang tangan ke?”

Tanya Raisya tidak yakin.

Zafuan mengangguk.

“Ala-ala dekat red carpet gitu. Lagipun orang dah tak ramai pun ni. Cepatlah.”

Akhirnya Raisya memilih untuk berpahut di lengan Zafuan dan mereka mula melangkah menuju ke kereta kembali. Dia sudah tidak peduli pada mata-mata yang memerhatinya. Dia bukan sahaja sudah jatuh cinta dan angau pada lelaki di hadapannya bahkan sudah mulai mencintai kehidupan di pusat pengajian ini. Apa jua perkara yang berlaku, baik buruk atau baik akan dijadikan pengajaran dan panduan untukknya tabah menjalani hari mendatang dan memperbaiki kekurangan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience