BAB 27

Romance Completed 11569

“TAKUTLAH nak PSPMII ni. Banyak lagi subjek tak cover.”

Keluh Dini.

“Tak apa. Ada lagi masa ni. Insya-Allah kita semua boleh score.”

Ujar Thia.

“Eh, siapa tu?”

Shud yang berjalan paling hadapan terhenti apabila melihat seseorang ditarik oleh seorang lelaki.

“Eh, itu Zafuanlah!”

Najwa yang amat mengenali pengarang jantungnya itu pantas mengecam Zafuan.

“Dia tarik siapa tu? Astaghfirullahala’zim! Itu perempuan, kan?”

Dini sudah mengucap panjang.

“Dia nak buat apa tu?”

Tanya Thia curiga.

“Hah, itulah jantan hang suka sangat, kan Najwa? Itu dia nak buat benda tak baiklah tu!”

“Jom tengok wei!”

Shud sudah berlari mengikut jejak Zafuan tadi. Tiga rakannya itu juga turut mengikut langkah Shud. Mereka menyorok di belakang dinding dalam jarak tiga meter dari Zafuan.

“Zafuan!”

Mereka mendengar suara perempuan yang diheret Zafuan tadi memekik.

“Hah, kan betul tu Zafuan!”

Dini berbisik sebelum Shud menyikunya supaya senyap.

“Awak nak apa lagi ni?”

Marah perempuan itu sambil menolak bahu Zafuan.

“Kejap, suara tu…”

Thia mula mengesan sesuatu.

Zafuan memegang tangan perempuan yang menolaknya itu.

“Raisya, kau ni kenapa hah?”

Melopong empat sekawan itu mendengar nama yang disebut Zafuan dan mereka kemudian mula menyedari perempuan yang berada dengan Zafuan itu ialah rakan sebilik mereka sendiri.

“I… itu… itu R… Raisya, kan?”

Bisik Shud tergagap-gagap.

Zafuan merenung mata Raisya.

“Kenapa kau tiba-tiba berubah ni? Kenapa tiba-tiba kau kaitkan Najwa? Aku tak ada apa-apa dengan dialah! Dia cuma kawan. Itu aje!”

Najwa tersentak apabila namanya tiba-tiba disebut. Lebih mengejutkan Zafuan sebenarnya hanyalah menganggapnya sebagai kawan. Adakah dia hanya bertepuk sebelah tangan? Tapi… apa kaitannya dengan Raisya ni? Raisya cemburukan dia dengan Zafuan? Tapi kenapa Raisya tak pernah beritahunya? Dan… apa sebenarnya hubungan mereka berdua?

Raisya tersenyum sinis namun matanya sudah mula berkaca.

“Hari-hari jumpa bergelak ketawa. Eh, saya sendiri nampaklah hari tu bukan main senyum lebar awak bila jumpa dia dekat MM hari tu! Kalau awak dah ada perempuan yang awak suka, awak lepaskan ajelah saya. Lupa ke janji kita dulu tu?”

“Pergi matilah dengan janji bodoh tu! Kau faham tak yang aku cintakan kau?!”

Tengking Zafuan membuatkan Raisya terdiam dengan rasa terkejut bercampur takut.

Zafuan menunduk untuk menenangkan dirinya seketika sebelum dia kembali memandang mata Raisya. Lama dia merenung mata itu sebelum memegang lembut pipi gadis itu.

“Aku minta maaf tengking kau. Aku cuma nak kau tahu, senyum aku yang kau nampak tu adalah senyum kerana aku bahagia dapat jumpa kau. Kau tahu tak betapa gelisahnya aku bila tak nampak kau sehari? Betapa aku rindunya aku nak tengok muka kau setiap saat? Aku akui memang aku rapat dengan Najwa tapi kalau kau tanya dia apa yang kitorang borakkan, kebanyakannya adalah pasal kau. Sekurang-kurangnya kalau aku tak nampak kau, biarlah aku tahu apa yang kau buat. Kau sihat ke tak? Kau happy ke tak?”

“Aku tahu yang aku dah larang kau cintakan aku. Tapi ini semua takdir Allah Raisya. Dia titipkan rasa cinta dia terhadap isteri aku sendiri. Aku dah jatuh cinta dekat isteri aku sendiri.”

Raisya terkesima. Zafuan tersenyum.

“Aku tahu kau pun rasa benda yang sama, kan? Sebab tu kau marah dan cemburu. Betul tak?”

Raisya tidak menjawab sebaliknya menunduk. Air matanya jatuh. Zafuan mengesat pipi Raisya yang dibasahi air mata itu.

“Jadi tolong jangan pernah minta lagi aku lepaskan kau sebab aku akan cintakan isteri aku ni sorang aje sampai mati.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience