BAB 15

Romance Completed 11569

“AWAK ada movie maker?”

Tanya Raisya.

Zafuan menggeleng.

“MP3 cutter?”

Zafuan memandang komputer ribanya sebelum menggeleng lagi.

“Ada IDM tak?”

“Apa tu?”

Raisya memejam mata seketika sebelum bertanya.

“Apa awak tahu tentang komputer?”

“Emm… online. Microsoft Word. Microsoft Powerpoint sikit. And… paint!”

Raisya memusingkan bebola matanya. Nasib baiklah tengah dekat library. Kalau tak dah kena maki agaknya mamat ni dengan aku. Berlagak bukan main semalam! Ikutkan Raisya tidak mahu bertentang mata lagi dengan Zafuan walaupun tidak boleh dielakkan kerana mereka sekelas. Sejak kejadian selepas mendapat keputusan tempoh hari, Raisya berasa malu dengan Zafuan apatah lagi dia sudah menangis di bahu Zafuan. Warggghh! Malunya kalau fikir balik!

Dia sudah meminta maaf kepada Zafuan kerana Zafuan terpaksa mendengar rintihan hatinya dan meminjamkan bahu untuknya melepaskan rasa. Agak mengejutkan jawapan Zafuan apabila dia membalas, “Tak apa. Akukan suami kau.”

Suami? Sejak bila mamat ni dah isytihar diri sendiri sebagai suami aku? Dengan penuh yakin pula tu. Saja nak mengusiklah tu!

Mungkin waktu itu Raisya benar-benar memerlukan seseorang yang memahami perasaannya untuk mendengar luahan hatinya dan kebetulan Zafuan berada dengannya waktu itu. Tapi kalau yang ada dengannya waktu itu ialah Saravanan pasti dia tidak akan melakukan perkara seperti itu, kan? Adakah dia sudah menerima Zafuan? Huiiih…! Tak nak aku jatuh cinta dengan mamat ego macam tu. Dahlah dia buat peraturan tak bagi aku jatuh cinta dekat dia. Eh, ingat aku hadap sangat ke nak cintakan dia?

“Kau dengar tak apa aku kata ni?”

Soal Zafuan mematikan lamunan Raisya.

“Dengar. Saya dengar dan nampak yang awak ni buta IT rupanya.”

Perli Raisya

“Alaaa… ajarlah aku! I’m a good leaner okay!”

Beritahu Zafuan.

Raisya memandang Zafuan yang duduk di sebelahnya atas bawah.

“Awak?”

Zafuan mengangkat keningnya sebelah apabila berasa tercabar dengan reaksi Raisya itu. Dia tahu gadis itu pasti sedang memandang rendah terhadap pelajar repeat sepertinya.

“Aku 4 flat okay sem lepas dan aku yakin sem ni pun sama.”

Ujar Zafuan bengang.

Raisya tersenyum sinis.

“Then why don’t you do that last year?”

“Because I don’t want to.”

Serius nada suara Zafuan.

“Whatever. It’s none of my business anyway. Kalau awak nak balik awak baliklah. Saya boleh buat video tu sendiri dekat bilik nanti. Saya tak ada moodlah nak buat. Buat math lagi banyak faedah.”

Jawab Raisya malas sambil menolak laptopnya ke tepi dan membuka buku tutorial matematiknya.

“Saya nak stay. Nak online.”

Balas Zafuan.

“Ikut sukalah.”

Balas Raisya malas sambil terus menulis. Namun semakin lama soalan yang dibuatnya itu semakin susah. Walaupun berpandukan nota kuliah namun ternyata ia tidak membantu.

“Mari saya buat.”

Zafuan tiba-tiba menarik kertas jawapan Raisya dan merampas pennya.

“Hei, apa awak buat ni?”

Marah Raisya perlahan bagi mengelakkan pelajar-pelajar di situ tergangguk dengan suaranya. Namun Zafuan sekadar diam sambil laju menulis dan sesekali mengira menggunakan kalkulator.

“Nah.”

Zafuan menolak kembali kertas dan pen Raisya.

Terkejut Raisya apabila tidak sampai lima minit Zafuan berjaya menyiapkan soalan yang dirasakan sangat susah itu. Jawapannya juga sangat panjang. Hampir penuh dua muka surat!

“Memang aku budak repeat tapi itu tak bermakna aku ni bebal.”

Ujar Zafuan serius.

Raisya menelan air liur. Sudah… sentap pula mamat ni.

“Err… saya minta maaf kalau buat awak terasa.”

Zafuan menoleh memandang muka Raisya yang serba-salah.

“Kau nak tahu satu benda?”

“Apa dia?”

Tanya Raisya.

“Aku tak taulah kau nak percaya atau tak tapi… sebenarnya aku saja tak nak perform masa masuk matrik dulu. Sebab aku memberontak dengan papa yang paksa aku masuk sini. Dia paksa aku masuk matrik sebab aku tak dapat tawaran lain selain diploma dekat UiTM dengan matrik. Papa expect aku dapat asasi so boleh further overseas pula ke. Tapi tak ada rezeki. So, dia paksa aku ambil matrik. Sebab katanya rugi dengan result SPM aku tu, aku pillih UiTM. Walhal aku memang nak UiTM tu!”

Raisya tidak menjawab tapi dia hanya memandang Zafuan tidak percaya.

Zafuan mengerti Raisya mungkin susah untuk mempercayai kata-katanya.

“Aku tau mungkin kau rasa aku macam saja aje buat cerita sebab tak nak mengaku yang aku bodoh sampai kena repeat tapi kalau kau nak tau, memang tahun lepas tu aku langsung tak study! Aku suka buat masalah. Ponteng kelas, bergaduh, dan semua yang nakal-nakal aku buat sampai papa selalu kena panggil. Kalau tak percaya kau tanyalah lecturer dekat sini. Encik Bad tu pun dah kenal sangat dengan aku. Pengarah dah berapa kali aku jumpa.”

“Perghh… ganasnya!”

Balas Raisya yang mula tertarik dengan cerita Zafuan.

“Masa sem satu pointer aku lepas untuk sambung second sem. Bengang betul aku. Walhal cukup-cukup makan aje pun. Tapi second sem result aku menjunam jatuh teruk. Itu yang kena repeat. Aku ingat bila sampai kena repeat papa akan mengalah dari paksa aku masuk sini. Rupa-rupanya dia tetap nak juga aku habiskan setahun lagi dekat sini! Dia kata kalau aku pilih diploma lagilah aku rugi.”

“Jadi… sekarang ni? Saya tengok awak macam bersungguh nak belajar. Kenapa?”

“Sebab aku baru sedar, kalau kali ni pun aku gagal, aku tak ada pilihan lain selain ambil diploma. Rugilah dua tahun aku. Aku nak gagal dulu cuma nak buat papa mengalah aje dan bagi aku masuk diploma tapi rupanya tak. Tapi kalau kali ni aku saja nak buat gagal lagi merugikan aku ajelah. Bila aku nak habis belajar dan mula tadbir syarikat? Papa dah tua. Kesian dia.”

Raisya terangguk-angguk mendengar luahan hati Zafuan. Ada perasaan juga mamat ni rupanya. Tak sangka pula lelaki ini sudah semakin matang berfikir.

“Kau tak payahlah nak tenung muka kacak aku ni sangat. Sekarang kau nak tak ajar aku buat video?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience