BAB 1

Romance Completed 11569

“APA? Cuba sebut sekali lagi?”

“With who? Dengan dia?”

Soal lelaki di hadapan Raisya sambil menuding jari ke arahnya.

“Yucks!! Eii… tak naklah!”

Balas Raisya.

“Hei, kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau?”

Marah lelaki itu sebelum kembali memandang bapanya.

“Pa, apa semua ni? Kenapa Zaf kena kahwin dengan Raisya tiba-tiba ni? Dalam waktu terdekat ni pula tu!”

“Lagi beberapa bulan Raisya akan further study. Kamu pula akan…”

“Shhh! Tak payahlah papa sebut. Zaf fahamlah!”

Marah Zafuan.

“Jadi, papa tak nak nanti kamu berdua jatuh cinta dengan orang lain pula. Sebagai langkah keselamatan, baik papa nikahkan dahulu. Jadi tak ada sebab untuk kamu berdua nak bercinta dengan orang lain.”

Terang Dato’ Rahman.

“What?! Apa benda ni, pa? Tak ada ribut tak taufan kenapa mesti kami dijodohkan ni? Dengan Raisya pula tu!”

Zafuan tidak puas hati.

“Uncle, kenapa Sya kena jodoh dengan Zaf? Kalau Zaf nak dijodohkan pun, Zaf sepatutnya dijodohkan dengan pewaris mana-mana syarikat besar juga. Sya… cuma anak angkat keluarga ni aje!”

Sampuk Raisya pula.

“Ada sebab kenapa kami ambil kamu sebagai anak angkat, Raisya. Bukan sekadar kerana kamu ialah anak kepada rakan baik kami dan sebagai rakan sepermainan buat Zafuan.”

Datin Arnee memegang lembut bahu Raisya.

“Maksudnya?”

Soal Raisya lagi tidak mengerti.

Apa yang diterangkan kepadanya selama ini, tujuan dia diambil sebagai anak angkat dalam keluarga ini hanyalah sebagai teman untuk Zafuan yang merupakan seorang anak tunggal. Dia juga pernah diceritakan bahawa hubungan arwah ibu bapa kandungnya memang bersahabat baik dengan Dato’ Rahman dan Datin Arnee. Ibu bapanya meninggal dalam kemalangan sewaktu dia baru berusia 3 tahun. Selepas itu dia diambil sebagai anak angkat keluarga ini dan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang sama seperti Zafuan.

Namun sebenarnya dia sendiri tidak mengerti mengapa keluarga ini sanggup mengambil seorang anak perempuan sepertinya sebagai anak angkat dan teman untuk Zafuan sedangkan sudah terang apabila meningkat dewasa, hubungan mereka tetap bukan muhrim sehingga dia sendiri perlu menjaga aurat dan batas pergaulannya dengan Zafuan.

“Uncle harap kamu akan bertenang dengar penerangan kami ini, Raisya.”

Ujar Dato’ Rahman lembut.

“Sebelum ibu dan ayah kamu kemalangan 15 tahun lalu, mereka ada berpesan kepada kami andai suatu masa nanti mereka tak sempat menjaga kamu, mereka minta kami yang jagakan kamu dan mereka berharap sangat yang Zafuan boleh menjadi suami kamu supaya dia boleh menjaga kamu sebagai pengganti kami andai kami tiada pula nanti.”

Raisya terpempan mendengar penjelasan Dato’ Rahman. Datin Arnee pula masih tetap mengusap bahunya bagi menenangkannya.

“Jadi kenapa Zaf pula yang jadi mangsa dalam hal ni? Pa, Zaf baru 19 tahun! I’ve a lot things to do but not to be a husband!”

Bangkan Zafuan.

“Zaf, papa minta maaf! Tapi papa terpaksa juga satukan kamu berdua secepat mungkin bagi mengelakkan kamu berdua jatuh cinta kepada orang lain pula.”

“This is nonsense! Biarlah kami cari pasangan hidup kami sendiri. Tak payahlah nak jodohkan kami sedangkan kami tak nak!”

“Zaf, please! Lately, papa selalu sangat mimpikan arwah ibu dan ayah Raisya. Mungkin itu merupakan satu petunjuk yang kamu dan Raisya perlu disatukan segera.”

Zafuan tergelak sinis.

“Semua ni tak masuk akal, pa! Merepek. Tolonglah jangan jadi kuno sangat.”

Zafuan kemudiannya mengangkat punggung dan melangkah ke muka pintu. Dato’ Rahman memanggil anak tunggalnya itu.

“Zaf, Zaf nak pergi mana tu?”

“Zaf nak keluar dari rumah ni. Orang dalam rumah ni semuanya nak menjahanamkan hidup Zaf aje!”

Zafuan sudah melangkah keluar dan menghempaskan pintu.

“Zaf, jangan Zaf! Arghhhh!”

Dato’ Rahman tiba-tiba memegang bahagian kiri dadanya

“Abang? Abang kenapa ni?”

Tanya Datin Arnee risau. Raisya terdiam di situ apabila tiba-tiba bapa angkatnya itu rebah.

“Abang!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience