BAB 20

Romance Completed 11569

‘WAHH… mengantuknya mata. Penatnya badan. Cepatlah sampai blok!’

Raisya mengomel di dalam hati. Sebelah tangannya membawa buku manakala lagi sebelah membawa bungkusan air yang dibeli di kafe.

Tiba-tiba bungkusan air Raisya dirampas seseorang.

“Ya Allah! Awak!”

“Yes, it’s me. Your beloved husband!”

Bisik Zafuan sambil memegang tangan Raisya.

“Ish, janganlah pegang tangan saya. Habislah kalau orang nampak!”

Raisya cuba untuk melepaskan tangannya dari genggaman Zafuan namun gagal.

“Biarlah.”

Jawab Zafuan selamba.

“Awak nikan dah lepas baik demam makin ligat nak cari pasal dengan saya ya? Lepaslah awak…”

“No way. Ini hukuman.”

“Hah? Hukuman? Hukuman apa? Lepaslah. Orang tengoklah!”

Raisya sudah mula menutup mukanya dengan bukunya apabila berselisih dengan beberapa orang pelajar perempuan yang menjeling tajam ke arahnya. Mampus aku kalau ada roommates dengan classmates aku.

“Hukuman sebab awak ‘ushaa’ lelaki lain dalam kuliah!”

Beritahu Zafuan.

“‘Ushaa’ lelaki lain? Dalam kuliah? Siapa?”

“Adi. Pagi tadi saya nampak.”

Ujar Zafuan.

Raisya ketawa tiba-tiba. Berkerut dahi Zafuan melihatnya.

“Apa yang lawak?”

“Awak ni cemburu ke?”

Tanya Raisya mengusik.

Muka Zafuan tiba-tiba memerah.

“Mana ada cemburu!”

“Kalau tak cemburu apa? Takkan awak dah jatuh hati dekat saya pula? Lupa ke janji kita dulu?”

“Janji apa?”

“Yalah. Kitakan dah janji tak nak jatuh cinta antara satu sama lain. Nak cari jodoh masing-masing. Takkan dah lupa?”

Tanya Raisya.

Muka Zafuan berubah,.

“Jangan cakap pasal janji tu buat masa sekarang boleh tak?”

Dahi Raisya berkeru.

“Macam tu pula?”

“Eh, meh air kau sikit!”

Zafuan merampas air milik Raisya yang dipegang sejak tadi.

“Eh, saya dah minumlah air tu!”

Zafuan terhenti. Dia memandang straw tersebut.

“Dah minum? Jadi apa masalahnya?”

Zafuan dengan selamba menyambung kembali menelan air tersebut. Dia dah minum lagilah aku suka.

Raisya pelik dengan tingkah laku Zafuan. Mula-mula dia pegang tangan aku sampai ke sudah tak nak lepas. Lepas tu dia marah nampak aku ‘ushaa’ Adi dan dia marah bila aku bangkitkan soal janji tu. Lepas tu dia minum guna straw yang aku dah guna. Tak geli pula dia? Dia ni sihat tak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience