BAB 33

Romance Completed 11569

RAISYA membuka matanya perlahan-lahan apabila terdengar namanya dipanggil. Rupanya Dini yang mengejutkannya.

“Apa dia, Dini? Aku cutilah. Tak solat.”

Uujar Raisya sambil menarik selimutnya apabila terasa dingin pagi itu menggigit kulitnya.

“Aku tau hang tak solat. Tu, ada delivery untuk hang dekat luar tu.”

Beritahu Dini.

Mata Raisya terbuka luas. Dia menoleh memandang Dini.

“Delivery?”

“Baik hang pi ambil sebelum Mamu kencing pula kat situ.”

Ujar Shud pula yang baru kembali dari tandas dengan muka yang basah dengan air wudhuk. Mamu di sini merujuk kepada kucing jantan bulu kembang comel yang kerap muncul di aras mereka. Entah apalah nama kucing itu sebenarnya namun apabila sampai pada Shud, terus diletaknya nama ‘Mamu’! Ada seekor lagi kucing betina diletaknya nama ‘Chombi’.

“Thia tersadung benda tu tadi masa keluar. Dahlah tengah mamai. Nasib baik tak tersungkur ke lantai pagi-pagi buta ni.”

Beritahu Thia pula yang muncul dengan telekung merah jambunya sambil memegang sejadah.

“Baik hang pi ambil cepat. Aku nak pi kejut Najwa. Payah betul budak tu nak bangkit!”

Omel Dini sebelum meninggalkan Raisya.

Raisya turun dari katil dan menuju ke arah pintu di bahagian tempat tidur Dini, Thia dan Najwa kerana pintu di bahagian tempat tidurnya dan Shud sudah rosak dan tidak boleh diguna. Selalu sangat kena hempas penangan angin agaknya. Maklumlah bilik mereka terletak di tengah-tengah blok jadi angin memang selalu akan terus memasuki bilik mereka. Ada bilik budak lelaki dekat blok C3 lagi parah. Pintu tercabut lepas tu hilang. Dahsyat….

Terbeliak matanya tatkala melihat sedozen air tin Justea di hadapan biliknya itu beserta dengan sepucuk surat.

“Huiyo! Beli sedozen air tin nampak.”

Tegur Mia, penghuni bilik sebelah yang juga baru kembali dari tandas.

Raisya hanya tersengih kerana tidak mampu menjawab apa-apa. Selepas Mia sudah melangkah masuk ke dalam biliknya, dia membuka surat itu.

Ini ganti air semalam. Hope sayang tak marah abang lagi. Selamat menjamu selera dan all the best for our PSPMII ni. Buat yang terbaik okay? I love you.

Your handsome husband.

P/s: Abang yang hantar sendiri air ni pukul empat pagi tadi. Nasib baik tak kena tangkap dengan guard. Hehe!

Raisya tersenyum lebar membaca bait-bait kata di dalam surat itu. Tidak disangka suaminya itu seberani ini.

“Korang, air free untuk semua!”

Pekik Raisya sambil mengangkat sedozen air itu masuk ke dalam bilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience