BAB 13

Romance Completed 11569

PANTASNYA semester dua tiba tanpa Raisya duga. Rasa macam baru semalam aje dia mendaftarkan diri di sini. Sekarang dah masuk semester kedua juga semester akhir dia di sini. Diam tak diam sudah enam bulan dia di sini. Peperiksaan MUET juga sudah selesai dijalankan dan bakal diumumkan keputusannya beberapa bulan akan datang.

Sedih apabila Nadia memberitahu bakal menamatkan pengajiannya di matrikulasi dan akan melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Melaka. Ahli B3 306 bagai hilang separuh jiwa mereka apabila rakan sebilik mereka yang sudah dianggap seperti adik-beradik sendiri pergi meninggalkan mereka. Namun mereka terpaksa redha atas keputusan Nadia dan keluarganya.

Satu perkara yang mengejutkan Raisya pada semester dua ini ialah apabila Zafuan memperoleh 4 flat pada PSPM yang lalu. Raisya pula masih memperoleh keputusan yang baik walaupun tidak sebaik Zafuan.

“Huyyo, Zaf! 4 flat kau, ya? Tahniah… Tahniah…”

Zafuan menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakannya.

“Terima kasih.”

Ucap Zafuan namun matanya menangkap susuk gadis yang sedang berusaha keluar dari kelompok pelajar yang sesak di hadapan papan kenyataan yang memaparkan keputusan mereka.

Terkejut Raisya apabila tiba-tiba bahunya dipaut seseorang yang membantunya keluar dari kelompok pelajar yang sesak itu. Ternyata orang itu Zafuan.

“Zaf, apa awak buat ni? Matilah saya kalau ada orang nampak!”

Bisik Raisya keras pantas meleraikan pelukan Zafuan.

“Alaa… tak ada orang perasanlah. Semua tengah sibuk dengan result masing-masing.”

Jawab Zafuan namun tiba-tiba dia menarik tangan gadis itu.

“Hei… hei! Awak nak bawa saya pergi mana?”

Zafuan tidak menjawab sebaliknya terus menarik tangan Raisya namun pegangannya itu direndahkan agar tiada siapa yang melihat. Zafuan terus menarik Raisya sehinggalah mereka berada di sebuah tempat yang agak sunyi berdekatan tasik.

“Kenapa awak bawa saya ke sini?”

Tanya Raisya curiga apabila Zafuan mula duduk di hadapan tasik itu. Perlahan-lahan Raisya menurut. Dia ni ada niat tak baik dekat aku ke apa? Entah-entah nak tikam aku tak?

“Aku nak tanya result ajelah. Sambil-sambil tu saje aje nak bawa kau ambil angin. Aku jarang nampak kau keluar joging ke petang-petang. Kau joging atas katil ke?”

Tanya Zafuan.

Raisya mengetap bibir apabila telahan Zafuan itu hampir tepat mengenai hidungnya.

“Mana ada! Adalah kadang-kadang tu! Awak aje tak perasan.”

Zafuan hanya ketawa sinis.

“Apa-apalah. Sekarang ni aku nak tanya result kau berapa?”

“Kenapa nak sibuk?”

Tanya Raisya tidak berpuas hati.

“Sebab aku laki kau. Cepatlah cakap!”

Gesa Zafuan. Raisya mengetap bibir lagi menahan geram. Nasiblah sini tak ada orang. Karang ada kenyang makan beg galas.

“3.91 aje.”

“Wooo…. pandai juga kau ya? Tengok muka macam bengap sikit.”

Ujar Zafuan selamba.

“Eh, eh! Longkangnya mulut. Taulah dapat 4 flat. Tak payahlah nak berlagak. Entah-entah baru first time dapat subjek A agaknya.”

Ujar Raisya perlahan namun cukup untuk didengari Zafuan.

“Kau sibuk apa hal? Suka hati akulah nak first time ke second time ke.”

Balas Zafuan.

Raisya hanya diam malas mahu membalas. Kemudian mereka hanya mendiam diri memandang ke arah tasik itu sebelum Raisya tiba-tiba berkata.

“Kalau ibu dan ayah saya ada lagi entah apa agaknya reaksi diorang ya?”

Zafuan terdiam.

“Awak untung Zaf. Awak masih ada orang tua. Walaupun mereka sayang saya juga tapi mereka bukan keluarga kandung saya. Tetap akan ada perbezaan di situ.”

Suara Raisya tiba-tiba berubah sebak.

“Saya selalu tertanya-tanya, apa reaksi diorang ya bila tengok saya sekarang? Bila tengok kawan-kawan berusaha keras saya pun buat benda yang sama. Tapi mereka buat itu semua untuk buat orang tua diorang bangga. Saya pula? Berusaha keras tanpa ada sesiapa untuk saya kongsikan. Papa dan mama memang ada sebagai ibu dan bapa angkat tapi saya yakin mereka akan lebih bangga kalau anak kandung mereka sendiri yang dapat.”

Zafuan menjadi tersentuh hati mendengar kata-kata gadis itu. Mungkin atas dasar kasihan, spontan tangannya perlahan-lahan membawa Raisya ke dalam dakapannya. Agak mengejutkan gadis itu langsung tidak menolak malah sebaliknya terus menangis di dalam pelukannya. Tahulah dia bahawa Raisya sudah lama memerlukan seseorang untuknya meluahkan rasa.

Selama ini dia lihat gadis itu kuat. Tidak dia sangka bahawa di dalam hati gadis itu menyimpan 1001 rasa yang tidak pernah dia ketahui.

‘Ya Allah… walaupun pernikahan kami ini bukan sesuatu yang kami pinta namun adakah ini merupakan sesuatu yang engkau redhai? Adakah benar kami ini diciptakan untuk satu sama lain sebagaimana engkau menciptakan Adam dan Hawa? Ya Allah… berilah petunjuk kepada kami,’ diam-diam Zafuan berdoa di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience