BAB 30

Romance Completed 11569

“JADI kawan-kawan awak dah maafkan awaklah?”

Tanya Zafuan sambil menghirup air limaunya.

“Emm… alhamdulillah diorang boleh maafkan saya.”

Raisya memandang rakan-rakan sebiliknya yang duduk selang satu kerusi darinya. Mereka juga baru selesai menikmati makan tengahari di Kafe Bang Din itu dan sedang berbual sesama mereka. Disebabkan Zafuan berkeras mahu turut serta terpaksalah dia membenarkan Zafuan turut serta walaupun ada beberapa mata memandang tidak puas hati.

Zafuan turut memandang mereka. Kebetulan Najwa turut memandangnya. Pantas Najwa menundukkan pandangannya sebelum cepat-cepat menghirup minumannya. Dini yang perasan mencebik.

“Raisya, suruh laki hang ni pandang tempat lain!”

“Dini, hang nak mampuih ka?”

Shud menyepak kaki Dini dari bawah meja.

“Orang pandanglah Dini.”

Thia pula sudah menyorok muka menahan malu apabila ada beberapa orang memandang pelik ke arah mereka. Raisya dan Zafuan sama-sama sudah berpeluh dingin.

“Err… apa dia? Aku cakap kawan lelaki hang. Yalah, Zafuan nikan classmate dia. Lelaki dengan laki sama ajelah, kan?”

Dini pantas mengubah kata-katanya.

Raisya pula terpaksa tersengih sambil terangguk-angguk sebelum mendekatkan mukanya kepada Dini yang duduk selang satu kerusi darinya. Dia berbisik perlahan.

“Hang bocor rahsia aku, aku tanam hang hidup-hidup!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience